Review: Tiada Arah Jodoh Kita di TV 3 dengan OST

Posted by Mira Rasidi | 14 March 2018 | 2 Comment


Tajuk: Tiada Arah Jodoh Kita
Waktu Tayangan: Isnin-Jumaat jam 7 malam TV3
Barisan perlakon: Aprena Manrose, Shukri Yahaya, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Dian P.Ramlee dan ramai lagi

Hai gaisss. Sapa layan cerita ni? Silap angkat tangan???
Seperti yang kita tahu cerita ni dah nak hampir kepenghujungnya .  Afia pun dah kahwin dengan  Aatif walaupun dalam jiwa still tak dapat lupakan Ami aka Wakeel.  Serius meleleh airmata tiap kali  part Lia dan Wakeel. Paling bertambah sedih pulak bila Wakeel dah takda, Lia always terkenangkan Ami. Oh nooooo.... Lagi melelehlaaa airmata aku. Bagi aku cerita ni  memang banyak bagi impak. Berunsurkan kekeluargaan,kisah pengorbanan, penderitaan dan takdir hidup yang ditentukanNya.

 Detik pertama kali Wakeel bertemu Pia

 Aatif bawa Pia keluar selepas kematian Wakeel

Pia berjumpa dengan Fayyad

Bila tengok cerita ni, sweet-nya haishh Wakeel & Aatif dengan Umi . Sweet-nya nilai kasih sayang adik beradik. Buatkan aku mula muhasabah sejenak. Adakah aku seperti mereka?? Teruss ffeeling nak peluk mak abah, kakak and adik.


Kalau nak cerita pasal pengorbanan dalam cerita ini, tentulah aku nak cakap pasal Fayyad. Takda watak Fayyad ni, maybe Lia tak jumpa dengan Wakeel. Pengorbanan besar jugak si Fayyad ni walaupun satu masa dulu dia pernah cakap kat Pia jangan tunggu dia. Padahal dia masih berharap .

Bab pengorbanan ni, Pia jugak berkorban. Berkorban berkahwin dengan Wakeel yang sakit. Ikhlas nak bantu Wakeel bila dia nampak karakter Wakeel dari sisi lain yang membuatkan dia lembut hati. Jaga Wakeel dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Part penderitaan ni pula, dah tentu-tentu  Pia yang banyak derita. Bila Wakeel dah takda. Dialah yang paling menderita. Emosinya tak stabil. Setiap masa terbayangkan Ami. Hari-hari ziarah kubur Ami. Memang sedih alahai, Tiba-tiba rasa macam ..If aku ditempat dia. Aku pun akan jadi macam tu. Dahla dapat hidup bersama kejap ja. Tiba-tiba suami meninggal. Padahal dia dah tahu yang sakit Wakeel memang dah tahap kritikal. Tapi dia redha & ikhlas. Sanggup ambil risiko. Dia memang tak tersalah pilih pun. Wakeel memang membahagiakan Lia sebaik mungkin hingga hujung nyawanya.
Wakeel jugak menderita. Nak kena tanggung sakit kanser. Watak yang di bawa oleh Hafeez Mikail ni, memang aku betul-betul terkesan. Boleh nampak dia bawa watak sakit kanser ni. Bukan itu jaa.., pada mulanya Hafeez Mikail la yang bawa aku untuk tengok cerita ni. Bila dapat tengok cerita ni.., alahai soft-spoken la Megat Wakeel ni, walaupun macam manja-manja, tapi pasti ada yang setuju karakter Wakeel adalah ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Tak gituuu gaisss????

Shukri Yahaya.., karakter muka ketat, padahal dalam hati ada taman. Haha. Memang watak ni kita dah selalu nampak dalam banyak drama. Tetapi watak macam ni memang penonton girl-girl kat luar tu suka tengok. Kannnn??

Pada mulanya macam tak boleh terima jugak, bila Aatif dah mula ungkapkan perasaan dia dekat Pia yang dia crush bertahun tu. Sebab fikir nak Pia dengan Wakeel jaa. Hahahh. Nak buat macam mana gaiss, cerita adaptasi novel kann.. Memang jodoh Pia dengan Aatif. Aatif pun baik walaupun mula-mula cara dia layan Pia macam hampehhh!

Bagi aku, drama ini  banyak mengajar untuk kita pecaya dengan ketentuan Allah. Kita sebagai manusia usaha dan tawakal tu sangat penting. Setiap apa yang kita lakukan mestilah atas izin-Nya. Mungkin kita dah usaha. Tapi kita masih tak berjaya capai apa yang kita nak, so kat sini aku pecaya setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Mungkin mula-mula Dia duga kita, dan kemudiaan  Dia turunkan seribu keindahan kepada kita. Inshaallah.

Mungkin inilah sebab kenapa penulis novel Ezza Mysara memilih judul Tiada Arah Jodoh Kita. eeJodoh ini milik Allah. Mungkin hari ini kita bercinta dengan A, tiba-tiba esok kawin dengan B. Semuanya terletak pada kehendak Maha Esa lagi Maha yang menentukan.



Kalau korang, korang team mana? #TeamWakeel or # Team Aatif? 
Kalau Mira dah tentula watak Megat Wakeel. Dah jatuh cinta dengan karakter menjadi dari Hafeez Mikail ini. Suka punya pasal..,  Mira tergerak untuk beli novel ni. Terhabisss baca dah pun. Cuma yang Mira perasan scene dalam novel dan drama agak berbeza sedikit. It is okay. Janji masih dalam perjalanan cerita yang sama....

Meh komen bawah. Share sikit...

LAGU OST TIADA ARAH JODOH KITA
1.Kau Takdirku - Dato Siti Nurhaliza
2. Rahsia Tuhan -Ippo Hafiz
3. Jagakan Dia - Shiha Zikir
4. Lelaki Yang Pernah Ku Cintai -  Ogy Maalek
5. Bulan Bintang - The Alif & Ogy Maalek 
6. Selamat Tinggal Sayang -Haqiem Rusli
7. Cinta Terakhir - Ir Radzi
8. Sedikit Waktu - Alfie Alwi

2 comments:

Anonymous said...

Btul2...hafeez bawa watak megat wakeel dgn berkesan sekali..suka sgt tgk athif dgn akeel..dpt lihat kasih syg adik beradik..mcm real

Anonymous said...

Btul2...hafeez bawa watak megat wakeel dgn berkesan sekali..suka sgt tgk athif dgn akeel..dpt lihat kasih syg adik beradik..mcm real