Review- Japanese Drama ni buat aku mengalir airmata

Posted by Mira Rasidi | 29 July 2014 | 2 Comment
Assalamualaikum

Okey. Fffine.. Kali ni aku rasa macam nak menaip . Aku nak buat review sikit kepada kaki-kaki layan drama. Layan cerita sedih. Layan cerita mengalir airmata. Layan cerita Jepun.

Ceritanyaa -->>

Boku No Ita Jikan-JAPANESE DRAMA





Okay tengok dari gambar macam dah dapat nampak bertapa sedihnyaa cerita ni..Atas wheelchair bebagai dah tentu-tentu cerita mengalir airmata ni. Dah tentu-tentu ada yang sakit ni.

Haishh. Aku pun tah tahulah kenapalah aku lebih prefer kepada cerita-cerita macam ni. Cerita macam mana?? Cerita yang tahap sedih dia boleh buat  satu kotak tisu pun tak cukup nak lap airmata. Dan aku memang tak boleh tengok cerita macam ni.. Konfirm terbawa-bawa. Bhahah. * Okey itu over *

Hmmh. Kalau setakat cerita putus cinta, kena halau rumah, main kejar-kejar ala-ala hindi filem. Susah sikit buat aku yang hati batu  ni nak mengalir airmata. Tapi kalau korang bagi cerita macam ni kat aku.. Lihatlah airmatku mengalir bagaikan ayaq terjunn .. Sikit ke banyak . Ke boleh tadah dalam baldi... Krik~~ 

BTW. Tajuk cerita ini adalah BOKU NO ITA JIKAN ataupun dikenali  dalam kalangan okhang putih dengan nama THE HOURS OF MY LIFE
 ------------------
Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan hidup  jejaka tampan *ok. TAMPAN tuhh aku tambah*  yang menghidap penyakit ALS(penyakit neuron) dan  hanya tinggal beberapa tahun sahaja untuk hidup.Si jejaka taman tampan ini juga sedikit demi sedikit akan hilang segala fungsi pada tubuh badannya. Tangan tidak boleh bergerak, kaki tidak boleh bergerak, tidak boleh untuk mengunyah atau menelan makanan dan akhirnya sukar untuk bernafas. Namun di saat dia sedang melalui penyakit yang makin lama makin memakan dirinya,dia tabah menjalani kehidupan dan ingin mencapai segala matlamat hidupnya... Ingin tahu lebih lanjut jomm tonton......
------------------------

Bagi anda-anda yang kaki cerita jepun or seangkatan dengannya dah tentu-tentu kenal retis jepun yang agak fofular ni.... Siapa? Siapa? ?  Miura Haruma. Miura Haruma. Alah mamat jepun yang hensemm tuhh. Yang berlakon dalam Koizora & Last Cindirella. Dia ni kalau acting keluar airmata dah tentu-tentu buat orang nak nangis dengan dia. Dah buat orang buat mengalir airmata boleh pulak buat orang melting dengan senyuman dia.

BAIKLAH? APA yang best sedih sangat cerita ni? Buat si blogger ni mengalir airmata ? SINI nak review.

------------------------------------------------------------------
Actually cerita ada banyak unsur..
Unsur kekeluargaan, cinta, kerjaya and future..Cerita ini membuatkan aku sedar tidak semestinya kita sakit, lemah, serba kekurangan tak dapat untuk capai apa yang kita inginkan , or tak dapat nak capai goals. Yang penting semangat tuh kena ada.

Dan ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak . Kadang-kadang ayah kita ni dia taknak tunjuk yang dia sayang kat kita. Sebab dia nak control cool. cewahhhh...!! Kita anggap ibu kita selalu sayang adik kita je. Tapi sebenarnya...Takkkk.

Kita sebagai manusia. Berhak memilih, dan berhak menentukan.....

HAHA. Macam apa jee review . APA pun kalau korang nak tahu... Please spend time for a while w/ this drama. im sure korang akan faham..


Lets watch.........................................









P/s : Berkesempatan dengan ini, Saya Nur Amirah Rasidi ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri MAAF ZAHIR DAN BATIN"