Add Me Follow Me Follow Me

Disangka rosak rupanyaaa......

Posted by Mira Rasidi | 20 December 2012 | 1 Comment

Assalamualaikum

Setelah seminggu menyepi,. Akhirnya aku Meera Rasidi muncul kembali sambil nak introduce  Template baru & Story-2. Emmuahahaha

Weee..Weee..Nampak tak?Apa yang dah terjadi dekat Template Meera tuh? Ahak. Berwajah baru lagi tuh...Kali  ini dari hujung rambut sampai ujung kaki berubah iye . Dari header sampai ke footer nuh.Rajin sesangat lah Meera nih kan...HAha. Memang  Rajin. Mau dekat seminggu nak siapkan okeyy. Actually. Seminggu yang  tak berbloggie tuh gara-2  pemancar internet  dekat kawasan perumahan Meera nih disambar dik kilat . So. Bila tak boleh nak ber-tenet, sempat jugak Meera curi-2 masa create header,footer & button yang comel-2 dekat t Photoshop.

Nah. Bila internet dah boleh connect cepat-2 buat template untuk blog. (Nih pown curi-2 time lelepak kat kampung jer).*Rumah tokwan kite ada tenet tau korang*.  So. Mengadap lappy sampai terjuling biji mata. AKhirnya siap template Meera tuh.Alhamdulillah. Tapi 2 3 hari jugaklah stay kat kampung. Sambil-2 temankan wan & opah yang super duper cute+comel tuh..*Umhh..Rindu dorang*Hihik

Then..Bila time balek ke rumah sendiri... Cari balek apa masalah dengan tenet. Mungkin dah rosak macam hari tuh kee kan... Lepas tuh tekan button tuh. Buka switch nih. Reset button yang tak tau apa function dia. Tukar-2 wayar. *Akhirnyaaa..Ekeleh. Takmau jugakkk...-Motif :Konon-2 nak repair guna tangan sendiri. Padahal...Hampehhh!. Paling best  memang tak tahu menahu pemancar wifi dekat rumah kenah panah kilat.Padan muka kau .Bukan main berkerut dahi tadi ..*-.-

Last-2. Cari jalan mudah. Telefon uncle TM yang tolong tukarkan moderm baru kat rumah Meera baru-2 nih .. Beliau ada pesan.Kalau tenet ada pob lagi boleh hubungi beliau balik. Lantas,dengan penuh keayuannya Meera menelefon *ayu ler sangatt kan*. -Bermulalah dialog Meera with Uncle TM-

-----------
Aku           : Hello....Assalmualaikum. Nih En. B**** TM Gerik ke?
Uncle TM  : Iya-2. Betol.
Aku           : Hah. Encikkk.... Internet dekat rumah saya dah dua tiga hari tak boleh guna .
Uncle TM  : Owh. Kat mana rumah tuh? 
 Aku          : Kat Gerik ....
                  *Uiiit...Memanggglaaa dekat Gerik. Dia pown tauu...Wuu!..*
Uncle TM  : Hah...Kawa...?? (Confuss)
Aku           :(Tak sempat uncle tuh nak cakap habis.Meera menyampuk) Eh-2. Kawasan Taman D*** P******. Sorry-2. 
Uncle TM  : Owh. Kawasan tuh. Iye. Kami dalam proses nak perbetolkan balik. Pemancar wifi kat kawasan  tuh kena sambar kilat baru-2 nih. Cuba connect balik nanti macam mana. Kalau tak boleh jugak. Esok buat report.
Aku            : Okey trima kasih En. ..
Uncle TM  :  Sama-sama...
-----------------

Keesokannya, Uncle TM datang. Sebelum datang beliau ada call dulu. Adik Meera yang jawab.Beliau cakap dalam 5 minit beliau sampai rumah. Nak tengok internet yang dikatakan bermasalah tuh*Eh...Takda buat report lagi. Macam mana boleh tau nih*. Rupa-2nya dia boleh detect  pengguna-2 tegar wifi di kawasan perumahan Meera nih.. *Huu. Baru tahu*..So dia pantau kot-2 internet masih bermasalah.

Dan..Proses me-repair by uncle TM bermula.Uncle tuh tengok sana.  Tengok sini. Uncle TM jugak ada kata kalau lampu Power tuh merah maknanya moderm dah rosak. Kerosakan tuh mungkin disebabkan kena panah kilat. *Tapi. Takda pula warna Merahnya. Warna  macam biasa jer. *Ha. Uncle tuh pown pelik tau .Kenapalah  dengan moderm nih.  Sedangkan Pemancar internet dah pun di repair. Lampu powernya naik elok jer.  Dia pown tengok jugak dekat wayar line.Hu..Hu...Wayar line okey jer..

*Kueh,Kueh.Sekali godek-2 dekat penyambung wayar line tuh..Rupa-rupanyaaaa.. Salah sambung wayar da..*Nih kes memandai hari tuh lah nih. Habis tertukar semua*. Nak dijadikan kisah pada zaman dahulu  wayar tunggang terbalik. *Apa entah wayar yang sambung antara telefon dan ke moderm tuh... Hah yang tuh la..*Sorry.Kurang arif sikit pasal wayar-2 nih*.Hehek.

Hahahahak. Satu rumah ketawa yang tak kedengaran kuatnya sambil diturut serta Uncle TM.  Dan segala persoalan telah terjawab. Kami pun dah dapat penyelesaian dari persoalan tuh.. Tukar wayar ke tempat asal balek. * Tapi kesian uncle tuh tau. Dia kena setting balik disebabkan Meera tergatai tangan tekan button Reset sebelah button Power tuh..Sorry Pakcik.Huhuh

Itulah ceritanya....


P/s: Hah..Kan dah  2 3 lapis muka tuh. ..........Ingat! Jangan bertindak sendiri jika kita  tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Tanya pandangan dan meminta bantuan daripada orang yang lebih arif itu lebih baik. Hah..Baru tak sesat jalan kan?Betol tak?Senyum:)


*Gamaknya macam nihlah pemancar tenet/wifi bekerja yup *@.@





1 comment:

ZWAN SABRI said...

kes yang lebih kurang sama penah belaku kat saya.. HAHA