Whattt???Followers tidak terpapar di Sidebar?

Posted by Mira Rasidi | 19 January 2017 | 7 Comment
Omaigod apa dah jadi dengan followers mira ni?  Blank jee haaa...



Dari semalam cuba nak solved  masalah ni, but  masih sama. Try godek-godek dekat html code... sama jugak. Remove  gadget, add a gadget... Sama jugak.  Cuba google, ikot tutorial dorang. Sama jugak. Cuba nak change template, sama jugak. Letak new back up, sama jugak. Tetapi, bila check dekat stats bilangan followers masih ada. 

Ada yang alami benda sama macam mira tak???? Mungkin ada yang tahu apa punca...

Cara setting Autorecover and Autosave di Microsoft Word, Power Point and Excel.

Posted by Mira Rasidi | 16 January 2017 | Comment
Mungkin ramai yang dah tahu macam mana nak setting ni kan? Dan boleh dikatakan juga kalau latest Microsoft Office benda ni memang dah di -setting- kan pun dalam part option dalam microsoft korang. Kepada yang belum tahu, sini  aku nak tolong. Nak setting autorecover and autosave kat  Microsoft korang. Sangatla simple dan mudah. Benda ni korang boleh set sekali tekan je. Secara automatik korang punya microsoft power point and microsoft excel pun ter-setting sekali. Macam aku.., aku still guna microsoft office 2010. Tetapi sebenarnya, version apa sekali pun, step lebih kurang sama ok.

Penting ke autosave and autorecover ni?
Yes. Penting. Sebab aku jenis pengguna laptop yang sering menjadi mangsa keadaan oleh laptop sendiri. Bila tengah syok dok menaip selama 2 jam tanpa henti, tetiba  Power down. Hmm part ni laa tetiba cuakkk datang. Terus muncul macam-macam dalam kepala hotakkk. Sama ada aku dapat mengulang kembali detik-detik indah ketika aku mengerah idea untuk sumbat dalam report atau assignment.; Haaa.... dengan adanya autosave ni or auto recover. Settle masalah. Bila power on balik. Semuanya tersedia ada balik. Yahuuuuu..... auto-back up.

Baiklaa..  Mukadimah sudah. Jom tengok caranya pulak.

STEP 1 
Buka Microsoft Word atau Power Point atau Excel . Kemudian klik pada File. Macam yang dah aku kotakkan dalam image tu.

STEP 2
Klik pada Options.


STEP 3
Setelah klik pada Options, akan muncul seperti ini. Kemudian klik pada Save.
Baikla. Dalam part Save ni, korang just tick dekat "Save AutoRecover information every ...." dan "Keep the last autosaved version if I close without saving".

" Save AutoRecover information every .... " - Boleh set minutes yang korang  mahukan. Maksudnya di sini, korang tetapkan berapa sekali korang nak document korang tu di -autorecover- kan. Kalau macam aku, aku set 10 minutes. So every 10 minutes, akan autorecover.

"Keep the last autosaved version if I close without saving" - Fungsi ini pula, time bila kau dalam situation malang tidak berbau, tetiba Power down, laptop terpadam  gara-gara housemate kau nak cabut plug laptop dia, sekali tercabut plug laptop kau. Time tu, kau cabut baterui laptop gara-gara bateri laptop dah season.  Kesimpulanya, cara ini menyelamatkan  korang sekiranya laptop tiba-tiba terpadam terpadam.

STEP 4
Klik OK. Siappp.

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI

Posted by Mira Rasidi | 10 January 2017 | 4 Comment
Kali ini aku nak share dengan korang waktu-waktu fisiologi badan  berfungsi. Bagi anda yang inginkan diet yang sihat dan sentiasa sihat atau ingin menurunkan berat badan,  ada baiknya kau titik beratkan dulu waktu fisiologi badan berfungsi time bila, and time bila nak makan, time bila tak digalakkan makan and so on. Yes! Macam aku. Aku jenis manusia yang susah nak breakfast. Kalau breakfast pun, standard 10 ke atas. Huishhh! Baru aku tahu cara tu salah.....

Baiklah. Moga-moga info aku nak bagi ini berguna untuk korang. Ini pun aku dapat dari makcik aku yang tahu aku ni addicted nak turunkan berat badan , disampaing dengan masalah kulit yang selalu naik jerawat. 

Kepada yang rasa info aku bagi  ini  sedikit bercanggah atau tidak tepat, sangat dialu-alukan untuk korang tinggalkan comment di bawah.  Sharing is caring.

5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang² orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan , berat badan akan naik mendadak.

1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.



2017

Posted by Mira Rasidi | 06 January 2017 | 2 Comment

Hai.. Gaisss.  Here we are in 2017.  " Selamat Tahun Baru" to all blogger and reader.  Sempena tahun baru ni, confirm masing - masing dah ada ada azam baru. Ni memang dah jadi satu trend , asal tahun baru je, azam baru. Asal tahun baru je, azam baru. Tetapi azam tahun lepas belum habis-habis, hold  tengah jalan ,dan yang belum buat apa-apa pun ada. Macam aku!

Tetapi bagi anda yang sepesen sangatlah produktif dan menrealisasikan segala azam . Tahniahh! aku ucapkan. Kepada mereka seperti aku, jom kita sama-sama merealisasikan azam baru yang belum nak capai tu dulu .Sambil-sambil tu, tambahlah azam baru apa  patut. Kah Kah. Hmmm. Hangpa jangan kata yang aku ni  macam takda perancangan hidup. Haishh!. Mestilah ada. Berlambak dah azam aku capai. Yang tertangguh tu barangkali ada sebabnya sendiri. Dan please......jangan tanya aku , kenapa?

Ok. Ni memang selalu orang buat jugak. Dah masuk tahun baru je, sibuk nak throwback. Sibuk nak gali-gali  pekebenda la moment pahit dan indah yang pernah lalui untuk tahun sebelum. Hmm! Macam aku!
Part sebut throwback kenangan manis dan pahit ni. Teringat pulak zaman sekolah dulu. Time kawan-kawan request suruh tulis biodata guna pen warna-warni. Sampai je part kenangan pahit, terus bajet-bajet retis .Tulis, "No komen". Tak pun "Biarlah Rahsia!". Kenangan manis pulak, "Pergi mandi air terjun dengan family la'', "Mandi laut kat Batu Feringhi".  Hahaha. 

Baiklah. Untuk tahun 2017 ni..,aku nak listkan  apa yang aku nak buat. Mohon percaya ok.

Azam Jangka Pendek
1. Grads as Bachelor in Computer Science Majoring Software Engineering
2. Dapat kerja best-best. Aku suka design .Eg: AI, FI. Ada siapa nak offer tak???
3. Layan drama ni semua:-

  •  Hwarang Kdrama
  • Goblin Kdrama
  • Legend of Blue Sea kdrama
  • weightlifting fairy kim bok joo Kdrama

Azam Jangka Panjang
1. Beli kereta
2. Beli rumah
3. Pergi Bercuti. Inshaallah. Bawa Mak Abah Sekali.