Bila Mira berangan nak ke Switzerland??

Posted by Mira Rasidi | 18 September 2017 | Comment

Pernah tak? Bila  takda benda nak buat mulalah penyakit berangan pun tiba-tiba muncul. Nak bagi best sikit berangan tu,  ajak mak ayah, adik-beradik, or kawan-kawan  pun join sekali. Hahaha.. Jangan membongak kepada hangpa yang kata "aku mana pernah berangannnn". KAHKAH. Aku tak caya. Mohhhh! kau dari blog aku. . Hehehe.

Hari ini aku nak berangan if aku dapat pergi switzerland? Haha. Serius memang dah lama berangan nak ke sini. Tetapi till now belom berkesempatan.  Nak pergi begitu sahaja bukan mudah. Kena kumpul duit kasi cukup duluuuu...  Okeyyyssss! Miraaaaa.

Korang tau tak???
Switzerland  menjadi pilihan pelancong adalah kerana dikenali sebagai negara yang terbaik untuk didiami dan ia antara nagara terkaya di dalam dunia serta rakyatnya penuh kesederhanaan . Bentuk muka bumi yang begitu mengindahkan lagi menyenangkan membuatkan negara ini sentiasa di hati setiap orang yang pernah berkunjung ke negara ini.  Malahan negara ini turut terkenal  dengan Salji Aps di puncak Jungfrau  iaitu  puncak  tertinggi di Eropah menyebabkan tempat yang diseluputi salji ini  telah menjadi destinasi utama  yang disenaraikan oleh  percutian berkeluarga. Jungfrau adalah salah satu puncak utama Bernese Alps, terletak di antara kanton selatan Bern dan kanton utara Valais, pertengahan antara Interlaken dan Fiesch.


KENAPA MIRA SUKA SWISS?
1. Gunung yang diselaputi Salji dan dapat melihat peamandangan yang cantik.
Nak main salji, boleh pergi ke Interlaken. Naik ke puncak Jungfrou dan rasai salji yang lembut di sana. Yess! Main saliji buat Olaf versi Malaysia. hehehh


Nak rilekssss sambil menikmati whole switzerland kita pergi Leucerne. Orang kata kat sini tenang jee sebab penduduk tak ramai. Boleh pulak naik cruise kat tasik Leucerne, sambil rasa angin tasik yang sejuk dan damai. 


2. Jauh dari kesesakan "KOTA RAYA"
Mempunyai kawasan setempat yang mengelilingi tasik kebiruan  yang begitu cantik seperti Tasik Geneva dan Tasik Zurich. Tambahan dengan bandar yang tidak sibuk kerana bilangan penduduknya tidak padat.
Tasik Zurich

Tasik  Geneva

3. Struktur bangunan  yang menarik dan unik
Tertarik betul tengok struktur bangunan kat swiss ni. Tambah pula bila tahu Zurich adalah kota tua Eropah. Malahan bangunannya ada yang berusia beribu tahun lagi. Wahh!!!




4. Night in Swiss
Cantikkkkkkkk.....

5. Nature macam "Desktop Wallpapers" . HAHAH


Baiklahh. Ini jelah yang dapat Mira kongsikan. Hmm.. ada siapa-siapa lepas ni terus tanam impian nak pergi Swiss ke??? Seriousssly.... dari hasil bacaan mira and tanya pengalaman orang yang pernah ke sana... Korang memang kena pergi tempat-temapatdi Eropah ni, tambah-tambah Switzerland. Sesuai sangat untuk seisi keluargakah, honeymoon kahhh.
Ok.If rasa nak tengok view cantik-cantik lagi..., pergila tengok kat pakcik Google yaa. Bolehla cuci-cuci mata dulu sementara tunggu duit cukup. hehehehe

K. Bai.

P/s: BTW.... Iceland pun macam best jugak kan??? Ada kawan Mira ni, nak sangat duduk Iceland. Nanti kita tanya dia kenapa. 

Credits: Google