Add Me Follow Me Follow Me

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI

Posted by Mira Rasidi | 10 January 2017 | 4 Comment
Kali ini aku nak share dengan korang waktu-waktu fisiologi badan  berfungsi. Bagi anda yang inginkan diet yang sihat dan sentiasa sihat atau ingin menurunkan berat badan,  ada baiknya kau titik beratkan dulu waktu fisiologi badan berfungsi time bila, and time bila nak makan, time bila tak digalakkan makan and so on. Yes! Macam aku. Aku jenis manusia yang susah nak breakfast. Kalau breakfast pun, standard 10 ke atas. Huishhh! Baru aku tahu cara tu salah.....

Baiklah. Moga-moga info aku nak bagi ini berguna untuk korang. Ini pun aku dapat dari makcik aku yang tahu aku ni addicted nak turunkan berat badan , disampaing dengan masalah kulit yang selalu naik jerawat. 

Kepada yang rasa info aku bagi  ini  sedikit bercanggah atau tidak tepat, sangat dialu-alukan untuk korang tinggalkan comment di bawah.  Sharing is caring.

5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang² orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan , berat badan akan naik mendadak.

1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini. 


4 comments:

Khoo Chee said...

Good info.. tq babe.
puanKuci.blogspot.com

Ann Ishak said...

thank for the info meera, just nak add satu je...air adalah agen pelincir paling bagus dalam badan, so minum air secukupnya :D

Mira Rasidi said...

@Ann Ishak kkann.. mira pu byk minum air kosong je sekarang. hehe. Tq. babe. :)

Mira Rasidi said...

@Khoo Chee welcomeeee. hehe