Melodrama Review: Okaasan Ore Wa Daijoubu J-Movie

Posted by Mira Rasidi | 04 September 2016 | Comment

Hujung-hujung minggu ni.  Dah tentu korang dok terlentang depan tv kan.  Sampai dah muntah nak tengok cerita kat TV siaran ulangan tu. Hahah. Haaa... those yang rasa muak nak tengok TV tu. Sini aku nak suggest kat korang satu cerita Melodrama. Apahal pula la, aku bagi cerita sedih-sedih hujung minggu ni kan kat koran?? Dah la esok kerja..  ada juga yang terbawa-bawa sampai office esok......
Hahaha. nasibla ye.

Melodrama Review: Okaasan Ore Wa Daijoubu J-Movie
Okaasan! Ore Wa Daijoubu ( English: Mom! I am Okay) adalah Japanese movie ber-genre Melodrama yang menerapkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Movie ini juga menceritakan bagaimana seorang remaja lelaki yang bernama Ryohei (Yamada Ryosuke)  mendapati dia dianogsis menghidap penyakit yang berbahaya pada hari jadinya, diketika dia sedang mencapai kegemilangan dalam sukan bola sepak. Dia merupakan captain dalam pasukan bola sepak di sekolahnya. Ryohei sangat berdikari dan matang dalam menguruskan dirinya tanpa menyusahkan kedua ibu bapanya.  Hali ini kerana  sejak dari kecil ibunya terpaksa menjaga adiknya yang mengidap penyakit saraf. Sepanjang  waktu harus berada di hospital menjaga adiknya yang sakit sejak umur adiknya 3 tahun lagi. Baginya, dia tidak ingin menyusahkan mereka dan dia sedaya upaya mungkin menjadi seorang kanak-kanak yang berdikari hingga la dia mencecah remaja.

Daijoubu

Namun sifatnya yang independent itu, diuji dengan penyakitnya yang boleh membawa maut.  Segala minatnya tentang bola sepak terpaksa ditangguh sementara kerana penyakitnya itu menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Kali ini, dia tidak boleh menjadi Ryohei yang sangat independent kerana penyakit itu mengambil kemampuannya. 

Tetapi si Ryohei begitu cekal melawan penyakitnya. Tidak sedikit kesal ditunjukkan depan kedua ibu bapanya. Tiada airmata yang dititisakan saat bersama ibu bapanya. Dia melawan penyakit dengan penuh rasa cekal dan semangat. Kesakitan yang ditanggungnya dia tanggung senyap-senyap. Sampaila suatu ketika, setelah pemergian Ryohei, ibunya menjumpai sesuatu yang menunjukkan keperitan Ryohei di mana dia tidak sanggup menerima penyakitnya itu.

Pada ketika itu, ibunya telah mengetahui Ryohei juga seperti remaja lain. Yang juga mempunyai perasaan ingin memberontak kepada suatu hal yang tidak disukainya. Dan bukanla seorang remaja yang berpura-pura menjadi orang dewasa dan tenang menghadapi segala cabaran.

Penyakit apakah yang dihadapi Ryohei? Apakah yang dijumpai oleh ibu Ryohei? Jom tonton....



Sedutan dari  Okaasan Ore wa Daijoubu


How to watch full movie???
Anda boleh tonton di sini : http://kissasian.com/Drama/Okaasan-Ore-wa-Daijoubu/Full?id=20869