Tips Cinta : Jom Atasi Cemburu

Posted by Mira Rasidi | 19 January 2013 | 1 Comment

Assalamualaikum

CEMBURU adalah sebahagian sifat semula jadi manusia. Lelaki atau perempuan masing-masing memiliki sifat cemburu. Jika tiada cemburu tiadalah  sayang. Iyela.  " Cemburu tandanya sayang ". Cuma yang membezakan sifat ini adalah  kuat atau tidak cemburu itu. Jika berlebihan cemburu itu ianya juga boleh mendatangkan impak negatif.


Cara mengatasinya:-

Teliti berita yang didengar
Cuba teliti dan analisis berita yang kamu terima itu. Jika benar, berusahalah menyelesaikannya secara rasional.

Bersemuka dengan orang ketiga
Kamu wajar bersemuka atau berterus terang dengan orang ketiga yang dicemburui. Ketika bertemu dengannya kamu mesti mengawak perasaan marah. Marah yang disertakan dengan menggunakan perkataan -perkataan makin hamun langsung tidak boleh membantu kamu mencari jalan  penyelesaian.

Jangan percaya khabar angin
Keadaan begini sering menimbulkan fitnah dan memberikan kesan buruk kepada kebahagian. Malah boleh merenggangkan hubungan kasih sayang.

Berterus terang
Apabila mengadakan perbincangan, berterus-teranglah tentang punca mengapa kita cemburu. Jangan membaca fikiran orang lain sewenang-wenangnya.

Wujudkan cara & gaya komunikasi berkesan
Mungkir janji akan membawa kepada pertelagahan dan tidak mustahil masing-masing saling menuduh. Berusahalah untuk mengelakkan dari berlakunya situasi berat yang boleh mewujudkan komunikasi berat.


*Wah...Rasanya jarang sekali Meera bagi tips cinta kan?^ ^ .Iye, tips kali ini sumber dari Majalah Remaja. Tak salahkann berkongsi dengan reader semua. Moga-moga dengan tips ini  dapat membantu kita mencari penyelesaian dengan mudah seandainya berlaku situasi seperti yang dinyatakan. Okeyy..:)*

1 comment:

ahmad said...

erm.. btl2 tu jgn kuat sgt cemburu mcm sy lg suka kalo org tu terus terang jer and sy sendiri pun terus terang jer kalo cemburu or pape jer dkt si dia and si dia pun mcm tu gak.. so kita tahu la dia cemburu or pape jer la.. =) hehe