Add Me Follow Me Follow Me

Sketch Art by Mirasidi

Posted by Mira Rasidi | 24 October 2016 | Comment
Dengan skill sketch yang ada time belajar pendidikan seni masa form 3 dulu- dulu, aku gunakan skill yang cepe'eekkk tuh untuk sketch muka orang.  So pleaselaa jangan aspect more dari aku. Sebab aku buat ni just suka-suka. Sebab i love to do it, bila mood nak lukis membuak-buak. Hmmm. But bila takda mood, orang lidi lah jawab dia, kalau kau mintak aku lukis.



Berapa punya lama tinggal zaman melukis. Aku mula dapat 'nur' nak sketch bila lukis muka budak ni. Hahah. Lama dorh tinggal zaman-zaman lukis gunung, burung huruf "M", sawah padi bagai tu. Hahaha. Tetiba dapat "nur" nak lukis balik masa kaki tengah patah riuk tempoh hari. Bosan punya pasal, nak pergi jimba, mak tak bagi. So aku pergunakan budak ni. 


Then next... dah mula ada mood nak sketch......









Melodrama Review: Okaasan Ore Wa Daijoubu J-Movie

Posted by Mira Rasidi | 04 September 2016 | Comment

Hujung-hujung minggu ni.  Dah tentu korang dok terlentang depan tv kan.  Sampai dah muntah nak tengok cerita kat TV siaran ulangan tu. Hahah. Haaa... those yang rasa muak nak tengok TV tu. Sini aku nak suggest kat korang satu cerita Melodrama. Apahal pula la, aku bagi cerita sedih-sedih hujung minggu ni kan kat koran?? Dah la esok kerja..  ada juga yang terbawa-bawa sampai office esok......
Hahaha. nasibla ye.

Melodrama Review: Okaasan Ore Wa Daijoubu J-Movie
Okaasan! Ore Wa Daijoubu ( English: Mom! I am Okay) adalah Japanese movie ber-genre Melodrama yang menerapkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Movie ini juga menceritakan bagaimana seorang remaja lelaki yang bernama Ryohei (Yamada Ryosuke)  mendapati dia dianogsis menghidap penyakit yang berbahaya pada hari jadinya, diketika dia sedang mencapai kegemilangan dalam sukan bola sepak. Dia merupakan captain dalam pasukan bola sepak di sekolahnya. Ryohei sangat berdikari dan matang dalam menguruskan dirinya tanpa menyusahkan kedua ibu bapanya.  Hali ini kerana  sejak dari kecil ibunya terpaksa menjaga adiknya yang mengidap penyakit saraf. Sepanjang  waktu harus berada di hospital menjaga adiknya yang sakit sejak umur adiknya 3 tahun lagi. Baginya, dia tidak ingin menyusahkan mereka dan dia sedaya upaya mungkin menjadi seorang kanak-kanak yang berdikari hingga la dia mencecah remaja.

Daijoubu

Namun sifatnya yang independent itu, diuji dengan penyakitnya yang boleh membawa maut.  Segala minatnya tentang bola sepak terpaksa ditangguh sementara kerana penyakitnya itu menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Kali ini, dia tidak boleh menjadi Ryohei yang sangat independent kerana penyakit itu mengambil kemampuannya. 

Tetapi si Ryohei begitu cekal melawan penyakitnya. Tidak sedikit kesal ditunjukkan depan kedua ibu bapanya. Tiada airmata yang dititisakan saat bersama ibu bapanya. Dia melawan penyakit dengan penuh rasa cekal dan semangat. Kesakitan yang ditanggungnya dia tanggung senyap-senyap. Sampaila suatu ketika, setelah pemergian Ryohei, ibunya menjumpai sesuatu yang menunjukkan keperitan Ryohei di mana dia tidak sanggup menerima penyakitnya itu.

Pada ketika itu, ibunya telah mengetahui Ryohei juga seperti remaja lain. Yang juga mempunyai perasaan ingin memberontak kepada suatu hal yang tidak disukainya. Dan bukanla seorang remaja yang berpura-pura menjadi orang dewasa dan tenang menghadapi segala cabaran.

Penyakit apakah yang dihadapi Ryohei? Apakah yang dijumpai oleh ibu Ryohei? Jom tonton....



Sedutan dari  Okaasan Ore wa Daijoubu


How to watch full movie???
Anda boleh tonton di sini : http://kissasian.com/Drama/Okaasan-Ore-wa-Daijoubu/Full?id=20869

My Design: (Cartoon Art) Lee Jong Suk w-two worlds

Posted by Mira Rasidi | 21 August 2016 | Comment
Memandangkan aku bosan dan macam takda kerja je sekarang. Aku buat keputusan untuk isi kebosanan aku dengan melukis.  Disebabkan sekarang ni aku tengah sibuk follow drama W-Two Worlds kat channel Oh!K di astro, aku dapat idea nak lukis hero dalam cerita ni. Hohoh.


Original image

Hahah. Comel kan? Comel kan?

Cartoon Art Version


Hmm... Boleh la dari takdo. Hobi wehh. Jangan bash pleaseeee... hahaha

Patahhh kee? Part 1

Posted by Mira Rasidi | 18 August 2016 | Comment
#throwbackstory

Cik fiza(kawan aku) text aku, ajak buat FYP sama-sama. Aku on je. Memandangkan aku punya documentation tak siap sepenuhnya. Dahla second presentation dah dekat ni. 

Fiza, " Babe, U free tak? Jom teman i buat kerja kat luar?"
Aku, "Jom! Bolehla i siapkan kerja i."
Fiza, " Ok. Kejap i pergi rumah u, nanti A**b datang ambil kita. "
Aku, " Alright! Kejap i masak kat u, I ingat nak masak nasi air (bubur nasi makan dengan sup) today."  Bubur nasi memang menu kesukaan aku. Hari-hari makan bubur nasi, aku tak jemu. hoho 😅
Fiza, " Wah! sedaaaappp. Ok babe. Kejap dah sampai i bagitau u."  Fiza memang suka bubut nasi aku masak. Tak syok sendiri. Tapi dia memang sukaaa wehhh.
Aku, " Okay babe."

Tengahari macam tu, Cik Fiza sampai rumah aku.  Pintu aku memang dah terbuka untuk dia. Sementara nak tunggu  kawan kita orang sampai,jamu selera dulu, bubur nasi yang aku masak. Eh. Eh. Lama juga tunggu mat A***b ni.  Sebab dia tiba-tiba last minute ada kerja. Sebab dia nii, sambil belajar bekerja sendiri. Tolong ayah dia punya perniagaan. So kita orang sebagai kawan amat memahami  kalau dia lambat sejam dua tu. 🙄

Selepas sejam lebih menunggu, aku dengan cik Fiza sempat sembang-sembang pasal FYP bagai,  A**B text yang dia dah sampai kat bawah.  Aku dengan cik Fiza  still setengah siap, Sebab selalunyaa,  dia ni janji krik krik. Tapi kali ni awal sikit dari biasa. Hahahh. Kelam kelibut laahaai , siap cepat-cepat. Takut kawan kita orang sorang ni tunggu lama. 

Dekat 40 minit kemudian, aku dengan cik fiza siap. Hahah. Aku pula, barang memang melebihi kemampuan sikit laa. dengan beg lappy, beg sling aku galas silang ke depan, handphone kat tangan.

Aku,"Cepat. Cepat. A**b dah tu tunggu. Kesian pula dia." Padahal dia tak kisah pun kita orang lambat. Kita orang je yang rasa serba salah. Biarkan dia tunggu lama-lama dekat bawah.

Memang kali ini aku jalan laju dan laju. Tak pandang kiri kanan. Laju dan terus laju. Sebab dah lambat. 

Tiba-tiba, sewaktu kau menuruni jalan yang agak condong ke bawah...,  aku merasakan kaki aku lemah, dan  seolah-olah kaki termasuk satu lubang lengkungan yang kecil dan tidak rata. Sekelip mata aku jatuh.  Kaki kiri aku , terpelecok dan terkehel.  Begitu pantas aku jatuh,aku tidak sedari macam mana kaki aku boleh masuk di dalam lengkungan yang sangat kecil tu. Cuma, yang aku ingat sewaktu  nak jatuh, kaki aku memang lemah dan tak dapat nak elak dari lengkungan tu, lalu unstable.

Cik Fiza kelam kelibut juga, bila dia tengok terjatuh dalam keadaan merangkak macam tu. Nasibla takda orang time tuh. Yang ada, aku ,cik Fiza dan housemate aku yang turut serta turun dengan aku. Dia ada kelas time tu.

Nak meraung rasa. Sakitnyaaa, hanya Allah saja yang tahu. Nak juga aku nangis kat situ. Tapi tak terkeluar. Sebab nak control cun. Maluuuuuu.... Kalau depan mak abah, mahu aku nangis teresak-esak dah ni.  Nak jalan lagi sakit. Memang aku tak boleh jalan..... selangkah gerak.. lagi sakit. Sakit yang teramat sakit. Dan bukan dibuat-buat untuk cari simpati. Paling aku nak nangis tiba-tiba aku rasa macam pelik sikit kaki aku, antara metatarsal dan phalangeal yang ada tulang timbul tu, macam berada di kedudukan yang pelik dan jatuh  ke bawah sedikit.


Aku, " Patahh kee? Patahh Kee? Kenapa tulang dia kat bawah , kenapa kaki i nampak pelik? Kaki i sakit sangat . Sakit sangat ni."

Fiza cuba tenangkan, " Eh. Tak kot.  U sakit sebab  urat kot ni. Urat kaki u timbul tu. "

Aku " Tapi, kaki i sakit sangat ni.. Sakit sangaaat. Patah keeee?".........................

P/s: 📖 to be continued....... 


Lagu Cebisan Cahaya untuk pesakit kanser by Almarhum Tunku Jalil

Posted by Mira Rasidi | 05 August 2016 | 2 Comment



Almarhum TJ, One of anak raja yang aku teruja dan kagum dengan sifat peribadinya yang lain dari lain. Sesiapa yang mengenali dan mengikuti perkembangannya melalui Instagram  ataupun Facebook, pasti akan terkesan atas pemergiannya dan termasuk  juga aku yang turut merasakannya.....


Tempoh yang lalu, aku ada terbaca satu statement daripada kawan baik Almarhum TJ iaitu Nomad. Katanya, Almarhum ada memintanya mencipta sebuah lagu khas untuk dihadiahkan buat ayahanda dan bondanya. 
Menariknya,Almarhum meminta penyanyi itu mencipta lagu istimewa tersebut untuk menyampaikan luahan agar penyakit yang dihidapinya itu tidak mendatangkan kesedihan dalam kalangan keluarga.
Walaupun sahabatnya telah tiada, Nomad menjelaskan dia tetap akan menunaikan hasrat terakhirnya Almarhum untuk menyerahkan lagu berkenaan kepada pihak keluarganya selepas selesai menjalani rakaman kelak.

Lagu tersebut dicipta berdasarkan permintaan Almarhum yang tidak mahu ayahanda dan bondanya bersedih. Sebaliknya, biarlah Almarhum sendiri yang menanggung keperitan sendirian. Saya amat terkilan meskipun lagu itu telah siap, tetapi hanya sempat memperdengarkan satu para sahaja kepadanya. Waktu itu, saya tidak sampai hati untuk memperdengarkan keseluruhan lagu tersebut,” 
“Buat masa ini saya masih belum ada kekuatan untuk merakam lagu tersebut. Selepas emosi stabil nanti barulah saya meneruskan proses rakaman. Disebabkan Almarhum juga merupakan peminat Datuk Siti Nurhaliza, saya amat berbesar hati andai beliau berminat untuk menyanyikan lagu berkenaan. Hanya ini kenangan terakhir yang boleh saya simpan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi buat keluarganya,” - Nomad.  
Credit to Kosmo Online 
--------------

Semalam, aku ada membaca satu artikel dari 
utusan.com.my , almarhum TJ sempat menghasilkan lirik lagu khas untuk pesakit kanser. Lirik lagu ini dihasilkan oleh almarhum ketika hujung hayatnya tentang harapan dan pengalaman ketika menentang penyakit kanser yang dihidapinya.Lagu berjudul "Cebisan Cahaya" ini bakal dinyanyikan oleh penyanyi veteran yang berasal dari Johor iaitu  Ayai atau nama sebenar Zaharuddin Kamaruddin. 

Untuk lagu ini, Awi Rafael diberi tanggunjawab dan kepercayaan oleh ayahanda Almarhum TJ sendiri untuk merealisasikan hasrat anaknya itu.  Menurut Awi Rafael, dia mendapat berita baik sejurus selepas dia sembuh dari  kecederaan akibat kemalangan dan dia merasakan setiap kejadian yang berlaku kepadanya, ada hikmahnya apabila mendapat peluang berkhidmat untuk keluarga diraja Johor.  Selaku komposer, dia dapat rasakan lagu ini bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya kerana penceritaannya tulus dari hati seorang putera raja kesayangan ramai yang terkenal dek budi pekertinya yang tinggi. 

“Jujur saya katakan, ketika membuat gubahan lagu untuk karya ini, hati saya tersentuh mendengarnya. Perjuangan almarhum dalam menentang kanser amat dikagumi,”-  Awi Rafael

Justeru Awi Rafael berharap, sentuhannya dalam menyempurnakan hasrat Tunku dapat disampaikan dengan baik dan memberi sedikit sumbangan kepada komuniti atas rasa tanggungjawab sosial. 

P/s: Waiting.... 

Selamat Hari Pahlawan, Abah

Posted by Mira Rasidi | 01 August 2016 | 2 Comment
Semalam, 31 Julai 2016 merupakan tarikh khusus untuk meperingati pahlawan di seluruh Malaysia. Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

Dan aku....., memang dah set reminder siap-siap tarikh yang paling penting untuk abah. Hmmm.....Yess! Abah bekas tentera dan pernah berkhidmat sebagai tentera dari zaman dia muda-muda bujang segak bergaya sampai kahwin, anak dua. Tetapi time umur aku dua tahun dan kak long lebih kurang umur 6-7 tahun, abah decide  berhenti dari tentera.

*Aku pun kurang pasti sangat kenapa abah berhenti. Sebab time tuh aku kecik lagi. Masa tuh pun belum ada lagi pencen-pencen ni... Bila tanya abah kenapa berhenti, dia kata, "abah dah penat pegang senapang...". Hahaha. Jawapannnn .....! Kelakooo pun ada. Abahh.. Abahh.. Banyak berahsia. 

Koranggg. Anak polis, anak tentera & seangkatan dengannya..., mesti pernah rasa...kan macam mana abah korang tinggalkan korang kat rumah dengan mak. Lepastuh takda geng nak main  masak-masak. Takda orang bawakkan pergi playground and keluar jalan-ii without abah. Kadang-kadang nak pergi jalan-jalan..., belum tentu korang boleh main pilih je tarikh yang korang nak, ikot suka. Sebab..., memang kena ikut tarikh abah cotttttiiiiiii. 😅; Tidur malam-malam pula memang dah selalu without abah jugak.  Macam aku, dulu, abah balik 2-3 bulan sekali... Bila abah balik.. Macam  ffeeeling tak kenal dia jeeee wehhh.

** Mak aku orangnya, hati cekal... dah biasa kena tinggal dengan abah. Jaga aku & kak long sorang-sorang. survive. .. ; Yupp... Mungkin sebab dia faham. Kerja macam abah memang macam tu. Dia buat semua tu untuk kita orang, bangsa, agama dan negara. Cewahhh!!!

Hmmm.... Sekarang dah lebih 20 tahun abah tinggalkan tentera tak silap aku.  Tapi semangat pahlawan dia tuhhh always ada wehhh. Kalau tengok rancangan TV mengenai  sejarah tambah-tambah sejarah Malaysia.....,  Excitedd semacam je dia tengok. Tambah pula,  ada  rancangan bersangkut-paut dengan ketenteraaann...Lagilahhh dia terujaaaaa...... Nak tukar channel lain? Berangan la kau kat situ sampai rancangan tu habis.

Dan  bila, dia tengok rancangan macam INILa.... Dia akan selitkan sikit-sikit pengalaman dia bekerja sebagai seorang tentera. Dan time tuhlaaa kita orang akan tahu sikit demi sedikit rahsia diaaa. Hahaha... Tapi kalau harap nak tahu lebih memang tak dapatla... Sebab style abah, dia akan bercerita apa yang dia tengok kat tv tuh, bersangkut- paut DENGAN pengalaman hidup diaa. Hahha.. So ..kalau nak tahu lebih-lebih. Korang kena tunggu 10x kali tayang rancangan TV berunsurkan patriotik dan ketenteraan baru habis cerita kott.. hoho. Atau kalau nak tahu juga, pandai-pandaila pusing soalan sikit....

Paling aku ingat..., dia pernah cerita kawasan-kawasan yang dia pernah berkhimat, rakan-rakan yang terkorban time tengah bertugas. dan banyak lagi...
Dan dia sangat pandai sejarah. Kalau dengar abah cerita...Haishhh ! Aku terfikir balik , asal laa subjek sejarah aku dulu KO... Hummh. Kalau suruh abah ganti  confirm A++ ni subjek Sejarah aku. Hahahahaha

Kepada Abah dan seluruh pahlawan di Malaysia..,




BTW. Inilah abah kite dulu-dulu 🙈. Abah tak tahu ni . Senyap-senyap je aku ambik gamba mana berkenan taruk dalam ni. Hehehe.







P/s: Lebiuuuuu , Abah. 💖💖💖😘

Info: Antara Homestay menarik sesuai dikunjungi seisi keluarga

Posted by Mira Rasidi | 24 May 2016 | 2 Comment

Yahuuuu! Cuti sekolah dah dekat ni.  Mak ayah korang dah plan ke nak pergi mana cuti sekolah ni, dik? Kakak-kakak and abang-abang semua pula, dah  terfikir ke nak bawak anak-anak pergi bercuti kat mana?
Haaa. Bagi ibu bapa yang still buntu dan belum tahu nak bawa anak korang pergi mana, meh sini mira share tempat menarik yang korang boleh pergi.... Mungkin dengan bantuan mira ni, tercetus idea korang nak pergi mana kan.
Baiklah entry kali ini Mira nak share dengan anda semua antara homestay yang menarik dan menjadi tumpuan ramai. 

Apa itu "Homestay"?

Homestay adalah  merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah homestay yang telah berdaftar ataupun penginapan yang berkonsepkan rumah. Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.
*Oleh itu, kepada ibu bapa yang ingin mengubah konsep melancong  dan menikmati gaya hidup orang kampung sebenar atau sesuatu lain dari yang lain. DI SINI TEMPATNYA*



Antara homestay yang menarik  di Malaysia ialah :

TOK JANGGUT HOMESTAY AND RETREAT, BUKIT GANTANG ,TAIPING PERAK
Bersantai di kampung dengan "Retreat" getaway with English Tudor design COTTAGE dalam persekitaran Kampung Melayu terletak 14 kilometer dari Bandar Taiping  atau dikenali dengan Bandar Bersejarah. Pilihan yang sangat baik untuk perhimpunan keluarga, perjumpaan mini, parti BBQ, tempat percutian syarikat untuk maksimum 35 orang atau penginapan hujung minggu breakaway. Homestay ini dibina khas untuk pengunjung  yang bekeluarga.

Element-element menarik dan teruja untuk KELUARGA :
·    KEMUDAHAN : Air - penghawa dalam setiap bilik, 2 TV (Astro Asas), Dapur, Perkakas memasak asas, Peti sejuk, Mesin basuh, Ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, Seterika dan papan seterika, Dewasa Kolam Renang, BBQ Pit, Kawasan Tempat Makan Terbuka, sewa basikal dan retro motor honda dengan harga sewa yang rendah
·    Aktiviti yang disediakan adalah BBQ, Ping-pong dan permainan dart, sewa Karaokel, Berenang di kolam renang, mandi manda di air terjun, jalan-jalan di kampung berdekatan menggunakan basikal dan motor, mini telematch dan mini games pool dan dll.

·    PAKEJ KELUARGA :
1.       8 bilik = kampung (3 bilik) dan 5 buah chalet
(20 - 35 pax max)
2.       7 bilik = kampung (3 bilik) dan 4 chalet
(20 pax max)
3.       5 bilik = kampung (3 bilik) dan 2 chalet
(15 pax max)
4.       Cottage (3 bilik) * untuk musim bukan puncak sahaja
(10 pax max)
·    Harga tergantung pada bilik yang diinginkan.

MENU MENARIK
Makanan adalah eksklusif tetapi boleh diuruskan dan BBQ

WEBSITE : http://tokjangguthomestayretreat.blogspot.my/


Tok Janggut Homestay and Retreat

JOJO RAKIT KOTA TINGGI ,JOHOR
Jojo Rakit menawarkan konsep inap desa (homestay) di atas laut! Sementara anda memancing, keluarga boleh menonton TV, berkaraoke bersiar-siar menaiki bot atau lepak sahaja di gazebo sambil menikmati pemandangan di laut. Jojo Rakit terletak di Tanjung Buai, Teluk Sengat. Jaraknya kira-kira 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru. Tetapi daripada jarak itu, sembilan kilometer adalah melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit.
Dari Jojo Rakit anda boleh nampak Pasir Gudang, Masai dan Singapura.

Element-element menarik dan teruja untuk keluarga:
·    Boleh memancing sambil berehat dan melaungkan masa bersama kelaurga
·    Menyediakan ruang memasak
·    Menyediakan pakej bot untuk pemancing.
·    Boleh menjaring, menjala, merawai, bubu dan bento (ketam).
·    Kanak-kanak boleh bermain di Taman Permainan yang disediakan
·    Boleh menonton televisyen kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas dan karoeke
·    KEMUDAHAN : Karaoke, barbeque, dapur, kiosk menjual barang ringan, mini cafe, wakaf (gazebo) untuk sembahyang atau berehat, taman permainan
·    Pakej : Untuk keluarga, terdapat Bilik Besar muat untuk 5 orang.
·    Harga bilik serendah RM 70.

MENU MENARIK
Menyediakan pakej sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam dengan pelbagai menu.


KAMPUNGSTAY DESA MURNI,TEMERLOH PAHANG
Hanya 15 minit dari Temerloh Tol Lebuhraya Pantai Timur.  Reka bentuk rumah di ukir dengan gaya kampung dan gaya moden yang dapat memberikan pandangan berbeza kepada pelancong mengenai percutian  jika datang menginap di Homestay mereka. Menjadi daya tarikan kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Sesuai untuk hari keluarga, majlis rasmi & tidak rasmi, perhimpunan dan sebagainya. Ianya murah dan mengikut Bajet.

Element-element  menarik dan teruja untuk KELUARGA:
·    Sediakan permainan Tradisional dari kampung mereka
·    Sediakan Basikal  mengelilingi kawasan kampung dengan kadar sewa yang rendah.
·    Aktiviti menangkap ikan  dan  lukisan Batik adalah termasuk dalam pakej
·    KEMUDAHAN :  wi-fi, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta,Spa, Sauna dan Bekam (Bekam).
·    PAKEJ KELUARGA:  3D2N Family day , 2D1N Family day, 3D2N Kampungstay dan 2D1N Kampungstay.  FREE of charge bagi kanak 4 tahun dan ke bawah.
·     Harga berpatutan (RM 90 – RM 180 Bergantung pada jenis bilik)


MENU MENARIK
·    Ikan Patin Terpoyak dan masakan kampung/Traditional orang negeri Pahang.  
·    Menu lain seperti Barbeque turut disediakan.

WEBSITE : http://www.kampungstaydesamurni.com/

Kampungstay Desa Murni


HOMESTAY DESA BALQIS, KUALA LINGGI MELAKA
Salah satu homestay yang unik, dikatakan setiap sepuluh rumah di tempat tersebut digelar seperti atuk, nenek, mama, pakcik, makcik dll. Homestay ini memiliki suasana  di tepi selat melaka membuatkan tempat ini menarik untuk dikunjungi  dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Terdapat beberapa rumah tradisional melayu yang disewa untuk dijadikan penginapan.

Element-element  menarik dan teruja untuk KELUARGA:
·    KEMUDAHAN : padang permainan, swimming pool yang besar, tempat makan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa, Water heater dan aircond , karaoke set, peralatan untu aktiviti padang
·    Aktiviti disediakan adalah aktiviti-aktiviti di padang dewasa dan kanak-kanak, telematch di padang bersama ke;uarga,  karaoke bersama keluarga, berenang di swimming pool,
·    PAKEJ: Pakej untuk keluarga sahaja.
·         FAMILY DAY EVENT2D 1N
(5buah rumah boleh memuatkan 40 orang)
Pakej tergantung jumlah ahli keluarga

·     Harga berpatutan . Serendah RM 200

MENU MENARIK
BBQ dan set Sarapan Pagi





271709_181344322001899_351548638_o 
Desa Balqis


HOMESTAY BORNEO BENUK, KUCHING SARAWAK
Homestay Kampung Benuk, 34 km dari Bandaraya Kuching adalah homestay yang terdekat untuk pelawat atau pelancong yang ingin mengalami kehidupan dalam sebuah rumah panjang asli. Kampung Benuk Homestay merupakan salah satu daripada beberapa yang masih hidup Bidayuh Longhouse di Sarawak. Budaya Bidayuh adalah sacredly dipelihara di tengah-tengah pesat tempat pengambilan pembangunan di kampung. Sangat menarik untuk di kunjungi bersama keluarga untuk mengenali adat-budaya yang boleh dikatakan unik dan menarik yang jarang kita lihat dalam era globalisasi ini.

Element- Element menarik dan teruja untuk KELUARGA:
·    Akitiviti – aktiviti yang disediakan :
-          Lawatan ke Bidayuh di rumah panjang tradisional:
-          Lawatan ke Panggah: dewan perbincangan Secret di mana pahlawan besar tinggal di zaman dahulu dan beberapa tengkorak musuh kira-kira 400 tahun yang lalu telah disimpan.
-          Lawatan ke Muzium Mini: Satu-satunya muzium yang terdapat di kawasan Penrissen dengan koleksi peribadi antik, peralatan tradisional & aksesori dan artifak budaya sejak awal 1930-an.
-          Jambatan Buluh Tradisional menyeberangi sungai padi ladang, kopi, koko, lada, sayur-sayuran, buah-buahan dan taman getah.
-          Aktiviti pertanian tradisional di ladang padi dan pengalaman tangan dalam aktiviti harian petani di taman mereka.
·    KEMUDAHAN :  Menyediakan bilik yang bersih dengan kipas, bilik mandi biasa / tandas, elektrik dan televisyen, pelbagai guna dewan orang ramai, klinik desa, kedai runcit, sekolah, bidang sukan, perpustakaan, telefon awam, tandas awam dan perhentian bas. Selain itu, kampung ini juga mempunyai Tourist Information Centre.
·    PAKEJ : 2D1N,3D2N,4D3N,DAY VISIT ( Tergantung dengan pakej yang ditetapkan)
·     Harga serendah RM 35

MENU MENARIK
Makan malam dihidangkan dengan makanan tradtional di samping  disembahkan dengan persembahan kebudayaan oleh  kumpulan kebudayaan


Aku kena Defer!

Posted by Mira Rasidi | 22 May 2016 | 2 Comment
 Hello dan Assalamualaikum.

Title bukanlah sekadar title. But its happened to me . Hummh . Sedihhh wehh! bila kau dah ada kat final semester , tiba-tiba kau terpaksa buat keputusan untuk Defer. Tambah pula, semester yang kau tak payah susah-susah nak study dan berjaga tengah malam sekadar nak menghafal teori yang kadang-ii kau nak kena ulang dua tiga kali baru ingat. AKU terpaksa buat keputusan disaat akhir kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk presentation Final Year Project

Sebab defer?
2 bulan lepas, tanpa diduga aku boleh terjatuh di laluan utama di pangsapuri aku. Inilah orang cakap, malang tidak berbau. Laluan utama yang agak condong, dan sedikit tidak rata, membuatkan aku unbalanced dan terpelecok. Padahal jalan tersebut aku sudah guna hampir 3 tahun dan tiada  apa yang berlaku sebelum ini.  Inilah padahnya bila kau jalan kelam-kelibut kekonon nak kejar masa. So apa yang jadi..., I broke one of my left toe. Patah tersebut betul-betul berada tengah tulang bawah tapak kaki (Metatarsal:the part of the foot between the ankle and the toes)Aku tidak boleh berjalan menggunakan tapak kaki dan terpaksa disimenkan separuh penuh hingga ke betis.

      



Kenapa tidak boleh pergi Kelas?
Ada juga yang tanya kenapa aku tak pergi kelas..? Kepada yang memahami situasi aku...takda banyak tanya, Terima Kasih kerana memahami. Tetapi bagi yang sesetengah bertanya kerana mereka begitu care dengan study aku. Sini aku nak jelaskan...

Hari-hari aku ke kelas berjalan kaki, laluan yang aku terpaksa terjah itu adalah satu-satunya laluan keluar masuk yang digunakan oleh penduduk pangsapuri di situ. Even kau pakai kereta ke, jalan kaki ke, situ jelah jalannya. Setiap hari aku terpaksa ambil sekurangnya 5 minit untuk ke kampus. Kalau tiada gangguan lori besauuu nak keluar masuk tempat pembinaan, tolak tunggu lif bagai  dalam 3 minit dah sampai. Bagi aku takda masalah untuk 5-10 minit berjalan kaki. Itu aku dah biasa. Tetapi yang menjadi masalahnya di sini..., laluan yang aku lalu itu kanannya sibuk dengan construction. Bagi yang pandai imagine, anda boleh bayangkan macam mana kawasan construction kan.... *Eh!!! so far tak benda-benda yang pelik jadi lagi. Alhamdulillah

Namun yang membimbangkan mak dan abah, how aku  nak redah jalan dekat kawasan yang tidak rata dengan hanya menggunakan tongkat bantuan? Dan macam mana aku hadap batu-batan, nak kena langkah divider bagai? And of course i think i can't do it... Huuwaaaaa! Nangeh...*Kalau mengharap orang pimpin kau pergi kelas, pergi bawa kau present Alahai! diorang pun ada kerja lain. Satu hal pula kau nak kena susahkan hidup diorang. Ingatt diorang takda kerja ke?---

Hmm....First time kot, aku nak kena pakai tongkat, nak kena duduk atas wheelchair. Nak ambil masa untuk suaikan diri dan kaki dengan tongkat pulak....., Allah! sangatla penuh cabaran.  Naik lebam ketiak aku. Naik sakit tangan aku. Naik lenguh pinggang aku. Naik habis stamina aku.. sebab nak kena loncat-loncat macam pocong. Huahahaha.....;Lama-lama baru aku faham macam mana nak guna tongkat. Tetapi itu pun kalau tersalah step or ada tempat yang agak licin sedikit atau tidak rata, aku mudah nak terjatuh. Sumpahhh! I donnoo how to handle this type of facility. Huwaaaaaa! 
*Pada ketika itu timbul kesedaran ..bertapa pentingnya kaki kiri dan kanan kepada kita. Bila satu sudah tidak berfungsi, kan mengubah satu-persatu rutin yang biasa kita lakukan.*



 Inilah tongkat yang aku gunakan selama hampir 3 bulan ini. Untuk bergerak di dalam rumah sahaja.

Kalau nak pergi hospital untuk appointment doktor. Aku tidak menggunakan tongkat untuk bergerak di kawasan luar dari rumah, Wheechair lebih mudah untuk aku.  Tambah-tambah pula yang memerlukan aku bergerak jauh sikit.  CUAAAAAKKKKKKK! guna yang bertongkat nihhh.

Pernah semasa aku masih berada di rumah sewa selepas 2-3 hari kaki aku disimenkan. Nak dijadikan cerita boleh pula aku terjatuh dan terhempas ke lantai. Ketika itu sedikit hentakan terjadi pada kaki simen aku. Sakit ohh! *Padahal doktor dah pesan, kaki kiri  memang tidak boleh dibebankan atau digunakan langsung untuk bergerak. Jika banyak gerakan  juga membuatkan kaki  lagi lambat untuk sembuh.* ;HAHAH. Yezzza. Dekat rumah sewa jelah aku lepak, sementara nak tunggu mak abah sampai dari Perak, untuk bawa aku balik. *Aku saja request mak abah ambil lewat sikit. Sebab nak siapkan documentation  untuk presentaion 2  terlebih dahulu.* Nasib housemate baik. Tolong jadi nurse sementara untuk aku.Heheks.; Ya Allah!  Aku sempat juga merasakan yang aku  membebankan ramai orang. Ada juga  yang punya nak tolong aku ..., offer diri nak siapkan documentation aku. Mungkin dia tengok bertapa terseksanya aku apabila terpaksa menghadap laptop dengan kaki yang 24 jam berunjur. Tak samapai satu jam stop buat kerja dah. Hahahhh. Aku pula tunjuk manja . Show off sangat rasa sakit tuh.....  
*Haaa. Mestilah aku menolak sekerasnya bila kawan aku tuh bagi offer time tuh. Hahahhh. Janganlah sampai kerja aku pun korang nak buatkan. Ehhh! malulaahh....heheks.*

Sehari selepas kejadian, aku balik ke Perak.  Pada mulanya kaki masih ok. Tetapi keesokannyaaa.. Jeng! Jeng! Kaki bengkak . Sakit jangan cakapla. Kejap ada kejap takda dari dalam kereta lagi.  Sudahla dari rumah sewa, nak balik  ke perak sekurang-kurangnya  mengambil masa 4 jam untuk sampai. Hangpa bayangkan how aku nak kena berunjur kaki dalam kereta dengan ffeeeling gegar-gegar semua. 



Bila dah nampak kaki bengkak tu , Mak abah cepat-cepat bawa pergi Emergency . Sampai sahaja di emergency aku terus ditukarkan dengan balutan simen yang baru. Aku bernasib baik  kerana pada waktu itu giliran kawan mak abah yang bekerja dan kebetulan pula tidak ramai orang di emergency. Menggunakan kuasa magik yang ada, aku terus di bawa menerima rawatan on the spot. Tukar simen baru wehh! Sebab simen dah patah gara-gara terjatuh kot. Mungkin itu punca bengkak. Ataupun bengkak sebab banyak sangat gegar-gegar kott. Hahahah.  *Korang simpan rahsia please...mak abah tak tahu yang aku pernah jatuh. Hampir jatuh beberpa kali itu ada* HAHAHAH.  


Kenapa tidak datang untuk buat presentation sahaja?
Haa ...ini lagi satu masalah aku. Kenapalah aku tak  boleh datang buat presentation sahaja kan...? Hmmmh. Pada mulanya seperti itulah yang aku rancang. Aku juga sempat untuk minta tangguh presentation pertama kerana sewaktu kejadian, lagi seminggu sahaja presentation 2 aku.  Namun untuk tangguhkan final presentation aku gagal. Sebab time dah suntuk. Kaki aku pulak belum baik-baik dan masih bersimen. Presentation 2 belum buat. Haishh macam mana pula nak buat final presentation kan?
Ehhh!! Jangan cakap aku tak fight...Namun ada sebab- sebab tertentu yang tidak mengizinkan aku untuk  aku mempertahankannya lagi. Aku pasrah.

Aku sudah cuba yang terbaik. Namun Allah menjanjikan yang lebih terbaik. INSHAALLAH

Sekarang. Hampir tiga bulan aku menggunakan tongkat dan wheelchair. Alhamdulillah. Minggu yang lalu doktor bagi "green light" buka simen. Kalau tidak beberapa minggu sebelum ini, setiap kali aku jumpa doktor, bukan main aku request nak buka simen. Kau rasa dia bagi???. Hahahahha.---

Dan tibalah masa untuk rawatan fisioterapi . Satu-satunya rawatan untuk aku berjalan kembali......