Best Food: Butter Chicken Gold Chilli SS15

Posted by Mira Rasidi | 29 November 2014 | 1 Comment
Assalamualaikum

Time tengah sibuk borak-borak dengan roommate dekat group Whatsapp,  tiba-tiba terborak pulak pasal topik nak hang out sesama. Aku apa lagi dengan slambernya ajak Nanad(my roommate) pergi makan butter Chicken dekat SS15. Dia pun dengan slambernyaaa said "Yes! On je". Hahahahah. Sumpah! Masa tuh memang aku tengah ngidam gilaaa  butter chicken dekat SS15 tuh.

HAH!! Inilah kedainya dalam suasana malam. Kedai dibuka dari jam 12 tengah hari-12 malam(terima order sampai 11.30 malam sahaja). So kalau nak makan tengah-tengah malam, sehingga 11.30 malam sahaja boleh order ok.  Dan hari Ahad TUTUP.


Actually kedai ni begitu femes dalam kalangan student di sekitar Shah Alam kerana harganya pun agak berpatutan.


So make sure korang pandai memilih yee. Yang penting aku datang sini hanyalah kerana butter chicken dan bukanlah makanan lain. 


Selalunya aku akan ambil Set  Butter Chicken = Nasi Putih+Sup Kosong+ Butter Chicken(Size Small) . Harga: RM 10.50 sahaja. Memadai untuk aku dik kerana aku ni mudah muak kalau makan chicken banyak-banyak tambah pulak kombinasi dengan butter milk lagi la aku bertambah muak.

Tips nak makan Butter Chicken Gold Chilli :-
Aku suggestkan korang order Tom Yam satu mangkuk share rama-ramai. So rasa muak tuh akan hilang bila makan bersama dengan butter Chicken. Ok :-)

Feedback yang dapat aku bagi mengenai Butter Chicken ini adalah :-
TERBAIK! MARVELESSS!. :))) Dari 5 stars, aku bagi 4.5 stars untuk butter chicken ni. OK. 0.5 stars untuk rasa muak. Sebab sedikit  muak untuk aku yang kurang minat dengan ayam .HAHAH.

Bagi yang belum mencuba. Pastikan korang cuba dulu okay. Then baru komen apa yang patut. Peace!! ^^V

Dimanakah Gold Chilli???
No 7, Jalan SS 15/8B, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia


P/s: Sorry semua gambar from google. Sebab bila dah sampai kedai ni dah takda masa untuk snap pic. HAHAH. Makanan sampai. Terus .Ngapp!




Aidiladha VS 1 more paper to go.

Posted by Mira Rasidi | 05 October 2014 | 6 Comment
Assalamualaikum

Sebelum itu izinkan aku mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidiladha" to all the muslim . 

Detik ini ingin sekali aku menyanyikan lagu Salam Perantauan  salah Dendang Perantau dan mula nak bajet-bajet student oversea tak dapat nak balik raya......Krik~- Sebab for the 1st time tak beraya dengan family gara-gara final exam. Iyee sebenarnya aku sedih . Sedih tak dapat nak balik.  Mak call pun aku buat bajet-bajet cool je . Macam..,  there's nothing to be a sad. HAHAHA. Padahal!! Tak sanggup nak dengar takbir raya. 

Actually malas nak beremosi sangat. Sebab aku yang decide tak hingin  balik. " Masa Itu Emas" kata aku .Kalau balik confirm buku hilang entah kemana. 24 jam dok hadap makanan.  Ihikkks. Wehhh!! rayaaa... Siapa yang nak study di hari Raya? Korang ingat raya Haji orang tak pergi beraya ke?? Aku punya pandangan laaa. Tak tahu kalau ada yang duduk rumah je kan... heee

Hmm. KALAU nak cakap pasal final exam ni pulak. Satu paper lagi tinggal. Satu paper lagi. Itu pun hari selasa. Berbaloi kah??? Kahkahkah. Padan muka aku.


Pakcik google bagi kat kitee

K.baiii. Salam

Review- Japanese Drama ni buat aku mengalir airmata

Posted by Mira Rasidi | 29 July 2014 | 2 Comment
Assalamualaikum

Okey. Fffine.. Kali ni aku rasa macam nak menaip . Aku nak buat review sikit kepada kaki-kaki layan drama. Layan cerita sedih. Layan cerita mengalir airmata. Layan cerita Jepun.

Ceritanyaa -->>

Boku No Ita Jikan-JAPANESE DRAMA





Okay tengok dari gambar macam dah dapat nampak bertapa sedihnyaa cerita ni..Atas wheelchair bebagai dah tentu-tentu cerita mengalir airmata ni. Dah tentu-tentu ada yang sakit ni.

Haishh. Aku pun tah tahulah kenapalah aku lebih prefer kepada cerita-cerita macam ni. Cerita macam mana?? Cerita yang tahap sedih dia boleh buat  satu kotak tisu pun tak cukup nak lap airmata. Dan aku memang tak boleh tengok cerita macam ni.. Konfirm terbawa-bawa. Bhahah. * Okey itu over *

Hmmh. Kalau setakat cerita putus cinta, kena halau rumah, main kejar-kejar ala-ala hindi filem. Susah sikit buat aku yang hati batu  ni nak mengalir airmata. Tapi kalau korang bagi cerita macam ni kat aku.. Lihatlah airmatku mengalir bagaikan ayaq terjunn .. Sikit ke banyak . Ke boleh tadah dalam baldi... Krik~~ 

BTW. Tajuk cerita ini adalah BOKU NO ITA JIKAN ataupun dikenali  dalam kalangan okhang putih dengan nama THE HOURS OF MY LIFE
 ------------------
Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan hidup  jejaka tampan *ok. TAMPAN tuhh aku tambah*  yang menghidap penyakit ALS(penyakit neuron) dan  hanya tinggal beberapa tahun sahaja untuk hidup.Si jejaka taman tampan ini juga sedikit demi sedikit akan hilang segala fungsi pada tubuh badannya. Tangan tidak boleh bergerak, kaki tidak boleh bergerak, tidak boleh untuk mengunyah atau menelan makanan dan akhirnya sukar untuk bernafas. Namun di saat dia sedang melalui penyakit yang makin lama makin memakan dirinya,dia tabah menjalani kehidupan dan ingin mencapai segala matlamat hidupnya... Ingin tahu lebih lanjut jomm tonton......
------------------------

Bagi anda-anda yang kaki cerita jepun or seangkatan dengannya dah tentu-tentu kenal retis jepun yang agak fofular ni.... Siapa? Siapa? ?  Miura Haruma. Miura Haruma. Alah mamat jepun yang hensemm tuhh. Yang berlakon dalam Koizora & Last Cindirella. Dia ni kalau acting keluar airmata dah tentu-tentu buat orang nak nangis dengan dia. Dah buat orang buat mengalir airmata boleh pulak buat orang melting dengan senyuman dia.

BAIKLAH? APA yang best sedih sangat cerita ni? Buat si blogger ni mengalir airmata ? SINI nak review.

------------------------------------------------------------------
Actually cerita ada banyak unsur..
Unsur kekeluargaan, cinta, kerjaya and future..Cerita ini membuatkan aku sedar tidak semestinya kita sakit, lemah, serba kekurangan tak dapat untuk capai apa yang kita inginkan , or tak dapat nak capai goals. Yang penting semangat tuh kena ada.

Dan ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak . Kadang-kadang ayah kita ni dia taknak tunjuk yang dia sayang kat kita. Sebab dia nak control cool. cewahhhh...!! Kita anggap ibu kita selalu sayang adik kita je. Tapi sebenarnya...Takkkk.

Kita sebagai manusia. Berhak memilih, dan berhak menentukan.....

HAHA. Macam apa jee review . APA pun kalau korang nak tahu... Please spend time for a while w/ this drama. im sure korang akan faham..


Lets watch.........................................









P/s : Berkesempatan dengan ini, Saya Nur Amirah Rasidi ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Alhamdulillah setahun suku bulan di IPT

Posted by Mira Rasidi | 13 June 2014 | 6 Comment
Syukur ku kepadaNya kerana aku masih di sini. Di mana? Di tempat aku menimba ilmu mengejar cita-cita ku. *Cewahhh! Ayat...*

Iyaaaa syukur tidak terkata aku panjatkan. Dalam tidak sedar kini sudah setahun aku bergelar student IPT dan perjalanan  dalam dunia universiti masih tersisa 2 tahun lagi. "Ayat ada macam bangku" 


BAIKLAH,Sesiapa yang belum tahu Meera study dekat mana..., Taraaaaa...!




Iyaa Meera merupakan salah seorang pelajar di institusi pendidikan ini ataupun lebih familiar dengan "U tepi highway".  Hahaha. Seriuosly.., its close to the highway....
Ada segelintir memang tak familiar dengan  U apakah itu MSU.. Hmm kalau cakap U sebelah highway tau pulak. Angguk 44 kali dia bagi.

HAh! Meera ingin  mengambil kesempatan untuk menjemput  pelajar lepasan spm & stpm yang masih keliru nak continue study kat mana..., Mailaaa ramaii-ramai serbu study kat MSU. Boleh jumpa Meera. Bhahahah. *OK macam tuh jer kau promot IPT kau???*

Untuk pengetahuan semua Meera di bawah Faculty Information  of  Sciences Engineering(FISE).  And currently as student who is taking Bachelor in Computer Science major Software Engineering. Inshaallah!. Itu adalah Major yang diimpikan. 

And now MARA be my sponsorship and it was just a loan . Jangan lupa bayar bila dah habis study. Tak nak bayar 4 flat okay. Ihikss! Kepada yang rasa  tidak menepati syarat-syarat bagi pinjaman MARA. No worryy!! They have a PTPTN loan. 

BTW Sem ini adalah sem ke 5 untuk Meera. 2 Short Sem  3 Long Sem.  Dan ini adalah subject for this semester.... 
--------------------------------------------------------------------------------
1. JAVA PROGRAMMING
2. OBJECT ORIENTED ANALYSIS & DESIGN
3. SOFTWARE PROJECT MANAGEMENT
4. WEB TECHNOLOGY
5. EVENT ORGANIZATION
---------------------------------------------------------------------------------

OKAY peeps . Please pray for me. Mudah-mudahan sem ini berjalan lancar seperti sem sebelumnya. Dan sentiasalah dipermudahkan untuk sem sem berikutnya. Inshaallah. Amin.-_-

Bye. Assalamualaikum.



Tiba-tiba buat Tutorial pakai Shawl pulak

Posted by Mira Rasidi | 10 May 2014 | 2 Comment
Assalamualaikum.

1st percubaan tanpa segan silunya buat tutorial cara pakai shawl. Hmm. Ini pun adalah dorongan dari kawan -kawan meera sendiri minta buatkan tutorial. Sebab mereka mereka itu tidak habis bertanya seribu persoalan macam manalah mira pakai shawl. . Dan tidak terjawab rasanya. "Hah... Mula minah ni bajet-bajet jadi perhatian ramai ni. Nyampahhhh KAk JAhh"

Ehem-ehem jangan salah faham iyee anda semua. Bukan topik bangga/perasan hot di sini iya. Meera buat tuto adalah semata-mata ingin membantu dan berkongsi apa yang tahu . Dan bukannya nak jadi seperti yang apa anda fikirkan. Apa yang anda fikirkan???Meera pun tak tahu . Fikir-fikirkanlah. Emmuahahahah.

Nak sebut pasal shawl, tudung bawal empat segi ke, tiga segi kee......., sebenarnya cara pemakaiannya lebih kurang sama sahaja. Kalau kita tengok You Tube macam-macam ada cara pakainya. Semua "Wauuuuuuu" belaka. Dari basic pakai sampailah gulung-gulung dia bawak kita pergi kannn. ^_^.

So. Shawl tegar macam mira tentunys gulung-gulunglah jadi dia. Dan yang paling best olahan kita sendiri membuatkan cara kita pakai itu menjadi idaman kita dan teman . Muahahah. "Okay jangan perasan".Pembetulan sikit. Mira tidak kata yang meera ni sangatlah power meng-olah. Semua datangnya juga dari melihat bagaimana orang memakainya dan meng- olah mengikut keselesaan sendiri. Hah. Itulah maksudnya. Peace (!) ^^

Maka  dengan ini..........................................................




TQ. Inshaallah jika ada feedback Mira akan teruskan. ^_^

Mungkin dia JODOH kamu.

Posted by Mira Rasidi | 21 April 2014 | 1 Comment

Assalamualaikum.

Haha. Jarang- jarang sekali buat entri. Tuh dia. Tuh dia . Sekali nak post entri, ini lah tajuk dia. *Malu kak Jahhh uaulss. Dah mula bergedik gedik nak cakap pasal jodoh*. Emmuahahah.

Iya. Memag kali ini tiba-tiba nak post something yang boleh dikatakan agak universal. Hahah.

 L & G pernahkah anda terfikir siapakah jodoh anda pada suatu hari nanti? Hmm.Tipulah kalau tidak terdetik kan. Yang masih belum terfikir  mungkin anda bukan dalam kalangan yang bersedia. Hah. Adik-adik bawah umur tuh. Jangan kata dah bersedia nak kahwin pulak iya. Belajar dulu lah sayaanggg.. ^_^.

Baiklah mungkin jika dia jodoh kamu..... Kita boleh melihat pasangan/kekasih kamu itu dari aspek:-
-----------------------------------------------------------------------------------------------

1. Bersahaja/Jadi diri sendiri

Di awal sesi pekenalan si dia sudah  menunjukkan sikap yang bersahaja. Tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia lebih kepada lakonan semata-mata. Maksudnya kat sini. Tak control macho/control cun. Selalu makan kat mamak pun boleh. Makan guna tangan pun boleh tak ada hal.

Ataupun. Si dia lebih kepada menjadi dirinya sendiri. Jika dia kata dia tidak suka. Dia akan kata tidak suka. Jika dia kata dia tidak pernah lakukan itu. Dia akan kata yang dia tidak pernah melakukan itu. Dan bukanlah lebih kepada mengikut cara kamu semata-mata oleh sebab nak setanding dengan kamu dan tidak mahu memalukan diri sendiri. People not perfect babe

TAPI. Ingat!Bersahaja biarlah berpada-pada. Tergantung juga pada masa dan keadaan . Tapi bukanlah LAKONAN . Jika kamu selesa dengan dia. Yes it is. But if ada something wrong jaa. Mungkin sekadar lakonan.




2. Menerima seadanya

Ini adalah salah satu aspek yang perlu dipandang serius oleh seseorang yang hendak mulakan sesi mengenal hati budi/bercinta. So if si dia itu boleh menerima kamu seadanya dia memang lelaki/perempuan yang hebat.

Sebagai contoh:-.*Si perempuan anak orang biasa . Si lelaki mungkin anak kepada golongan yang berada. Tetapi si lelaki tetap menerima*. Hal ini kerana budi pekerti dan dalaman seseorang perempuan itu yang membuatkan dia tertarik. Dan begitu jugak sebaliknya.

BUT if anda terjumpa seorang yang tidak habis-habis memuji kecantikan kamu,.Dan hanya jatuh cinta kerana  rupa paras kamu, asal usul kamu, mungkin dia tidak ikhlas suka kepada kamu & dia hanya melihat kepada kecantikan kamu dan harta kamu. Wallahualam.


3. Senang bersama

Perasaan ini akan timbul bila kita sudah mula mengenali dia .Setelah mengenali dia ,kamu sudah mula berasa selesa dengan dia. Bila berasa stress,tekanan,nak marah pun,kamu masih berasa senang dengan si dia. Bila dia sakit kamu sudah mula rasa risau dan ambil berat terhadap si dia dan si dia akan melakukan benda yang sama terhadap kamu. 

Kadang-kadang si dia akan sibuk dengan kerja, tidak dapat text kamu, telefon kamu,. Tapi kamu masih boleh sabar dengan caranya bertindak sedemikian.Kamu juga akan merasakan makin lama makin sayang sehingga apa jua tingkahnya/sifatnya kamu boleh menerima seadanya dia.

Ingat!! . Bersabar dan menerima tindakan seadanya perlulah berpada-pada. Jangan kita di label lelaki/perempuan yang tiada pendirian dan lemah kerana menerima apa sahaja perlakuannya.Mungkin boleh diterima jika sekali sekala. Kalau sering itu dah "melampau".heheh.^_^



4. Jujur dan Ikhlas

Kejujuran dan keikhlasan si dia boleh di lihat melalui cara dia bercerita . Si dia yang jujur tidak akan berdolak dalih untuk menjawab segala pertanyaan kamu. Si dia yang ikhlas pula tidak akan segan silu  menceritakan tentang dirinya dan keluarganya. Bagaimana ibunnya, berapa orang adik beradiknya, dan lain-lain. So yang bertanya tuh janganlah lebih-lebih kerana kamu sedang mengenali hati budinya. Takut dia bosan dengan soalan yang bukan-bukan.

 Jika si dia  ingin kenalkan kamu dengan keluarganya atau dia ingin berjumpa dengan keluarga kamu, dia mungkin betul ikhlas dan ingin bawa hubungan kamu itu ke peringkat yang lebih serius.. Ingat!! Janganlah terlalu tergesa-gesa. Berjumpa keluarga itu belum pasti ya berjodoh. *Jodoh di tangan tuhan* :))

Jujur dan ikhlas juga dapat dilihat bagaiman cara dia suka dekat kamu dan setianya dia. So . If si dia  lebih indah khabar dari rupa dan cuba-cuba curang dengan kamu, baiklah kamu lupakan sahaja ya. Mungkin dia belum cukup ikhlas dan jujur dekat kamu.



5. Menunjukkan kelemahan

Cukup sukar kita jumpa orang yang boleh menunjukkan kelemahannya,. Ialah siapa pulak yang nak tunjukkan kelemahan kan??? 

Tetapi si dia yang mula menunjukkan kelemahannya kepada kamu, mungkin dia memerlukan perhatian dari kamu. Dia juga menginginkan kamu ambil berat terhadapnya dan menerima apa adanya dia. Dengan menunjukkan kelemahannnya sekurang-kurangnya kamu bisa melengkapinya dengan kelebihan kamu dan melengkapi antara satu sama lain. Wahhh gituuuH!!







Meera Rasidi STOP ber-Tutorial(Edit Blog) untuk seketika

Posted by Mira Rasidi | 04 March 2014 | 4 Comment
Assalamualaikum.

Hai eveone .

First sekali Meera nak mintak maaf  kerana terlanjuran diri ini tidak dapat menjawab segelintir soalan-soalan about how to edit blog dari tuto-tuto yang ada kat blog Meera. Iyaa. Reasonyaaa....

Disebabkan "MASA". 

Dan seperti yang dinyatakan di title bukan propa semata-mata. Meera akan stop ber-Tutorial untuk blog buat seketika. KENAPA?

Merasakan diri ini belum cukup ilmu untuk berkongsikan tutorial macam mana nak edit blog.  As information kepada yang belum tahu, Tuto yang Meera share sebelum ini Meera kongsikan adalah atas dasar pengetahuan dan pengalaman dalam berbloggie. Dan meera bukanlah "Pakar" dalam mengedit blog. *Saya pun macam awak semua. Budak baru belaja*

Kedua, kekangan masa.  Iyaa. Kekangan masa. Tak tipu. Kekangan masa sememangnya menjadi masalah utama untuk Meera. Kalau dulu Meera boleh full time fokus dengan Code. Create something interest untuk blog. Share tuto dari pengalaman dan pengetahuan. * Ingat pengelaman dan pengetahuan bukanlah dari Meera sahaja. Ada jugak datang dari orang lain. Yang penting sifat ingin tahu. Ingin mencuba dan nak belajar* ^_^

 Hmmm. Cukuplahhh alasan itu . Tidak perlulahhh menjadi persoalan. Hihi

Tapi berhenti ber-tuto bermakna berhenti untuk menjawab segala apa yang ditanya. Inshaallah. Meera akan cuba menjawabnya jika ada kelapangan. Dan semestinya....*Soalan tuhh saya boleh jawab*. kerna saya bukan "Pakar". Saya budak masih belajar. hewhew

Hokeyyy...Hokeyyy. Lupakan benda-2 kat atas tuhhh. Nih korang Meera nak ucapkan thanksss bebanyak kepada yang sudi guna tuto Meera. Terima Kasih bebanyakk. Saya amat menghargainyaaa. Hihi.

P/s:  Itu sahaja mukadimah saya buat masa ini. 



Am Food Lovah | Eskem

Posted by Mira Rasidi | 23 February 2014 | Comment

Assalamualaikum. Aiskremmmmmmm!! YUMMY.

Wake Up !!Girl...

Posted by Mira Rasidi | 15 February 2014 | Comment
Assalamualaikum...

Ketemu kita lagi yaaa ,Setelah 2 bulan menyepi tanpa berita terhangat di pasaran. Masuk tahun baru ini aku boleh dikatakan orang yang paling banyak rasa berserabut. Dah macam aku seorang  ada masalah kat dunia ini. Dah rasa macam nak....

\
Cehhhh....... !!! Itu melampau.

Iyeelahhh. Itu over. Over gilaa ohhh. Tapi betul aku rasa macam teringin sangat nak buat aksi macam tuh bila aku dalam keadaan yang tak normal. Krik.Krik. Tapi dipikirkan diri ini yang masih normal tak sanggup rasanya kot. Mahu lingkup lappy hadiah dari abah.

Bulan terawal ini, aku dalam kondisi yang penuh cuak. Bila terpaksa berdepan dengan kondisi Wan aka Atuk yang tak berapa okey. Dan paling cuak lagi bila Wan disahkan menghidap penyakit yang aku sendiri tak pernah jangka langsung sebab generasi aku takda genetik penyakit ni. Subhanallah hanya Allah jelah  tahu bertapa terkejut dan tak dapat nak pasrah pada awalnya kerana aku dah mula memikirkan masa akan datang. Bila dah jadi macam tuh semua benda aku tak nak buat. Nak ke kelas pun aku rasa macam berat gila . Dan pada ketika itulah aku sempat juga terkena demam batuk selsema pekebenda semua. Tertambah lagi cuti raya cina tanpa dirancang.

Hmm.Bila time sedih macam nihla aku mengadu dekat orang sana sini. Paksa dorang dengar cerita aku . Terima kasih bebanyak kepada yang sudi mendengar.

Buat masa nih patah semangat aku nih masih ada. Tipulah cakap nak jadi orang yang tabah setabahnya kan....Tapi teringat pulak kata makcik aku seorang ini. " Angah.. belajar betul-betul jangan main-main. Bukti dekat wan. Sekarang wan dah sakit. Belajar betul-betul demi Wan jugak."..Argghhh. Buat aku nak nangis sekarang jugak bila aku teringat kata makcik aku tuh.

Iyee. Orang boleh tengok sekarang aku tengah happy-2 . Back to normal. Jalankan kehidupan macam biasa . Tapi jujur aku cakap. Aku tengah cuba redha apa yang dah jadi sebab semua ini ketentuan Allah. Aku pun bersyukur dan lega bila tengok keadaan Wan  lebih baik dari hari-hari sebelum ini ketika di hospital. Oksigen 24/7 tak dilepaskannya.

Kini aku sedikit lega bila terima update setiap hari keadaan Wan walaupun aku tak boleh selalu jenguk dia. Tambah-tambah lagi final dah nak dekat. Wan so far Ok. Aku lega. Alhamdulillah. But still pakai oksigen kat rumah. Sebab kadang-kadang dia sesak nafas.

Wan.... Angah dibesarkan oleh Wan. Wan & Pah mencurahkan  kasih sayang sepenuhnya kat Angah macam mana Mak  Abah mencurahkan kasih sayang kat Angah. Tidak pernah walau sedetik Wan Pah mengabaikan angah . Ingat lagi ketika Angah sekolah di kampung dengan Wan. Bertapa banyak songeh nya Angah kann . Pergi nak dihantar. Balik nak diambil dari Tahun 1 sampailah Tahun 6. Tapi Wan tidak pernah sekali katakan tidak. Ditambah pulak sikap Angah yang degil ini. Susah gila kan nak handle Angah..hihihi. T

Wan.... Please get well soon untuk Angah, cucu-cucu Wan, Anak-anak Wan, dan Pah. Angah yakin Wan boleh sembuh. Inshaallah.


Bila kena marah dia back up
Bila sakit dia salah seorang paling kelam kabut
Bila nak pergi sekolah dia hantarkan
Bila  nak bercerita dia mendengar
Bila buat lawak dia tukang gelak
Bila nak makan dia lah orang paling sibuk paling bising suruh siapkan makan
Bila nak ngaji dia ajarkan
Bila nak raya dia lah tukang masak lemang
Dan dia jugak pemberi nasihat setia 

#Angah sayang Wan...... 


P/s : Please wake up meera...^.^