Selamat Hari Pahlawan, Abah

Posted by Mira Rasidi | 01 August 2016 | 2 Comment
Semalam, 31 Julai 2016 merupakan tarikh khusus untuk meperingati pahlawan di seluruh Malaysia. Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

Dan aku....., memang dah set reminder siap-siap tarikh yang paling penting untuk abah. Hmmm.....Yess! Abah bekas tentera dan pernah berkhidmat sebagai tentera dari zaman dia muda-muda bujang segak bergaya sampai kahwin, anak dua. Tetapi time umur aku dua tahun dan kak long lebih kurang umur 6-7 tahun, abah decide  berhenti dari tentera.

*Aku pun kurang pasti sangat kenapa abah berhenti. Sebab time tuh aku kecik lagi. Masa tuh pun belum ada lagi pencen-pencen ni... Bila tanya abah kenapa berhenti, dia kata, "abah dah penat pegang senapang...". Hahaha. Jawapannnn .....! Kelakooo pun ada. Abahh.. Abahh.. Banyak berahsia. 

Koranggg. Anak polis, anak tentera & seangkatan dengannya..., mesti pernah rasa...kan macam mana abah korang tinggalkan korang kat rumah dengan mak. Lepastuh takda geng nak main  masak-masak. Takda orang bawakkan pergi playground and keluar jalan-ii without abah. Kadang-kadang nak pergi jalan-jalan..., belum tentu korang boleh main pilih je tarikh yang korang nak, ikot suka. Sebab..., memang kena ikut tarikh abah cotttttiiiiiii. 😅; Tidur malam-malam pula memang dah selalu without abah jugak.  Macam aku, dulu, abah balik 2-3 bulan sekali... Bila abah balik.. Macam  ffeeeling tak kenal dia jeeee wehhh.

** Mak aku orangnya, hati cekal... dah biasa kena tinggal dengan abah. Jaga aku & kak long sorang-sorang. survive. .. ; Yupp... Mungkin sebab dia faham. Kerja macam abah memang macam tu. Dia buat semua tu untuk kita orang, bangsa, agama dan negara. Cewahhh!!!

Hmmm.... Sekarang dah lebih 20 tahun abah tinggalkan tentera tak silap aku.  Tapi semangat pahlawan dia tuhhh always ada wehhh. Kalau tengok rancangan TV mengenai  sejarah tambah-tambah sejarah Malaysia.....,  Excitedd semacam je dia tengok. Tambah pula,  ada  rancangan bersangkut-paut dengan ketenteraaann...Lagilahhh dia terujaaaaa...... Nak tukar channel lain? Berangan la kau kat situ sampai rancangan tu habis.

Dan  bila, dia tengok rancangan macam INILa.... Dia akan selitkan sikit-sikit pengalaman dia bekerja sebagai seorang tentera. Dan time tuhlaaa kita orang akan tahu sikit demi sedikit rahsia diaaa. Hahaha... Tapi kalau harap nak tahu lebih memang tak dapatla... Sebab style abah, dia akan bercerita apa yang dia tengok kat tv tuh, bersangkut- paut DENGAN pengalaman hidup diaa. Hahha.. So ..kalau nak tahu lebih-lebih. Korang kena tunggu 10x kali tayang rancangan TV berunsurkan patriotik dan ketenteraan baru habis cerita kott.. hoho. Atau kalau nak tahu juga, pandai-pandaila pusing soalan sikit....

Paling aku ingat..., dia pernah cerita kawasan-kawasan yang dia pernah berkhimat, rakan-rakan yang terkorban time tengah bertugas. dan banyak lagi...
Dan dia sangat pandai sejarah. Kalau dengar abah cerita...Haishhh ! Aku terfikir balik , asal laa subjek sejarah aku dulu KO... Hummh. Kalau suruh abah ganti  confirm A++ ni subjek Sejarah aku. Hahahahaha

Kepada Abah dan seluruh pahlawan di Malaysia..,




BTW. Inilah abah kite dulu-dulu ðŸ™ˆ. Abah tak tahu ni . Senyap-senyap je aku ambik gamba mana berkenan taruk dalam ni. Hehehe.







P/s: Lebiuuuuu , Abah. ðŸ’–💖💖😘

2 comments:

Anum Abdullah said...

selamat hari pahlawan untuk abah mira...

Mira Rasidi said...

@Anum Abdullah Thanks :)