Patahhh kee? Part 1

Posted by Mira Rasidi | 18 August 2016 | Comment
#throwbackstory

Cik fiza(kawan aku) text aku, ajak buat FYP sama-sama. Aku on je. Memandangkan aku punya documentation tak siap sepenuhnya. Dahla second presentation dah dekat ni. 

Fiza, " Babe, U free tak? Jom teman i buat kerja kat luar?"
Aku, "Jom! Bolehla i siapkan kerja i."
Fiza, " Ok. Kejap i pergi rumah u, nanti A**b datang ambil kita. "
Aku, " Alright! Kejap i masak kat u, I ingat nak masak nasi air (bubur nasi makan dengan sup) today."  Bubur nasi memang menu kesukaan aku. Hari-hari makan bubur nasi, aku tak jemu. hoho 😅
Fiza, " Wah! sedaaaappp. Ok babe. Kejap dah sampai i bagitau u."  Fiza memang suka bubut nasi aku masak. Tak syok sendiri. Tapi dia memang sukaaa wehhh.
Aku, " Okay babe."

Tengahari macam tu, Cik Fiza sampai rumah aku.  Pintu aku memang dah terbuka untuk dia. Sementara nak tunggu  kawan kita orang sampai,jamu selera dulu, bubur nasi yang aku masak. Eh. Eh. Lama juga tunggu mat A***b ni.  Sebab dia tiba-tiba last minute ada kerja. Sebab dia nii, sambil belajar bekerja sendiri. Tolong ayah dia punya perniagaan. So kita orang sebagai kawan amat memahami  kalau dia lambat sejam dua tu. ðŸ™„

Selepas sejam lebih menunggu, aku dengan cik Fiza sempat sembang-sembang pasal FYP bagai,  A**B text yang dia dah sampai kat bawah.  Aku dengan cik Fiza  still setengah siap, Sebab selalunyaa,  dia ni janji krik krik. Tapi kali ni awal sikit dari biasa. Hahahh. Kelam kelibut laahaai , siap cepat-cepat. Takut kawan kita orang sorang ni tunggu lama. 

Dekat 40 minit kemudian, aku dengan cik fiza siap. Hahah. Aku pula, barang memang melebihi kemampuan sikit laa. dengan beg lappy, beg sling aku galas silang ke depan, handphone kat tangan.

Aku,"Cepat. Cepat. A**b dah tu tunggu. Kesian pula dia." Padahal dia tak kisah pun kita orang lambat. Kita orang je yang rasa serba salah. Biarkan dia tunggu lama-lama dekat bawah.

Memang kali ini aku jalan laju dan laju. Tak pandang kiri kanan. Laju dan terus laju. Sebab dah lambat. 

Tiba-tiba, sewaktu kau menuruni jalan yang agak condong ke bawah...,  aku merasakan kaki aku lemah, dan  seolah-olah kaki termasuk satu lubang lengkungan yang kecil dan tidak rata. Sekelip mata aku jatuh.  Kaki kiri aku , terpelecok dan terkehel.  Begitu pantas aku jatuh,aku tidak sedari macam mana kaki aku boleh masuk di dalam lengkungan yang sangat kecil tu. Cuma, yang aku ingat sewaktu  nak jatuh, kaki aku memang lemah dan tak dapat nak elak dari lengkungan tu, lalu unstable.

Cik Fiza kelam kelibut juga, bila dia tengok terjatuh dalam keadaan merangkak macam tu. Nasibla takda orang time tuh. Yang ada, aku ,cik Fiza dan housemate aku yang turut serta turun dengan aku. Dia ada kelas time tu.

Nak meraung rasa. Sakitnyaaa, hanya Allah saja yang tahu. Nak juga aku nangis kat situ. Tapi tak terkeluar. Sebab nak control cun. Maluuuuuu.... Kalau depan mak abah, mahu aku nangis teresak-esak dah ni.  Nak jalan lagi sakit. Memang aku tak boleh jalan..... selangkah gerak.. lagi sakit. Sakit yang teramat sakit. Dan bukan dibuat-buat untuk cari simpati. Paling aku nak nangis tiba-tiba aku rasa macam pelik sikit kaki aku, antara metatarsal dan phalangeal yang ada tulang timbul tu, macam berada di kedudukan yang pelik dan jatuh  ke bawah sedikit.


Aku, " Patahh kee? Patahh Kee? Kenapa tulang dia kat bawah , kenapa kaki i nampak pelik? Kaki i sakit sangat . Sakit sangat ni."

Fiza cuba tenangkan, " Eh. Tak kot.  U sakit sebab  urat kot ni. Urat kaki u timbul tu. "

Aku " Tapi, kaki i sakit sangat ni.. Sakit sangaaat. Patah keeee?".........................

P/s: ðŸ“– to be continued....... 


No comments: