Mungkin dia JODOH kamu.

Posted by Mira Rasidi | 21 April 2014 | 1 Comment

Assalamualaikum.

Haha. Jarang- jarang sekali buat entri. Tuh dia. Tuh dia . Sekali nak post entri, ini lah tajuk dia. *Malu kak Jahhh uaulss. Dah mula bergedik gedik nak cakap pasal jodoh*. Emmuahahah.

Iya. Memag kali ini tiba-tiba nak post something yang boleh dikatakan agak universal. Hahah.

 L & G pernahkah anda terfikir siapakah jodoh anda pada suatu hari nanti? Hmm.Tipulah kalau tidak terdetik kan. Yang masih belum terfikir  mungkin anda bukan dalam kalangan yang bersedia. Hah. Adik-adik bawah umur tuh. Jangan kata dah bersedia nak kahwin pulak iya. Belajar dulu lah sayaanggg.. ^_^.

Baiklah mungkin jika dia jodoh kamu..... Kita boleh melihat pasangan/kekasih kamu itu dari aspek:-
-----------------------------------------------------------------------------------------------

1. Bersahaja/Jadi diri sendiri

Di awal sesi pekenalan si dia sudah  menunjukkan sikap yang bersahaja. Tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia lebih kepada lakonan semata-mata. Maksudnya kat sini. Tak control macho/control cun. Selalu makan kat mamak pun boleh. Makan guna tangan pun boleh tak ada hal.

Ataupun. Si dia lebih kepada menjadi dirinya sendiri. Jika dia kata dia tidak suka. Dia akan kata tidak suka. Jika dia kata dia tidak pernah lakukan itu. Dia akan kata yang dia tidak pernah melakukan itu. Dan bukanlah lebih kepada mengikut cara kamu semata-mata oleh sebab nak setanding dengan kamu dan tidak mahu memalukan diri sendiri. People not perfect babe

TAPI. Ingat!Bersahaja biarlah berpada-pada. Tergantung juga pada masa dan keadaan . Tapi bukanlah LAKONAN . Jika kamu selesa dengan dia. Yes it is. But if ada something wrong jaa. Mungkin sekadar lakonan.




2. Menerima seadanya

Ini adalah salah satu aspek yang perlu dipandang serius oleh seseorang yang hendak mulakan sesi mengenal hati budi/bercinta. So if si dia itu boleh menerima kamu seadanya dia memang lelaki/perempuan yang hebat.

Sebagai contoh:-.*Si perempuan anak orang biasa . Si lelaki mungkin anak kepada golongan yang berada. Tetapi si lelaki tetap menerima*. Hal ini kerana budi pekerti dan dalaman seseorang perempuan itu yang membuatkan dia tertarik. Dan begitu jugak sebaliknya.

BUT if anda terjumpa seorang yang tidak habis-habis memuji kecantikan kamu,.Dan hanya jatuh cinta kerana  rupa paras kamu, asal usul kamu, mungkin dia tidak ikhlas suka kepada kamu & dia hanya melihat kepada kecantikan kamu dan harta kamu. Wallahualam.


3. Senang bersama

Perasaan ini akan timbul bila kita sudah mula mengenali dia .Setelah mengenali dia ,kamu sudah mula berasa selesa dengan dia. Bila berasa stress,tekanan,nak marah pun,kamu masih berasa senang dengan si dia. Bila dia sakit kamu sudah mula rasa risau dan ambil berat terhadap si dia dan si dia akan melakukan benda yang sama terhadap kamu. 

Kadang-kadang si dia akan sibuk dengan kerja, tidak dapat text kamu, telefon kamu,. Tapi kamu masih boleh sabar dengan caranya bertindak sedemikian.Kamu juga akan merasakan makin lama makin sayang sehingga apa jua tingkahnya/sifatnya kamu boleh menerima seadanya dia.

Ingat!! . Bersabar dan menerima tindakan seadanya perlulah berpada-pada. Jangan kita di label lelaki/perempuan yang tiada pendirian dan lemah kerana menerima apa sahaja perlakuannya.Mungkin boleh diterima jika sekali sekala. Kalau sering itu dah "melampau".heheh.^_^



4. Jujur dan Ikhlas

Kejujuran dan keikhlasan si dia boleh di lihat melalui cara dia bercerita . Si dia yang jujur tidak akan berdolak dalih untuk menjawab segala pertanyaan kamu. Si dia yang ikhlas pula tidak akan segan silu  menceritakan tentang dirinya dan keluarganya. Bagaimana ibunnya, berapa orang adik beradiknya, dan lain-lain. So yang bertanya tuh janganlah lebih-lebih kerana kamu sedang mengenali hati budinya. Takut dia bosan dengan soalan yang bukan-bukan.

 Jika si dia  ingin kenalkan kamu dengan keluarganya atau dia ingin berjumpa dengan keluarga kamu, dia mungkin betul ikhlas dan ingin bawa hubungan kamu itu ke peringkat yang lebih serius.. Ingat!! Janganlah terlalu tergesa-gesa. Berjumpa keluarga itu belum pasti ya berjodoh. *Jodoh di tangan tuhan* :))

Jujur dan ikhlas juga dapat dilihat bagaiman cara dia suka dekat kamu dan setianya dia. So . If si dia  lebih indah khabar dari rupa dan cuba-cuba curang dengan kamu, baiklah kamu lupakan sahaja ya. Mungkin dia belum cukup ikhlas dan jujur dekat kamu.



5. Menunjukkan kelemahan

Cukup sukar kita jumpa orang yang boleh menunjukkan kelemahannya,. Ialah siapa pulak yang nak tunjukkan kelemahan kan??? 

Tetapi si dia yang mula menunjukkan kelemahannya kepada kamu, mungkin dia memerlukan perhatian dari kamu. Dia juga menginginkan kamu ambil berat terhadapnya dan menerima apa adanya dia. Dengan menunjukkan kelemahannnya sekurang-kurangnya kamu bisa melengkapinya dengan kelebihan kamu dan melengkapi antara satu sama lain. Wahhh gituuuH!!







1 comment:

Teena Tna said...

Kalau dah jodoh tak ke mana. Hehe