Add Me Follow Me Follow Me

New Filem Melayu Pilihan Hati~~

Posted by Mira Rasidi | 06 May 2012 | Comment
Tajuk Filem:Cinta Kura-Kura
Di Bintangi oleh:Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan (Raja Lawak), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8.

Sinopsis
Filem Komedi Romantis yang diterbitkan oleh KRU ini mengisahkan tentang Nani(Tiz Zaqiah) & bersama-sama Kura-kura comelnya iaitu Nico(suara Zizan Raja Lawak).Tanpa pengetahuan Nani,Nico rupa-rupanya mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia,jika dia memilih untuk berbuat demikian.

Kisahnya bermula apabila Nani & abangnya Amin(Bob AF) berpindah ke rumah baru.Nani mula jatuh cinta dengan Adam(Aeril Zafrel) iaitu pemain muzik & juga merangkap jiran barunya.Dalam masa yang sama Adam juga telah mula jatuh cinta dengan Nani.Namun,bibit-bibit cinta meraka tidak di persetujui oleh Nico lantas menyebabkan si kura-kura comel itu membuat perancangan untuk  menggagalkan usaha Adam untuk menarik perhatian Nani .Cinta segitiga mula berlaku apabila Fazly (Fizz Fairuz)penyelia kedai Haiwan peliharaan kesukaan Nico,cuba untuk mendekati Nani.Tetapi,percubaan Fazly mendekati Nani itu bukan atas dasar cinta,sebaliknya berniat untuk menangkap Nico.Apakah niat jahat Fazly yang sebenar terhadap Nico?Adakah cinta Nani & Adam akan bersatu sedangkan Nico sedang berusaha untuk memporak-perandakan mereka?

Untuk mengetahuinya,jom layan ini movie.....Yeah~Terbaik.....^ ^

**Pencinta Terbaik OST Cinta Kura-Kura-->



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk Filem:7  Petala Cinta
Dibintangi oleh:Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. Turut dibantu oleh Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek. Gandingan pelakon lain iaitu Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.

Sinopsis
Filem cinta berbentuk Islamik yang diterbitkan oleh Metrowealth Picture ini mengisahkan Hamka(Fizo Omar) seorang graduan Syariah dari Universiti Al-Azhar yang ditunangkan dengan anak guru di Madrasah Qalbu Salim iaitu Saidatul Nafisah(Shima Anuar).Bukan itu sahaja.Hamka turut sedang menulis Al-Quran dengan hasil tangannya sendiri untuk dijadikan hantaran perkahwinannya dengan Saidatul Nafisah kelak.Dalam masa yang sama Hilma Aqila(Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di madrasah tersebut & Hilma Aqila jugak merupakan teman rapat kepada Saidatul Nafisah.

Keadaan menjadi rumit ,apabila berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar luas setelah negara itu dilanda perang saudara & konflik Politik.Hal ini,menyebabkan tunangnya,Nafisah ternanti-nanti kepulangannya.Dalam masa yang sama, munculnya Attar(Aeril Zafril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan(Ustaz Dini) yang telah mengubah segala kejahilannya.Attar telah jatuh hati dengan Nafisah.

Tanpa pengetahuan Aeril, Hilma Aqila iaitu adik kepada Hamka pula telah menaruh hati terhadapnya & dalam diam sering menghantar makanan kepadanya.Tetapi,Hilma Aqila hanya memendam perasaan itu apabila mengetahui  Attar menyukai Saidatul Nafisah & menganggap Saidatul Nafisah yang menyediakan makanan-makanan tersebut.

Yang mana satukah jodoh untuk Attar?Adakah Hilma Aqila akan menyatakan hal sebenar?Benarkah Hamka telah terbunuh?Semuanya..terjawab dalam 7 Petala Cinta.....


***Assalamualaikum Cinta OST 7 Petala Cinta-->






#Seriously,kedua-dua movie di atas mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Mungkin di antara korang telah menonton kedua-dua filem ini & telah pown membuat penilaian sendiri.Malah,mungkin ada jugak meletakkan ranking untuk kedua-dua filem ini.

Bagi meera,selain daripada filem ombak rindu yang pernah membuatkan abang-2 & kakak-2 kita dok guna tisu lap airmata suatu ketika dulu,filem ini jugak mempunyai mutu  yang sama dengan filem tersebut.Namun, tidak dinafikan  jugak yang filem melayu lain turut mempunyai kualitinya yang tersendiri.

Apa-2 pown ,dua filem ini menjadi pilihan hati meera.Korang pulak filem apa yang jadi pilihan hati buat masa nih?Jom Story-2...^ ^

"Yeah~~Jom maju Filem Malaysia...!!"



P/s:Maaf.Ini adalah pandangan & pendapat Meera.Lain orang,lain rasanya..TQ.:))


Sumber:Mr.Google.

No comments: