Resepi 'Durian Crepe'

Posted by Mira Rasidi | 28 December 2012 | 10 Comment

Assalamualaikum

Sekarang mood ala-2 Master Chef bercampur hadok dengan semangat dari Chef Wan & Chef Ismail gitu..* Apa yang Meera mengarot pun tak taulah*. Wahh! Gitu.. Faham-2 jelah. Nak kongsi resepi 'Durian Crepe' jer sebenarnya haruslah terbawa-bawa sikit kan. Baru semangat gitu nak bagi resepi 'Durian Crepe' kat korang semua. Muehehehe.

Sebenarnya. Resepi durian crepe nih Korie Hensem yang mintak meera  kongsikan. Aishh. Dah macam chef profesional lah pulak kan. Main-2 bagi resepi  nih. Hueh. Hueh. Tapi sejujurnya... Resepi durian crepe nih bukan total dari meera yer.. Cari kat 'google' jugak.. Lepas tuh memandai sendirilah. Tak ikut sepenuhnya pun. Rasa kurang tepung. Tambah sikit. Rasa nak manis lebih, Tarok gula lebih-2 sikit. Main letak-2 jee,,Then, terus siap. :)

Apapun ini resepi yang harus diikut yer. *Resepi nih Meera dapat dari blog seorang kakak blogger. Tapi disebabkan nak rushing sangat hari tuh. Terlupa nak ambil linknya.-->


'Durian Crepe'
-20 gm Tepung Gandum
-20 gm Tepung Ubi
-10 gm Tepung Jagung
-10 gm Tepung Kastard
-1 biji    Telur
-1 sk     Minyak Masak * Meera guna minyak mazola/jagung. Sebab jumpa dekat dapur mak ada minyak jagung.Hehe*
-1 sb       Gula Halus  *Ikut citarasa korang*
-40 ml   Susu Cair *Meera letak lebih sikit. Biar rasa lemaknya sikit. Hihi*
-150 ml  Air
-Perwarna Lemon/Durian. *Meera guna Perwarna Kuning  Telur.:)*

*Kalau nak tambah. Korang boleh tambah sedikit esen vanilla. Baru harum sikit baunya. Tapi Meera tak letak pun. Masa buat coklat crepe adalah letak :)*

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan bahan dalam mangkuk dan sebatikan menggunakan whisk. Kemudian, Tapis.
2. Lengserkan kuali dengan butter.  Kalau tak nak pun boleh. Sebab kalau korang nak pakai kuali non stick tak payahlah letak kan. Sebab tak melekat kan. Tapi kalau nak guna kuali biasa jer, better letak minyak/butter sikit takut melekat.
3. Kecilkan api
4. Tuang satu senduk kecil ke dalam kuali tunggu sehingga masak. Tak perlu dibalikkan. Kalau belah atas dah kering boleh terus angkat.(Proses untuk memasak  memang tak lama)
5. Biarkan sehingga sejuk.

* Sekiranya rasa adunan sedikit cair, boleh tambah sedikit tepung yer. Meera sarankan guna tepung ubi & tepung gandum sahaja yup. *

Cara-cara buat Filling Durian crepe
-1 cawan Whipping Cream di pukul sehingga kental menggunakan mixer
-Durian yang di buang biji. Lumatkan sedikit.

1. Letak whiping cream di tengah crepe yang di buat tadi kemudian dilapiskan dengan Durian. Dan diikuti balik dengan Whiping  Cream  
2. Lipatkan crepe menjadi bentuk bantal. (Ikut creativiti korang lah erk)
3. Siap.

* Kalau nak lebih sedap boleh masukkan dalam peti sejuk dulu. Dihidangkan dengan dingin lagi sedap.*




P/s: Macam mana korang? Boleh faham? Ready untuk  ber-fenomena with crepe pulak??
Yeay! Lets do it..:)). URmmmm::(. Ter-Delete Entry pasal durian crepe semalam



10 comments:

KorN said...

alaa... kalau la boleh amik trus je kat sini boleh gak rasa durian crepe ni.. x pnah rse lg..

lania assina said...

wah..bru nk suruh k.meera share resepi.haha.xsabar nk buat.hehe

adyna said...

hehehe fenomena crepe skrg nie kan ;)

Mira MeeraiKiroro said...

@KorN

Korn nih resepi dah ada nih. Bolehla cuba buat dah...haha

Mira MeeraiKiroro said...

@lania assina::Okey cuba nanti erk :)

Mira MeeraiKiroro said...

@adynaha ah...tulah akak...lepas nih xtaula fenomena ape pal.:).hihi

KorN said...

ehem dah bulih update dah nih. hehehe

Rashdan Roslan said...

nampak sedap.. terliur pulak. huhu..

Mira MeeraiKiroro said...

@KorN
ehem...update apa?

Mira MeeraiKiroro said...

@Rashdan Roslan
huhu..cuba lah buat nnt:)