Lagu Cebisan Cahaya untuk pesakit kanser by Almarhum Tunku Jalil

Posted by Mira Rasidi | 05 August 2016 | 2 Comment



Almarhum TJ, One of anak raja yang aku teruja dan kagum dengan sifat peribadinya yang lain dari lain. Sesiapa yang mengenali dan mengikuti perkembangannya melalui Instagram  ataupun Facebook, pasti akan terkesan atas pemergiannya dan termasuk  juga aku yang turut merasakannya.....


Tempoh yang lalu, aku ada terbaca satu statement daripada kawan baik Almarhum TJ iaitu Nomad. Katanya, Almarhum ada memintanya mencipta sebuah lagu khas untuk dihadiahkan buat ayahanda dan bondanya. 
Menariknya,Almarhum meminta penyanyi itu mencipta lagu istimewa tersebut untuk menyampaikan luahan agar penyakit yang dihidapinya itu tidak mendatangkan kesedihan dalam kalangan keluarga.
Walaupun sahabatnya telah tiada, Nomad menjelaskan dia tetap akan menunaikan hasrat terakhirnya Almarhum untuk menyerahkan lagu berkenaan kepada pihak keluarganya selepas selesai menjalani rakaman kelak.

Lagu tersebut dicipta berdasarkan permintaan Almarhum yang tidak mahu ayahanda dan bondanya bersedih. Sebaliknya, biarlah Almarhum sendiri yang menanggung keperitan sendirian. Saya amat terkilan meskipun lagu itu telah siap, tetapi hanya sempat memperdengarkan satu para sahaja kepadanya. Waktu itu, saya tidak sampai hati untuk memperdengarkan keseluruhan lagu tersebut,” 
“Buat masa ini saya masih belum ada kekuatan untuk merakam lagu tersebut. Selepas emosi stabil nanti barulah saya meneruskan proses rakaman. Disebabkan Almarhum juga merupakan peminat Datuk Siti Nurhaliza, saya amat berbesar hati andai beliau berminat untuk menyanyikan lagu berkenaan. Hanya ini kenangan terakhir yang boleh saya simpan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi buat keluarganya,” - Nomad.  
Credit to Kosmo Online 
--------------

Semalam, aku ada membaca satu artikel dari 
utusan.com.my , almarhum TJ sempat menghasilkan lirik lagu khas untuk pesakit kanser. Lirik lagu ini dihasilkan oleh almarhum ketika hujung hayatnya tentang harapan dan pengalaman ketika menentang penyakit kanser yang dihidapinya.Lagu berjudul "Cebisan Cahaya" ini bakal dinyanyikan oleh penyanyi veteran yang berasal dari Johor iaitu  Ayai atau nama sebenar Zaharuddin Kamaruddin. 

Untuk lagu ini, Awi Rafael diberi tanggunjawab dan kepercayaan oleh ayahanda Almarhum TJ sendiri untuk merealisasikan hasrat anaknya itu.  Menurut Awi Rafael, dia mendapat berita baik sejurus selepas dia sembuh dari  kecederaan akibat kemalangan dan dia merasakan setiap kejadian yang berlaku kepadanya, ada hikmahnya apabila mendapat peluang berkhidmat untuk keluarga diraja Johor.  Selaku komposer, dia dapat rasakan lagu ini bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya kerana penceritaannya tulus dari hati seorang putera raja kesayangan ramai yang terkenal dek budi pekertinya yang tinggi. 

“Jujur saya katakan, ketika membuat gubahan lagu untuk karya ini, hati saya tersentuh mendengarnya. Perjuangan almarhum dalam menentang kanser amat dikagumi,”-  Awi Rafael

Justeru Awi Rafael berharap, sentuhannya dalam menyempurnakan hasrat Tunku dapat disampaikan dengan baik dan memberi sedikit sumbangan kepada komuniti atas rasa tanggungjawab sosial. 

P/s: Waiting....