Add Me Follow Me Follow Me

Wake Up !!Girl...

Posted by Mira Rasidi | 15 February 2014 | Comment
Assalamualaikum...

Ketemu kita lagi yaaa ,Setelah 2 bulan menyepi tanpa berita terhangat di pasaran. Masuk tahun baru ini aku boleh dikatakan orang yang paling banyak rasa berserabut. Dah macam aku seorang  ada masalah kat dunia ini. Dah rasa macam nak....

\
Cehhhh....... !!! Itu melampau.

Iyeelahhh. Itu over. Over gilaa ohhh. Tapi betul aku rasa macam teringin sangat nak buat aksi macam tuh bila aku dalam keadaan yang tak normal. Krik.Krik. Tapi dipikirkan diri ini yang masih normal tak sanggup rasanya kot. Mahu lingkup lappy hadiah dari abah.

Bulan terawal ini, aku dalam kondisi yang penuh cuak. Bila terpaksa berdepan dengan kondisi Wan aka Atuk yang tak berapa okey. Dan paling cuak lagi bila Wan disahkan menghidap penyakit yang aku sendiri tak pernah jangka langsung sebab generasi aku takda genetik penyakit ni. Subhanallah hanya Allah jelah  tahu bertapa terkejut dan tak dapat nak pasrah pada awalnya kerana aku dah mula memikirkan masa akan datang. Bila dah jadi macam tuh semua benda aku tak nak buat. Nak ke kelas pun aku rasa macam berat gila . Dan pada ketika itulah aku sempat juga terkena demam batuk selsema pekebenda semua. Tertambah lagi cuti raya cina tanpa dirancang.

Hmm.Bila time sedih macam nihla aku mengadu dekat orang sana sini. Paksa dorang dengar cerita aku . Terima kasih bebanyak kepada yang sudi mendengar.

Buat masa nih patah semangat aku nih masih ada. Tipulah cakap nak jadi orang yang tabah setabahnya kan....Tapi teringat pulak kata makcik aku seorang ini. " Angah.. belajar betul-betul jangan main-main. Bukti dekat wan. Sekarang wan dah sakit. Belajar betul-betul demi Wan jugak."..Argghhh. Buat aku nak nangis sekarang jugak bila aku teringat kata makcik aku tuh.

Iyee. Orang boleh tengok sekarang aku tengah happy-2 . Back to normal. Jalankan kehidupan macam biasa . Tapi jujur aku cakap. Aku tengah cuba redha apa yang dah jadi sebab semua ini ketentuan Allah. Aku pun bersyukur dan lega bila tengok keadaan Wan  lebih baik dari hari-hari sebelum ini ketika di hospital. Oksigen 24/7 tak dilepaskannya.

Kini aku sedikit lega bila terima update setiap hari keadaan Wan walaupun aku tak boleh selalu jenguk dia. Tambah-tambah lagi final dah nak dekat. Wan so far Ok. Aku lega. Alhamdulillah. But still pakai oksigen kat rumah. Sebab kadang-kadang dia sesak nafas.

Wan.... Angah dibesarkan oleh Wan. Wan & Pah mencurahkan  kasih sayang sepenuhnya kat Angah macam mana Mak  Abah mencurahkan kasih sayang kat Angah. Tidak pernah walau sedetik Wan Pah mengabaikan angah . Ingat lagi ketika Angah sekolah di kampung dengan Wan. Bertapa banyak songeh nya Angah kann . Pergi nak dihantar. Balik nak diambil dari Tahun 1 sampailah Tahun 6. Tapi Wan tidak pernah sekali katakan tidak. Ditambah pulak sikap Angah yang degil ini. Susah gila kan nak handle Angah..hihihi. T

Wan.... Please get well soon untuk Angah, cucu-cucu Wan, Anak-anak Wan, dan Pah. Angah yakin Wan boleh sembuh. Inshaallah.


Bila kena marah dia back up
Bila sakit dia salah seorang paling kelam kabut
Bila nak pergi sekolah dia hantarkan
Bila  nak bercerita dia mendengar
Bila buat lawak dia tukang gelak
Bila nak makan dia lah orang paling sibuk paling bising suruh siapkan makan
Bila nak ngaji dia ajarkan
Bila nak raya dia lah tukang masak lemang
Dan dia jugak pemberi nasihat setia 

#Angah sayang Wan...... 


P/s : Please wake up meera...^.^



No comments: