Pelancaran novel Luluh karya Ezza Mysara kolaborasi bersama Khai Bahar di PBAKL 2018 ini

Posted by Mira Rasidi | 18 April 2018 | Comment

Kepada penggemar novel, nama Ezza Mysara sememangnya sudah tidak asing lagi. Setiap karya yang dihasilkannya pasti membuatkan mereka yang membacanya tidak ingin terlepas setiap helaian muka surat ketika membacanya. Tambahan pula, penulis berbakat yang lahir pada 17 Disember 1990 ini, sering menerapkan "plot twist" dalan karya yang dihasilkannya lantas dapat menarik pembaca menikmati setiap hasil penulisannya.

Antara hasil karyanya ialah Wanita Terakhir(2012), Bukan Cinta Secondhand(2014), Separuh Takdirku Ada Kamu (2017), dan yang paling Hits adalah Tiada Arah Jodoh Kita(2016) dan banyak lagi. Novel Tiada Arah Jodoh Kita  ini telah dijadikan sebuah drama bertajuk "Tiada Arah Jodoh Kita" di Slot Akasia yang telah ditayangkan pada Februari lalu dan  berjaya mencapai sambutan yang baik. Karya yang bagus dari Ezza Mysara dengan penghasilan yang hebat dari produksi arahan Eoon Shuhaini dengan  lakonan mantap dari barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Hafeez Mikail, Aprena Manrose dan ramai lagi telah menjadikan cerita ini trending dan menjadi perbualan kepada setiap yang menonton.

Yezzza!!!! Kepada penggemar novel dan meminati hasil karya Ezza Mysara. Berita baik untuk andaaaaaaa..... 

Inilah masanya untuk anda bertemu dengan novelis berbakat ini. Ezza Mysara  bakal melancarkan novel terbarunya yang bertajuk LULUH berinspirasikan dari lagu Luluh dan juga berkolaborasi bersama Khai Bahar. Khai Bahar juga akan bersama Ezza Mysara di hari perasmian  jam 11 pagi pada 29 April ini.

JADI apa tunggu lagi. Jom ramai-ramai turun ke PWTC , sama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018


INFO
Kepada anda yang ingin mendapatkan novel Luluh. Harga novel RM 30.00 sahaja. Pada hari pelancaran anda boleh mendapatkannya dengan harga diskaun sebanyak 30% dengan syarat menjadi 100 yang terawal.

Voucher 30% pembelian untuk novel Luluh, boleh didapatkan di bilik Melaka PWTC seawal jam 9 pagi pada 29 April 2018 (Hanya 100 terawal yang beratur).

Poster Luluh bersaiz A3 turut diberikan secara percuma kepada 100 pembeli terawal di Pentas Utama PWTC sahaja.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda juga berpeluang mendapatkan  buku dan novel dari karya penulis-penulis yang lain dengan harga  diskaun dan harga combo.

Apa lagi.... JOM semua kita memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2018 di PWTC pada 27 April hingga 5 Mei ini. Anda berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan novelis dan penulis kegemaran anda di sana. Terdapat juga artis-artis terkenal yang akan menemui anda di sana. Bukan itu sahaja pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan PBAKL 2018 ini. 
Info
"Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh pempamer semasa berlangsungnya PBAKL, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Maka tidak hairan lah PBAKL merupakan tempat yang sesuai untuk bertemu ‘jodoh’ dengan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat lama, penulis kegemaran, mahupun dengan buku yang diimpikan selama ini." - klibf.my
Untuk maklumat lanjut : https://klibf.my/ atau Facebook : https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair/


P/s: Entri ini adalah atas keizinan Ezza Mysara sendiri dan info event pula adalah dari https://klibf.my. Jika ingin copy paste, sila maklumkan kepada Mira terlebih dahulu. Sekian Terima Kasih. Peace. 

No comments: