Aku kena Defer!

Posted by Mira Rasidi | 22 May 2016 | 2 Comment
 Hello dan Assalamualaikum.

Title bukanlah sekadar title. But its happened to me . Hummh . Sedihhh wehh! bila kau dah ada kat final semester , tiba-tiba kau terpaksa buat keputusan untuk Defer. Tambah pula, semester yang kau tak payah susah-susah nak study dan berjaga tengah malam sekadar nak menghafal teori yang kadang-ii kau nak kena ulang dua tiga kali baru ingat. AKU terpaksa buat keputusan disaat akhir kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk presentation Final Year Project

Sebab defer?
2 bulan lepas, tanpa diduga aku boleh terjatuh di laluan utama di pangsapuri aku. Inilah orang cakap, malang tidak berbau. Laluan utama yang agak condong, dan sedikit tidak rata, membuatkan aku unbalanced dan terpelecok. Padahal jalan tersebut aku sudah guna hampir 3 tahun dan tiada  apa yang berlaku sebelum ini.  Inilah padahnya bila kau jalan kelam-kelibut kekonon nak kejar masa. So apa yang jadi..., I broke one of my left toe. Patah tersebut betul-betul berada tengah tulang bawah tapak kaki (Metatarsal:the part of the foot between the ankle and the toes)Aku tidak boleh berjalan menggunakan tapak kaki dan terpaksa disimenkan separuh penuh hingga ke betis.

      



Kenapa tidak boleh pergi Kelas?
Ada juga yang tanya kenapa aku tak pergi kelas..? Kepada yang memahami situasi aku...takda banyak tanya, Terima Kasih kerana memahami. Tetapi bagi yang sesetengah bertanya kerana mereka begitu care dengan study aku. Sini aku nak jelaskan...

Hari-hari aku ke kelas berjalan kaki, laluan yang aku terpaksa terjah itu adalah satu-satunya laluan keluar masuk yang digunakan oleh penduduk pangsapuri di situ. Even kau pakai kereta ke, jalan kaki ke, situ jelah jalannya. Setiap hari aku terpaksa ambil sekurangnya 5 minit untuk ke kampus. Kalau tiada gangguan lori besauuu nak keluar masuk tempat pembinaan, tolak tunggu lif bagai  dalam 3 minit dah sampai. Bagi aku takda masalah untuk 5-10 minit berjalan kaki. Itu aku dah biasa. Tetapi yang menjadi masalahnya di sini..., laluan yang aku lalu itu kanannya sibuk dengan construction. Bagi yang pandai imagine, anda boleh bayangkan macam mana kawasan construction kan.... *Eh!!! so far tak benda-benda yang pelik jadi lagi. Alhamdulillah

Namun yang membimbangkan mak dan abah, how aku  nak redah jalan dekat kawasan yang tidak rata dengan hanya menggunakan tongkat bantuan? Dan macam mana aku hadap batu-batan, nak kena langkah divider bagai? And of course i think i can't do it... Huuwaaaaa! Nangeh...*Kalau mengharap orang pimpin kau pergi kelas, pergi bawa kau present Alahai! diorang pun ada kerja lain. Satu hal pula kau nak kena susahkan hidup diorang. Ingatt diorang takda kerja ke?---

Hmm....First time kot, aku nak kena pakai tongkat, nak kena duduk atas wheelchair. Nak ambil masa untuk suaikan diri dan kaki dengan tongkat pulak....., Allah! sangatla penuh cabaran.  Naik lebam ketiak aku. Naik sakit tangan aku. Naik lenguh pinggang aku. Naik habis stamina aku.. sebab nak kena loncat-loncat macam pocong. Huahahaha.....;Lama-lama baru aku faham macam mana nak guna tongkat. Tetapi itu pun kalau tersalah step or ada tempat yang agak licin sedikit atau tidak rata, aku mudah nak terjatuh. Sumpahhh! I donnoo how to handle this type of facility. Huwaaaaaa! 
*Pada ketika itu timbul kesedaran ..bertapa pentingnya kaki kiri dan kanan kepada kita. Bila satu sudah tidak berfungsi, kan mengubah satu-persatu rutin yang biasa kita lakukan.*



 Inilah tongkat yang aku gunakan selama hampir 3 bulan ini. Untuk bergerak di dalam rumah sahaja.

Kalau nak pergi hospital untuk appointment doktor. Aku tidak menggunakan tongkat untuk bergerak di kawasan luar dari rumah, Wheechair lebih mudah untuk aku.  Tambah-tambah pula yang memerlukan aku bergerak jauh sikit.  CUAAAAAKKKKKKK! guna yang bertongkat nihhh.

Pernah semasa aku masih berada di rumah sewa selepas 2-3 hari kaki aku disimenkan. Nak dijadikan cerita boleh pula aku terjatuh dan terhempas ke lantai. Ketika itu sedikit hentakan terjadi pada kaki simen aku. Sakit ohh! *Padahal doktor dah pesan, kaki kiri  memang tidak boleh dibebankan atau digunakan langsung untuk bergerak. Jika banyak gerakan  juga membuatkan kaki  lagi lambat untuk sembuh.* ;HAHAH. Yezzza. Dekat rumah sewa jelah aku lepak, sementara nak tunggu mak abah sampai dari Perak, untuk bawa aku balik. *Aku saja request mak abah ambil lewat sikit. Sebab nak siapkan documentation  untuk presentaion 2  terlebih dahulu.* Nasib housemate baik. Tolong jadi nurse sementara untuk aku.Heheks.; Ya Allah!  Aku sempat juga merasakan yang aku  membebankan ramai orang. Ada juga  yang punya nak tolong aku ..., offer diri nak siapkan documentation aku. Mungkin dia tengok bertapa terseksanya aku apabila terpaksa menghadap laptop dengan kaki yang 24 jam berunjur. Tak samapai satu jam stop buat kerja dah. Hahahhh. Aku pula tunjuk manja . Show off sangat rasa sakit tuh.....  
*Haaa. Mestilah aku menolak sekerasnya bila kawan aku tuh bagi offer time tuh. Hahahhh. Janganlah sampai kerja aku pun korang nak buatkan. Ehhh! malulaahh....heheks.*

Sehari selepas kejadian, aku balik ke Perak.  Pada mulanya kaki masih ok. Tetapi keesokannyaaa.. Jeng! Jeng! Kaki bengkak . Sakit jangan cakapla. Kejap ada kejap takda dari dalam kereta lagi.  Sudahla dari rumah sewa, nak balik  ke perak sekurang-kurangnya  mengambil masa 4 jam untuk sampai. Hangpa bayangkan how aku nak kena berunjur kaki dalam kereta dengan ffeeeling gegar-gegar semua. 



Bila dah nampak kaki bengkak tu , Mak abah cepat-cepat bawa pergi Emergency . Sampai sahaja di emergency aku terus ditukarkan dengan balutan simen yang baru. Aku bernasib baik  kerana pada waktu itu giliran kawan mak abah yang bekerja dan kebetulan pula tidak ramai orang di emergency. Menggunakan kuasa magik yang ada, aku terus di bawa menerima rawatan on the spot. Tukar simen baru wehh! Sebab simen dah patah gara-gara terjatuh kot. Mungkin itu punca bengkak. Ataupun bengkak sebab banyak sangat gegar-gegar kott. Hahahah.  *Korang simpan rahsia please...mak abah tak tahu yang aku pernah jatuh. Hampir jatuh beberpa kali itu ada* HAHAHAH.  


Kenapa tidak datang untuk buat presentation sahaja?
Haa ...ini lagi satu masalah aku. Kenapalah aku tak  boleh datang buat presentation sahaja kan...? Hmmmh. Pada mulanya seperti itulah yang aku rancang. Aku juga sempat untuk minta tangguh presentation pertama kerana sewaktu kejadian, lagi seminggu sahaja presentation 2 aku.  Namun untuk tangguhkan final presentation aku gagal. Sebab time dah suntuk. Kaki aku pulak belum baik-baik dan masih bersimen. Presentation 2 belum buat. Haishh macam mana pula nak buat final presentation kan?
Ehhh!! Jangan cakap aku tak fight...Namun ada sebab- sebab tertentu yang tidak mengizinkan aku untuk  aku mempertahankannya lagi. Aku pasrah.

Aku sudah cuba yang terbaik. Namun Allah menjanjikan yang lebih terbaik. INSHAALLAH

Sekarang. Hampir tiga bulan aku menggunakan tongkat dan wheelchair. Alhamdulillah. Minggu yang lalu doktor bagi "green light" buka simen. Kalau tidak beberapa minggu sebelum ini, setiap kali aku jumpa doktor, bukan main aku request nak buka simen. Kau rasa dia bagi???. Hahahahha.---

Dan tibalah masa untuk rawatan fisioterapi . Satu-satunya rawatan untuk aku berjalan kembali...... 


















2 comments:

Mimi Rheem said...

Kesiannya..Stay strong and stay positive..Semoga cepat sembuh..

Mira Rasidi said...

@Mimi Here thanks dear. im fully recover now. hihi, dah nak habis intern dah