Add Me Follow Me Follow Me

Cara setting Autorecover and Autosave di Microsoft Word, Power Point and Excel.

Posted by Mira Rasidi | 16 January 2017 | Comment
Mungkin ramai yang dah tahu macam mana nak setting ni kan? Dan boleh dikatakan juga kalau latest Microsoft Office benda ni memang dah di -setting- kan pun dalam part option dalam microsoft korang. Kepada yang belum tahu, sini  aku nak tolong. Nak setting autorecover and autosave kat  Microsoft korang. Sangatla simple dan mudah. Benda ni korang boleh set sekali tekan je. Secara automatik korang punya microsoft power point and microsoft excel pun ter-setting sekali. Macam aku.., aku still guna microsoft office 2010. Tetapi sebenarnya, version apa sekali pun, step lebih kurang sama ok.

Penting ke autosave and autorecover ni?
Yes. Penting. Sebab aku jenis pengguna laptop yang sering menjadi mangsa keadaan oleh laptop sendiri. Bila tengah syok dok menaip selama 2 jam tanpa henti, tetiba  Power down. Hmm part ni laa tetiba cuakkk datang. Terus muncul macam-macam dalam kepala hotakkk. Sama ada aku dapat mengulang kembali detik-detik indah ketika aku mengerah idea untuk sumbat dalam report atau assignment.; Haaa.... dengan adanya autosave ni or auto recover. Settle masalah. Bila power on balik. Semuanya tersedia ada balik. Yahuuuuu..... auto-back up.

Baiklaa..  Mukadimah sudah. Jom tengok caranya pulak.

STEP 1 
Buka Microsoft Word atau Power Point atau Excel . Kemudian klik pada File. Macam yang dah aku kotakkan dalam image tu.

STEP 2
Klik pada Options.


STEP 3
Setelah klik pada Options, akan muncul seperti ini. Kemudian klik pada Save.
Baikla. Dalam part Save ni, korang just tick dekat "Save AutoRecover information every ...." dan "Keep the last autosaved version if I close without saving".

" Save AutoRecover information every .... " - Boleh set minutes yang korang  mahukan. Maksudnya di sini, korang tetapkan berapa sekali korang nak document korang tu di -autorecover- kan. Kalau macam aku, aku set 10 minutes. So every 10 minutes, akan autorecover.

"Keep the last autosaved version if I close without saving" - Fungsi ini pula, time bila kau dalam situation malang tidak berbau, tetiba Power down, laptop terpadam  gara-gara housemate kau nak cabut plug laptop dia, sekali tercabut plug laptop kau. Time tu, kau cabut baterui laptop gara-gara bateri laptop dah season.  Kesimpulanya, cara ini menyelamatkan  korang sekiranya laptop tiba-tiba terpadam terpadam.

STEP 4
Klik OK. Siappp.

No comments: