Add Me Follow Me Follow Me

5 Tentang 'Otak' Perempuan

Posted by Mira Rasidi | 18 November 2012 | 3 Comment

Assalamualaikum

Sumber: -Hah..Info kali nih meera dapat dari Majalah Remaja tau. Tadi ada buat bacaan sikit dari majalah remaja yang lama-lama. So , memang tertarik giler dengan info tentang perempuan . 


Iyer saya tahu, ramai lelaki kat luar sana tuh sering katakan yang perempuan sukar untuk difahami .Gara-2 emosi/sikap yang kadang-kadang berubah *tak tau pasal*. Jawabnya:Asalkan berubah sikit, "bendera merah" lah kena cop kat muka nih.. Wahai lelaki, takda reason lain ke korang nak buat penilaian..Asyik "bendera merah" jer yang jadi mangsa keadaan. :). Memang...Memang tak dinafikan kalau itu reason-nya. Tapi sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan sensitiviti , baiklah korang tambah ilmu pengetahuan tentang otak perempuan yang terkandung dalam 'LiveScience' nih yup. :)

P/s:Thanks 4 da Info Majalah Remaja :)............




5 Tentang "Otak" Perempuan

1. Perempuan menggemari cabaran pada usia matang
Korang tahu tak, semakin matang usia seseorang perempuan itu semakin dia menggemari  cabaran dan risiko. Jika terlalu berada dalam rutin yang biasa mereka akan merasakan hidup ini sepi dan kosong. Bukan itu sahaja, ketika ini perempuan  mempunyai keinginan kuat untuk melakukan lebih banyak untuk diri mereka.

2.  Perempuan melalui dua kali 'masa remaja'
Korang tahu tak, perempuan melalui 2 kali perubahan fizikal dan hormon yang membawa kepada perubahan suasana hati & ketidakselesaan secara fizikal. 'Masa remaja' yang ke-2 kali, terjadi saat seseorang  itu memasuki masa menopaus(perimenopause) yang mula terjadi sewaktu usia 43 tahun dan mencapai puncak sewaktu usianya 47-48 tahun. Umumnya semasa perimenopause seseorang perempuan itu akan mudah berpeluh  pada malam hari serta selalu terjadi perubahan 'mood'.

3.  Otak perempuan dipengaruhi kehamilan
Berdasarkan kajian  yang dikeluarkan oleh American Journal of Neurology tahun 2002, otak perempuan akan 4 peratus rosak semasa  kehamilan. Tetapi ianya akan kembali normal selepas 6 bulan kelahiran.

4.  Otak perempuan berusaha menghindari agresif
Melalui kajian yang dijalankan oleh Anne Camphell dari University Durham, perempuan  cenderung menghindari sifat agresif kerana mempunyai pemikiran jangka panjang. Namun tidak bermaksud yang perempuan  tidak memiliki sikap agresif. Hai ini demikian kerana perempuan boleh jadi agresif dalam cara yang berbeza dan lebih cenderung kepada pendebatan.

5.  Otak perempuan dipengaruhi semasa datang haid
Perubahan hormon yang berlaku akibat menstruasi juga boleh mempengaruhi otak dan tubuh seseorang perempuan,pemikiran , tenaga dan kepekaannya. Bagi kebanyakan perempuan,keadaan hatinya  akan mencapai titik terburuk saat 12 -24 jam sebelum menstruasi.





3 comments:

Nurul Ain said...

hai...dtg terjah blog ni
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

Princess Pinky said...

Hye meera. Pinky singgah sini :) april babies kn ? hee. same with me too. yeah ;)

Mira MeeraiKiroro said...

@Princess Pinkyyeah!kte same:)