Posted by Mira Rasidi | 24 May 2016 |
2 Comment
Yahuuuu! Cuti sekolah dah dekat
ni. Mak
ayah korang dah plan ke nak pergi mana cuti sekolah ni, dik? Kakak-kakak and
abang-abang semua pula, dah terfikir ke nak
bawak anak-anak pergi bercuti kat mana?
Haaa. Bagi ibu bapa yang
still buntu dan belum tahu nak bawa anak korang pergi mana, meh sini mira share
tempat menarik yang korang boleh pergi.... Mungkin dengan bantuan mira ni,
tercetus idea korang nak pergi mana kan.
Baiklah entry kali ini Mira nak share dengan anda semua antara homestay yang menarik dan menjadi
tumpuan ramai.
Apa itu "Homestay"?
JOJO RAKIT KOTA TINGGI ,JOHOR
WEBSITE :https://borneobenukhomestay.com/
Apa itu "Homestay"?
Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana
pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah homestay yang telah berdaftar
ataupun penginapan yang berkonsepkan rumah. Para pelancong berpeluang untuk
berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan
kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih
kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.
*Oleh itu, kepada ibu bapa yang ingin
mengubah konsep melancong dan menikmati
gaya hidup orang kampung sebenar atau sesuatu lain dari yang lain. DI SINI
TEMPATNYA*
Antara homestay yang menarik di
Malaysia ialah :
TOK JANGGUT HOMESTAY AND RETREAT, BUKIT GANTANG ,TAIPING PERAK
Bersantai di kampung dengan "Retreat" getaway
with English Tudor design COTTAGE dalam persekitaran Kampung Melayu terletak 14
kilometer dari Bandar Taiping atau
dikenali dengan Bandar Bersejarah. Pilihan yang sangat baik untuk perhimpunan
keluarga, perjumpaan mini, parti BBQ, tempat percutian syarikat untuk maksimum
35 orang atau penginapan hujung minggu breakaway. Homestay ini dibina khas
untuk pengunjung yang bekeluarga.
Element-element
menarik dan teruja untuk KELUARGA :
·
KEMUDAHAN : Air - penghawa dalam setiap bilik,
2 TV (Astro Asas), Dapur, Perkakas memasak asas, Peti sejuk, Mesin basuh,
Ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, Seterika dan papan seterika, Dewasa
Kolam Renang, BBQ Pit, Kawasan Tempat Makan Terbuka, sewa basikal dan retro
motor honda dengan harga sewa yang rendah
·
Aktiviti yang disediakan adalah BBQ, Ping-pong
dan permainan dart, sewa Karaokel, Berenang di kolam renang, mandi manda di air
terjun, jalan-jalan di kampung berdekatan menggunakan basikal dan motor, mini
telematch dan mini games pool dan dll.
·
PAKEJ KELUARGA :
1.
8 bilik = kampung (3 bilik) dan 5
buah chalet
(20 - 35 pax max)
2.
7 bilik = kampung (3 bilik) dan 4
chalet
(20 pax max)
3.
5 bilik = kampung (3 bilik) dan 2
chalet
(15 pax max)
4.
Cottage (3 bilik) * untuk musim bukan
puncak sahaja
(10 pax max)
·
Harga tergantung pada bilik yang
diinginkan.
MENU MENARIK
Makanan adalah eksklusif tetapi boleh diuruskan dan BBQ
WEBSITE : http://tokjangguthomestayretreat.blogspot.my/
WEBSITE : http://tokjangguthomestayretreat.blogspot.my/
Tok Janggut Homestay and Retreat
JOJO RAKIT KOTA TINGGI ,JOHOR
Jojo Rakit menawarkan konsep inap desa (homestay) di
atas laut! Sementara anda memancing, keluarga boleh menonton TV, berkaraoke
bersiar-siar menaiki bot atau lepak sahaja di gazebo sambil menikmati
pemandangan di laut. Jojo Rakit terletak di Tanjung Buai, Teluk Sengat.
Jaraknya kira-kira 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru. Tetapi daripada
jarak itu, sembilan kilometer adalah melalui jalan kampung dan ladang kelapa
sawit.
Dari Jojo Rakit anda boleh nampak Pasir Gudang, Masai
dan Singapura.
Element-element
menarik dan teruja untuk keluarga:
·
Boleh memancing sambil berehat dan
melaungkan masa bersama kelaurga
·
Menyediakan ruang memasak
·
Menyediakan pakej bot untuk
pemancing.
·
Boleh menjaring, menjala, merawai,
bubu dan bento (ketam).
·
Kanak-kanak boleh bermain di Taman
Permainan yang disediakan
·
Boleh menonton televisyen
kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas dan karoeke
·
KEMUDAHAN : Karaoke, barbeque, dapur, kiosk menjual
barang ringan, mini cafe, wakaf (gazebo) untuk sembahyang atau berehat, taman
permainan
·
Pakej : Untuk keluarga, terdapat Bilik Besar
muat untuk 5 orang.
·
Harga bilik serendah RM 70.
MENU
MENARIK
Menyediakan pakej sarapan, makan tengahari,
minum petang dan makan malam dengan pelbagai menu.
KAMPUNGSTAY DESA MURNI,TEMERLOH PAHANG
Hanya 15 minit dari Temerloh Tol Lebuhraya Pantai Timur. Reka bentuk rumah di ukir dengan gaya kampung
dan gaya moden yang dapat memberikan pandangan berbeza kepada pelancong
mengenai percutian jika datang menginap
di Homestay mereka. Menjadi daya tarikan kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti
yang menarik. Sesuai untuk hari keluarga, majlis rasmi & tidak rasmi,
perhimpunan dan sebagainya. Ianya murah dan mengikut Bajet.
Element-element menarik dan teruja untuk KELUARGA:
·
Sediakan permainan Tradisional
dari kampung mereka
·
Sediakan Basikal mengelilingi kawasan kampung dengan kadar sewa
yang rendah.
·
Aktiviti menangkap ikan dan
lukisan Batik adalah termasuk dalam pakej
·
KEMUDAHAN : wi-fi, kolam renang, taman permainan kanak-kanak
dan tempat letak kereta,Spa, Sauna dan Bekam (Bekam).
·
PAKEJ KELUARGA: 3D2N Family day , 2D1N Family day, 3D2N
Kampungstay dan 2D1N Kampungstay. FREE of charge bagi kanak 4 tahun dan ke
bawah.
·
Harga berpatutan (RM 90 – RM 180 Bergantung pada jenis bilik)
MENU MENARIK
· Ikan Patin Terpoyak dan masakan kampung/Traditional orang negeri
Pahang.
Kampungstay Desa Murni
HOMESTAY DESA BALQIS, KUALA LINGGI MELAKA
Salah satu homestay yang unik, dikatakan setiap sepuluh rumah di tempat
tersebut digelar seperti atuk, nenek, mama, pakcik, makcik dll. Homestay ini
memiliki suasana di tepi selat melaka
membuatkan tempat ini menarik untuk dikunjungi
dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Terdapat beberapa rumah
tradisional melayu yang disewa untuk dijadikan penginapan.
Element-element menarik dan teruja untuk KELUARGA:
·
KEMUDAHAN : padang permainan, swimming pool
yang besar, tempat makan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa, Water
heater dan aircond , karaoke set, peralatan untu aktiviti padang
·
Aktiviti disediakan adalah aktiviti-aktiviti
di padang dewasa dan kanak-kanak, telematch di padang bersama ke;uarga, karaoke bersama keluarga, berenang di
swimming pool,
·
PAKEJ: Pakej untuk keluarga sahaja.
·
FAMILY DAY EVENT2D 1N
(5buah rumah boleh memuatkan 40 orang)
Pakej tergantung jumlah ahli keluarga
·
Harga berpatutan . Serendah RM 200
MENU MENARIK
Desa Balqis
HOMESTAY BORNEO BENUK, KUCHING SARAWAK
Homestay Kampung Benuk, 34 km dari Bandaraya Kuching
adalah homestay yang terdekat untuk pelawat atau pelancong yang ingin mengalami
kehidupan dalam sebuah rumah panjang asli. Kampung Benuk Homestay merupakan
salah satu daripada beberapa yang masih hidup Bidayuh Longhouse di Sarawak. Budaya
Bidayuh adalah sacredly dipelihara di tengah-tengah pesat tempat pengambilan
pembangunan di kampung. Sangat menarik untuk di kunjungi bersama keluarga untuk
mengenali adat-budaya yang boleh dikatakan unik dan menarik yang jarang kita
lihat dalam era globalisasi ini.
Element- Element
menarik dan teruja untuk KELUARGA:
·
Akitiviti – aktiviti yang
disediakan :
-
Lawatan ke Bidayuh di rumah
panjang tradisional:
-
Lawatan ke Panggah: dewan
perbincangan Secret di mana pahlawan besar tinggal di zaman dahulu dan beberapa
tengkorak musuh kira-kira 400 tahun yang lalu telah disimpan.
-
Lawatan ke Muzium Mini:
Satu-satunya muzium yang terdapat di kawasan Penrissen dengan koleksi peribadi
antik, peralatan tradisional & aksesori dan artifak budaya sejak awal
1930-an.
-
Jambatan Buluh Tradisional
menyeberangi sungai padi ladang, kopi, koko, lada, sayur-sayuran, buah-buahan
dan taman getah.
-
Aktiviti pertanian tradisional di
ladang padi dan pengalaman tangan dalam aktiviti harian petani di taman mereka.
·
KEMUDAHAN :
Menyediakan bilik yang bersih dengan kipas, bilik mandi biasa / tandas,
elektrik dan televisyen, pelbagai guna dewan orang ramai, klinik desa, kedai
runcit, sekolah, bidang sukan, perpustakaan, telefon awam, tandas awam dan
perhentian bas. Selain itu, kampung ini juga mempunyai Tourist Information
Centre.
·
PAKEJ : 2D1N,3D2N,4D3N,DAY VISIT ( Tergantung
dengan pakej yang ditetapkan)
·
Harga serendah RM 35
MENU MENARIK
Makan malam dihidangkan dengan makanan tradtional di samping disembahkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan
kebudayaan
WEBSITE :https://borneobenukhomestay.com/
2 comments:
Kalau dapat pegi yg borneo tu mesti menarik kan.. tp anak2 kecik lg .. plg besar 6thn.. 4 org berderet... tk sabar tunggu dorg semua at least darjah satu.. boleh explore cultural activities sesama.. sy minat..
@faiiza mohamadInshaallah...Tunggu anak-anak besar sikit. Boleh lah pegi 😄
Post a Comment