Ada apa dengan 18.04.18 ?

Posted by Mira Rasidi | 02 May 2018 | Comment

Alhamdulillah. Di 2018 ini, tuhan masih izinkan aku bernafas. Menikmati setiap detik-detik perjalanan hidup.  *Eh! jiwang pulak*

Aku??? Siapa ja yang kenal dengan aku? Manusia biasa je pun. Bukan retiss bukan superstar. Yang aku tahu, aku nak teruskan hidup dan teruskan hidup.  Ada impian. Nak capai cita-cita. Nak berbakti dekat orang tua. Nak berumah tangga *Hangpa jangan  kata aku gatai*, nak rasa dikenang dan disayangi. *Cewahh!!!*

Baiklah. Entri kali ini, aku nak share pasal aku, pasal pengalaman hidup sehingga ke 2018 ni.... Yes! a little bit boring. Mohh hangpa dari blog aku kalau takmau baca.

Tahun lepas. time birthday aku, takda satu pun aku post dekat fb ka? Instagram ka? Mengenai harapan aku di 2017. Iyala. Selalunya bila birthday ni orang bajet-bajet post dekat IG . Lepastu pergi wish kat diri sendrii. Bagi harapan kat diri sendiri. *Hahahhh. Hangpa jangan cakap yang  hangpa tak pernah buat?* .  Siap post gambar dengan caption konon-konon ayat Oh My English!,  bagi harapan jugak moga-moga depa sedar hari ini 18 April , diisytiharkan hari ulang tahun Amirah Rasidi. Mohon segera wish birthday dia. Dah tu, beriya-iya tunggu. Moga-moga crush  pun wish birthday hangpa. Tak wish pun takpa. Like pun jadila. HAHAHAH.

Haaa? Back to topic.. Kenapa? Kenapa aku tak post? Kalau ada yang perasan time tu aku tengah struggle untuk semboh. Kaki bersimen bagai? Kau rasa kalau keadaan macam tu. Ada ke mood nak main post-post? Kalau aku ada ja mood. Tapi... Tapi... tak tergerak hati nak post,  tak perlu la kot. Maybe masa tu makan hati ke? Sentap ke kan?

Bila aku sakit, macam-macam aku lalui. Cubaan dan harapan. Dua-dua aku terima. Aku dapat tengok, dapat rasa bagaimana kesetiaan seorang kawan. Aku dapat tengok macam mana pengorbanan  mak abah untuk aku. Tambah pula, aku terpaksa hadapi FYP dalam keadaan tengah sakit. Struggle juga wehh!  Alhamdulillah.... Masih ada manusia  yang prihation, bagi aku peluang walaupun ketika itu aku ada krisis dengan supervisor yang tidak memahami keadaan aku, tapi aku dikurniakan orang-orang yang baik seperti evaluator, lecturer, dan mentor... Memberi aku peluang dan semangat. Iyalah! Nak salahkan supervisor pun tak boleh jugak. Mungkin dia nak yang terbaik untuk kita. Tetapi semua terletak pada kita mampu atau tidak. Sebab benda macam ni pun untuk masa depan kita. Alhamdulillah.... Semua  berjaya aku laksanakan. 

Bila difikirkan mengenai kawan dan sahabat pula... Aku ni jenis susah nak friendly dengan orang. Pernahla kena aim sombong muka ketat. Hahaa.!! Aku ngaku. Muka aku memang sejenis yang ketat sikit kalau dengan orang yang aku tak kenal. Bukan sombong. Tapi penyegan. Pemalu tak bertempat. Tak tau nak start conversation macam mana. Padahal kalau orang tegor dulu, boleh je aku jawab balik; Alhamdulillah.... Kalau ada yang sudi nak beramah mesra dengan aku dialu-alukan. Sebab aku ni sangat la penyegan nak tegor orang depan-depan. Hahahahh

Tapi...Tapi. Yang dah masuk dalam dunia aku.. Yess! Aku banyak cakap. Suka kawan dengan orang. Sana sini aku lepak dengan kau je nanti. Gossip-gossip. Re-onion bagai. Hangpa jangan menyampah pulak tengok muka aku???


DENGAN ini, izinkan aku perkenalkan mereka-mereka ini.......


Orang-orang yang banyak tau rahsia aku. Ambil berat pasal aku. Tahu perangai aku. Tempat ngadu aku. Selalu ada dengan aku. Geng lepak aku. Geng jimba aku. Geng membawang sampai dua tiga pagi. Geng layan korea sampai dua tiga pagi. Yezzzzaaa! Inilah housemate aku time study dulu. Setiap pelusuk negeri ada. Alhamdulillah till now masih dengan aku. Cuma dah lama tak jumpa. Masing-masing dah habis belajar. Masing-masing dah bawa diri dan ada yang masih dok gigih jadi pelajar.  Nasib kita di era globalisasi. Teknologi di hujung jari.  Kekalkan ukhwah dengan bantuan media social. *Yang duduk KL Shah Alam tu huntungglaaa. Selalu boleh lepak..... 🙄*

Haishhh rindu pulak  dekat  2nd family aku ni. Banyak jugak kenangan pahit kenangan manis kita kan? Tapi biarla kita ingat kenangan manis je ya. Yang pahit tuh kita buang jauh-jauh. Susah sama-sama. Senang sama-sama ok? *Choiii!!! Syaweeettt angattt*

Korang percaya tak? Antara dia orang ni, ada yang tak pernah duduk serumah pun. Iyalah.  Faham-faham jela. Kalau duduk rumah sewa ni..., habis belajar terus keluar rumah. Masuk orang baru bina geng baru. Tetapi kita orang ni lain sikit. Masuk orang baru kenalkan dengan yang lama.  Bina ukhwah sama-sama. Kekalkan yang lama, tambah geng baru. Maksudnyaaa hang pi la pelusuk mana-mana pun dirimu tetapku kenang. Kalau rinduuu baik jumpa.  Bagi lepas rinduu. KAHKAH. Lebiuuuu Azi, Ira, Yunie, Kak Emma, Ayu, Leen, Dee, Aina & Jwa...😘



Yang ni pulak... Kawan satu course aku. Aku panggil Cik Fizah. Budak ni hebat programming tau. Dan hebat jugak bagi nasihat kat aku kalau bab-bab belajar ni.  Aku sayang jugak dia ni. Sebab time aku sakit, dia lah tolong tolak wheelchair time kat hospital ðŸ˜† berkerjasama dengan lagi seorang hamba Allah iaitu Adib. Pakat gigih bawak aku pegi hospital. Kawan coursemate aku jugak.  Time practical pun serumah dengan Cik Fizah. Rezeki dapat praktikal tempat sama. Tapi dia senior sikit dari aku. Lama jugak tak jumpa dia ni. Sebab dah jadi wife orang sekarang. Dah balik ganuuu dahh!


Dulu ber- lima.  Kekonon nak grads sesama. Last-last berpecah habis. Kau konvo sesi ni, kau konvo sesi tu... Tiba-tiba jadi batch tak sama. ðŸ˜‚ 
Haaa..Inilah classmate aku. Ada yang kawan dalam kelas sahaja dan ada jugak yang jenis buat kawan sampai luar kelas.  
Anna, Helmi, & me
Seorang orang Rawang, seorang orang Sarawak. Ni pun geng jimba..  Aku, Anna & Mimi and dua lagi hamba Allah pernah satu geng. Alhamdulillah sampai habis belajar Mimi & Anna setia menemani. Cuma sekarang dah masing-masing kerja. Ada komitmen lain. Lama gila jugak tak jumpa.
Helmi? Mamat sarawak ni... Annoyying kadang-kadang. Kaki pangkah. Dia dengan Faiz boleh buat kawan. Kalau berjumpa bergabung meletop. Kerja dok pangkah orang. Anna kesian. Selalu kena sakat. Sebab pernah satu tempat parktikal dengan dua mamat ni.😂


Dari depan: me, Ain, Anna Helmi,
Dari belakang: Mimi, Hazeem, Kak Ima
Masa ni practical student kena buat exhibition dekat kampus.
Ainnnnn..... jiran sebelah rumah kita. Suka bagi nasihat gak cik kak ni. Lebiuuu. Kak Ima jugaaak... ðŸ˜˜

Shangar, me, Fizah, Rueben, Adib, Ganesh
Rinduuu my indian friends ðŸ˜˜ . Muka ganas. Dalam hati ada taman wehh! Nanti pergi Shah Alam. For sure aku cari diorang  ni. Ajak makan rojak Sekyen 15, steamboat, movie sama-sama.
Adib pulak..... Dia lah yang tolong jadi driver bawak kita pergi Hospital. Thanks Adib... Jasamu akan ku kenang.  Kuat belanja makan dia ni. Kadang  naik segan aku. Tempat kau bawa aku makan sate kambing tu... TERBAIKKKK wehh!!! Apa citalaa  Adib sekarang erk???

Geng group whatsapppp. Msurian  aka  classmate jugak, Dulu selalu bertandang rumah orang berjemaah. Lepak Azraa, Buat BBQ collect duit seorang sikit. ðŸ˜‚
Apa habaq la korang sekarang???

Mimi, me, Omar, Zizi, Faiz, Helmi. 

Mimi, me, Helmi , Kak Ima, Omar, Zizi, Faiz, Sopek, Adib dll
Alhamdulillah still ingat nama korang. ðŸ˜‚ 
Gila nak lupaaa. Setiap sem tengok muka korang je. Dengan Mimi tu , walaupun course lain tapi kalau nak pergi makan mesti cari dia... Nak luah perasaan pun cari dia.  Dia computer forensik aku computer science. Tapi awal semestar memanjang kelas sekali. Banyak gak tau rahsia aku ni.
Yang lain????Boleh la. Geng lepak, geng movie,geng copy paste esaimen dikala terdesak, geng gossip pasal lecturer 😆 *Jangan ikut wehhhhh*
Cuma ada seorang dua guy kat situ yang aku selalu share cerita dengan dia. Kawan baik till jannah gak ni.. hehehhh


Me, Anna , Hakeem, Halim housemate Hakeem 
Kawan aku since orientasi. Ini pun aku sayang. Kita orang ni dah kira macam adik beradik. Anna sulung, aku kakak nombor dua, hakeem bongsu.  Anna budak culinary. Aku & Hakeem satu faculty. Hakeem Diploma Computer Forensik , sambung ambik degree Computer Forensik jugak and now tengah praktikal dah mat Akeem ni.  Aku pula computer science. Alhamdulillah. Aku ngn Anna dah grads. Anna awal sikit. Sebab dia banyak exemption subjek.
Macam mana boleh rapat? Panjang cite wehhh..... Malas pulak nak cite panjang lebar. Hope anna and hakeem sihat yaa. Still lebiuuuu  korang my kakak and my adik....😘
Hope u gaiss still ingat moment sweet kita yaaa. Cewahhhh!!!
*Rinduuuuu nak gossipp dengan kakak and adik... 😢.*

Yang ni aku tak pernah lupa. Dan takkan pernah lupa. Masuk la uni mana pun, pindah mana pun. Mesti cari depa jugak. Cuma  itulah. Sekarang dapat jumpa setahun sekali je. Masing-masing dah ada komitment. Kerja and wife orang. Raya jumpa wehhhh.

Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Yang ada tidak selalunya kekal, yang kekal tidak selalunya selamanya. Kawan datang dan pergi. Keluarga tiada ganti. Sebaik mana pun kita dengan seseorang itu, sekuat mana pun kita menjaga ukhwah. Akhirnya kandas jugak. Kalau ada anasir buruk masuk campur.  Belum tentu kita mampu kekalkan ukhwah itu untuk selamanya. Kadang-kadang kita tak tahu, mana datangnya punca, tiba-tiba orang yang kita paling rapat, jauhkan diri tak semena.  Kadang-kadang salahkan diri? Mungkin aku tak cukup baik? Mungkin aku dah buat dia sakit hati? Mungkin ada orang cemburu dengan ukhwah kami. Buat cerita.

Macam- macam terlintas kat fikiran ni. Nak salahkan orang pun tak boleh. Takda bukti. Tak sudah... hanya berfikiran positif.  Mungkin dia dah jumpa seorang hamba Allah yang lebih baik. Dan aku hanya kawan masa lepas.

Ketika aku sakitlah, aku mula sedar, mana sahabat dan mana sekadar kawan. Sometimes aku rindu hamba Allah yang tiba-tiba menjauhi aku ni. Tapi aku hanya mampu berdoa. Semoga dia baik-baik.  Aku tak salahkan sesiapa.  Dan aku jugak tak mahu hukum diri aku. Tak habis salahkan diri sendiri. Tapi kena ingat...Yang buruk dari dari kita yang baik semuanya datang dari Allah swt. Jauhkan yang buruk, Doa baik-baik sahaja. Inshaallah. Aamin.


TAHNIAH!! Hangpa telah berjaya baca cerita aku yang tak seberapa ni.

Apa pandangan korang pasal cerita aku ni? Hahaha. Tajuk dengan cerita macam takda kena- mengena kan?

Apapun . Aku nak cakap TERIMA KASIH kepada hangpa-hangpa yang still dengan aku sampai sekarang. Sayang ketat-ketat wehhhh. You know who you are ❤️

P/s: Btw 18.04.18 hari tu Birthday aku...... ðŸ˜‚