Resepi 'Durian Crepe'

Posted by Mira Rasidi | 28 December 2012 | 10 Comment

Assalamualaikum

Sekarang mood ala-2 Master Chef bercampur hadok dengan semangat dari Chef Wan & Chef Ismail gitu..* Apa yang Meera mengarot pun tak taulah*. Wahh! Gitu.. Faham-2 jelah. Nak kongsi resepi 'Durian Crepe' jer sebenarnya haruslah terbawa-bawa sikit kan. Baru semangat gitu nak bagi resepi 'Durian Crepe' kat korang semua. Muehehehe.

Sebenarnya. Resepi durian crepe nih Korie Hensem yang mintak meera  kongsikan. Aishh. Dah macam chef profesional lah pulak kan. Main-2 bagi resepi  nih. Hueh. Hueh. Tapi sejujurnya... Resepi durian crepe nih bukan total dari meera yer.. Cari kat 'google' jugak.. Lepas tuh memandai sendirilah. Tak ikut sepenuhnya pun. Rasa kurang tepung. Tambah sikit. Rasa nak manis lebih, Tarok gula lebih-2 sikit. Main letak-2 jee,,Then, terus siap. :)

Apapun ini resepi yang harus diikut yer. *Resepi nih Meera dapat dari blog seorang kakak blogger. Tapi disebabkan nak rushing sangat hari tuh. Terlupa nak ambil linknya.-->


'Durian Crepe'
-20 gm Tepung Gandum
-20 gm Tepung Ubi
-10 gm Tepung Jagung
-10 gm Tepung Kastard
-1 biji    Telur
-1 sk     Minyak Masak * Meera guna minyak mazola/jagung. Sebab jumpa dekat dapur mak ada minyak jagung.Hehe*
-1 sb       Gula Halus  *Ikut citarasa korang*
-40 ml   Susu Cair *Meera letak lebih sikit. Biar rasa lemaknya sikit. Hihi*
-150 ml  Air
-Perwarna Lemon/Durian. *Meera guna Perwarna Kuning  Telur.:)*

*Kalau nak tambah. Korang boleh tambah sedikit esen vanilla. Baru harum sikit baunya. Tapi Meera tak letak pun. Masa buat coklat crepe adalah letak :)*

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan bahan dalam mangkuk dan sebatikan menggunakan whisk. Kemudian, Tapis.
2. Lengserkan kuali dengan butter.  Kalau tak nak pun boleh. Sebab kalau korang nak pakai kuali non stick tak payahlah letak kan. Sebab tak melekat kan. Tapi kalau nak guna kuali biasa jer, better letak minyak/butter sikit takut melekat.
3. Kecilkan api
4. Tuang satu senduk kecil ke dalam kuali tunggu sehingga masak. Tak perlu dibalikkan. Kalau belah atas dah kering boleh terus angkat.(Proses untuk memasak  memang tak lama)
5. Biarkan sehingga sejuk.

* Sekiranya rasa adunan sedikit cair, boleh tambah sedikit tepung yer. Meera sarankan guna tepung ubi & tepung gandum sahaja yup. *

Cara-cara buat Filling Durian crepe
-1 cawan Whipping Cream di pukul sehingga kental menggunakan mixer
-Durian yang di buang biji. Lumatkan sedikit.

1. Letak whiping cream di tengah crepe yang di buat tadi kemudian dilapiskan dengan Durian. Dan diikuti balik dengan Whiping  Cream  
2. Lipatkan crepe menjadi bentuk bantal. (Ikut creativiti korang lah erk)
3. Siap.

* Kalau nak lebih sedap boleh masukkan dalam peti sejuk dulu. Dihidangkan dengan dingin lagi sedap.*




P/s: Macam mana korang? Boleh faham? Ready untuk  ber-fenomena with crepe pulak??
Yeay! Lets do it..:)). URmmmm::(. Ter-Delete Entry pasal durian crepe semalam



Freebies baru lagi......Ini dia..Button Follow|Dashboard ala Rainbow

Posted by Mira Rasidi | 25 December 2012 | 21 Comment
Assalamualaikum

Hari ini. Jari jemari lembut lemah gemalai menari-nari di atas keyboard  dengan rentak lagu "Opah Ganyang Kau" . Sambil meng-create new freebies untuk anda semua sekelian yang  chantek lagi extra ohsemm sedunia.. Memandangkan mood yang sangat baik ditambah dengan kerajinan yang tahap melampau nih, Meera buat button Dashboard dan button Follow ala-2 Rainbow colourful gitu... Huwah. Hebak..!!. *Orang lain dah berkurun dok buat dah* Kuehkueh. *Tak kesah lah hangpa semua dah buat ke tak. Ada ceq kesah!Huah Huah*

Orait beyyybeh....Apapun....Layan ajooo lahh hehh.. ZaaaSSS!!
Suka? Boleh ambil. Tapi, Please. Please. Tolong klik nuff boleh tak??Hihik^ ^

Button Follow 


Button Dashboard

Cara ambil:- Pergi kpd button yang diinginkan>click Right>Copy Url Image

Tak suka warna kat atas tuh? Iye..Iye..Boleh buat tempahan warna dengan harga serendah RM2 jee..Meera jugak menerima tempahan membuat cursor & button di blog. *Jika ingin buat tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh PM Meera di sini-->https://www.facebook.com/pages/Belog-MeeraSiGadisApril/122198587899360

Huda Syafiqah 's 1st Giveaway

Posted by Mira Rasidi | 22 December 2012 | 3 Comment

Assalamualaikum.
Happy Saturday day

Yerr..Nampaknya takda benda yang 'Ohsemm' nak buat. Baik Meera join 1 GiveWay yang Ohsemm  dan hadiahnya pun sememangnya dah jelas ohsemm. Hehe. Actually sebelom nih ada jugak  yang tag meera join giveway /content/segmen. Tapi. Ada yang Meera baru perasan dan ada jugak yang tak sempat nak turut serta disebabkan tarikh dah expired dah. Ummmm...:(.

*Takpa. Takpa.Now. Kita join dengan senang hati yup...*^ ^

Okey. Bagi yang berminat nak join segmen nih juga, Korang boleh Klik Image kat bawah nih-->


Senarai Hadiah :
- Sepasang baju peplum  × 1 .
- Bohemian Watch kaler Baby Blue  × 1 .
- Cenderamata special × 10 .
- Tudung  Bawal Bead Sakura × 1 .
- Tudung × 1 .
- Sepasang kain Korean Cotton × 4 .
- Pure Marine Collagen Gred AAA × 1 .
- Pure Marine Collagen Gred AA × 2 .
- Pin Comel × 1 .
- Header comel × 2 .
- Name Keychain × 4 .
- Cartoon Keychain × 2 .
- Edit Full Blog + Header × 2 .
- Doodle × 4 .

juri : Random.org

TOP REFFERAL:
-Teddy Bear 0.8 meter .
 
P/s:Fuhh! Ohsemm kan??
TagHani , Farah , rYnn

Cara Letak Icon Comel di CBOX

Posted by Mira Rasidi | 20 December 2012 | 4 Comment

Assalamualaikum
Hye.Jumpa lagi kita untuk hari ini.:)

Seperti biasa bila dah buka blog. Harus melihat message-2 yang di hantar dekat shoutbox & comment. Dan yang pasti ada beberapa soalan ditanya. Tapi nak thanks jugak yang sudi tinggal jejak bila diorang berkunjung ke blog Meera nih.Insyaallah. Meera cuba memberi respon sebaik mungkin. Tapi jika ada yang tercicir tuh. Harap maaf anda semua. Meera memang tak perasan.-.-

Hah.Dan yang pasti jugak tuto kali nih pertanyaan dari Cik Yaya melalui ruang cbox.Cik Yaya nak tahu sangat macam mana meera letak ikon comel dekat cbox tuh. 
Penting sangat ke icon comel nih? Haruslaah......Sebab icon comel nih dapat mencomelkan lagi chat korang tuh di samping memberi semangat berkoba-koba  untuk stalker  tinggalkan jejak dekat korang . . Betol tak?Hehe. Insyaallah. :)

Okeyy. Jangan risau. Insyaallah Meera dapat membantu. Ayuh ramai-2 kita tengok caranya yup

1.  Klik SINI>Sign In
(Bagi yang belum sign up. Boleh sign up dulu  okeyy)

2.  Klik Option>Klik Smilies
Contoh:-

3.  Kemudian akan keluar seperti ini:

Untuk mendapatkan Icon yang comel-2. Korang boleh pergi sini-->GlitterGraphic Comel. Lepas tuh cari sampai lebam okey.;)
  
If tak tahu macam mana nak dapatkan url image/icon melalui glitter graphic. Korang tengok caranya di sini sahaja yer-->Cara ambil URL di Glitter Graphic

4.  Dah jumpa Url image/ icon nya?? So just Paste dekat ruang URL tuh macam contoh dekat STEP 3 itu .  (Tapi kalau ada url icon/image yang lama,korang just buang sahaja. Kemudian Paste yang baru.)

5. Kalau dah siap. Scroll ke bawah. Dan tekan butang Save Changes/Save

6. Siap.

* Cara untuk masukkan kod cboz ke dalam blog korang, Sama sahaja macam mana  korang masukkan kod cbox korang sebelum nih yup. Tapi bagi yang baru, dan tak tahu macam mana nak masukkan. Boleh tengok SINI


P/s: Okey selamat mencuba....:). Thanks toYayakerana sudi bertanya yup.Jom ramai terjah blog Yaya-->http://syazleenaliya.blogspot.com/

Disangka rosak rupanyaaa......

Posted by Mira Rasidi | | 1 Comment

Assalamualaikum

Setelah seminggu menyepi,. Akhirnya aku Meera Rasidi muncul kembali sambil nak introduce  Template baru & Story-2. Emmuahahaha

Weee..Weee..Nampak tak?Apa yang dah terjadi dekat Template Meera tuh? Ahak. Berwajah baru lagi tuh...Kali  ini dari hujung rambut sampai ujung kaki berubah iye . Dari header sampai ke footer nuh.Rajin sesangat lah Meera nih kan...HAha. Memang  Rajin. Mau dekat seminggu nak siapkan okeyy. Actually. Seminggu yang  tak berbloggie tuh gara-2  pemancar internet  dekat kawasan perumahan Meera nih disambar dik kilat . So. Bila tak boleh nak ber-tenet, sempat jugak Meera curi-2 masa create header,footer & button yang comel-2 dekat t Photoshop.

Nah. Bila internet dah boleh connect cepat-2 buat template untuk blog. (Nih pown curi-2 time lelepak kat kampung jer).*Rumah tokwan kite ada tenet tau korang*.  So. Mengadap lappy sampai terjuling biji mata. AKhirnya siap template Meera tuh.Alhamdulillah. Tapi 2 3 hari jugaklah stay kat kampung. Sambil-2 temankan wan & opah yang super duper cute+comel tuh..*Umhh..Rindu dorang*Hihik

Then..Bila time balek ke rumah sendiri... Cari balek apa masalah dengan tenet. Mungkin dah rosak macam hari tuh kee kan... Lepas tuh tekan button tuh. Buka switch nih. Reset button yang tak tau apa function dia. Tukar-2 wayar. *Akhirnyaaa..Ekeleh. Takmau jugakkk...-Motif :Konon-2 nak repair guna tangan sendiri. Padahal...Hampehhh!. Paling best  memang tak tahu menahu pemancar wifi dekat rumah kenah panah kilat.Padan muka kau .Bukan main berkerut dahi tadi ..*-.-

Last-2. Cari jalan mudah. Telefon uncle TM yang tolong tukarkan moderm baru kat rumah Meera baru-2 nih .. Beliau ada pesan.Kalau tenet ada pob lagi boleh hubungi beliau balik. Lantas,dengan penuh keayuannya Meera menelefon *ayu ler sangatt kan*. -Bermulalah dialog Meera with Uncle TM-

-----------
Aku           : Hello....Assalmualaikum. Nih En. B**** TM Gerik ke?
Uncle TM  : Iya-2. Betol.
Aku           : Hah. Encikkk.... Internet dekat rumah saya dah dua tiga hari tak boleh guna .
Uncle TM  : Owh. Kat mana rumah tuh? 
 Aku          : Kat Gerik ....
                  *Uiiit...Memanggglaaa dekat Gerik. Dia pown tauu...Wuu!..*
Uncle TM  : Hah...Kawa...?? (Confuss)
Aku           :(Tak sempat uncle tuh nak cakap habis.Meera menyampuk) Eh-2. Kawasan Taman D*** P******. Sorry-2. 
Uncle TM  : Owh. Kawasan tuh. Iye. Kami dalam proses nak perbetolkan balik. Pemancar wifi kat kawasan  tuh kena sambar kilat baru-2 nih. Cuba connect balik nanti macam mana. Kalau tak boleh jugak. Esok buat report.
Aku            : Okey trima kasih En. ..
Uncle TM  :  Sama-sama...
-----------------

Keesokannya, Uncle TM datang. Sebelum datang beliau ada call dulu. Adik Meera yang jawab.Beliau cakap dalam 5 minit beliau sampai rumah. Nak tengok internet yang dikatakan bermasalah tuh*Eh...Takda buat report lagi. Macam mana boleh tau nih*. Rupa-2nya dia boleh detect  pengguna-2 tegar wifi di kawasan perumahan Meera nih.. *Huu. Baru tahu*..So dia pantau kot-2 internet masih bermasalah.

Dan..Proses me-repair by uncle TM bermula.Uncle tuh tengok sana.  Tengok sini. Uncle TM jugak ada kata kalau lampu Power tuh merah maknanya moderm dah rosak. Kerosakan tuh mungkin disebabkan kena panah kilat. *Tapi. Takda pula warna Merahnya. Warna  macam biasa jer. *Ha. Uncle tuh pown pelik tau .Kenapalah  dengan moderm nih.  Sedangkan Pemancar internet dah pun di repair. Lampu powernya naik elok jer.  Dia pown tengok jugak dekat wayar line.Hu..Hu...Wayar line okey jer..

*Kueh,Kueh.Sekali godek-2 dekat penyambung wayar line tuh..Rupa-rupanyaaaa.. Salah sambung wayar da..*Nih kes memandai hari tuh lah nih. Habis tertukar semua*. Nak dijadikan kisah pada zaman dahulu  wayar tunggang terbalik. *Apa entah wayar yang sambung antara telefon dan ke moderm tuh... Hah yang tuh la..*Sorry.Kurang arif sikit pasal wayar-2 nih*.Hehek.

Hahahahak. Satu rumah ketawa yang tak kedengaran kuatnya sambil diturut serta Uncle TM.  Dan segala persoalan telah terjawab. Kami pun dah dapat penyelesaian dari persoalan tuh.. Tukar wayar ke tempat asal balek. * Tapi kesian uncle tuh tau. Dia kena setting balik disebabkan Meera tergatai tangan tekan button Reset sebelah button Power tuh..Sorry Pakcik.Huhuh

Itulah ceritanya....


P/s: Hah..Kan dah  2 3 lapis muka tuh. ..........Ingat! Jangan bertindak sendiri jika kita  tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Tanya pandangan dan meminta bantuan daripada orang yang lebih arif itu lebih baik. Hah..Baru tak sesat jalan kan?Betol tak?Senyum:)


*Gamaknya macam nihlah pemancar tenet/wifi bekerja yup *@.@





Wordless Wednesday|Semanis Coklat Cadbury Secomel Bentuknya

Posted by Mira Rasidi | 12 December 2012 | 5 Comment






P/s:  I Love Cadbury. Sedapnya...Kalau la ada cadbury depan mata sekarang kan?..kan?Marvelesss!!!

Freebies: Verstripes Background

Posted by Mira Rasidi | 10 December 2012 | 6 Comment

Assalamualaikum

Hello. Hello. Meera ber- Freebies lagi. Ada freebies background untuk korangg...Nak tak? Nak tak??. Freebies nih diberi nama Verstripes okey. Dia ala-2 campur pelbagai jenis tona warna yang lebih kurang sama gitu. *Haishh. Susah nyee nak eksplain kat korang*. Berminat tak???...Apa-apa pun layan jelaa..Zasss!






Terlupa buat Entri Vs Buat Image Group untuk Facebook

Posted by Mira Rasidi | 07 December 2012 | Comment

Assalamualaikum 

Eh. Eh. Sedar tak sedar tiga hari  Meera tak buat entri okey. Haishh.  Apa lah yang aku fikirkan . Boleh terlupa nak nak buat entri ni. *Banyak makan kepala ikan gamaknya nih*OMG.... Mak help. Anakmu ini banyakk makan kepala ikann....Sampai terlupa tahap maksima ni.Hueh.Hueh.

Okey-2. As pengetahuan *boleh tambah ilmu pengetahuan* awok semua. Tiga hari tak hupdate blog gara-2 sibuk fikir benda lain . Fikir ape?  Nih hah. Fikir macam mana nak create  banner untuk ma group .*Hambik.Sampai tiga hari ko.....!*,Grrr~~~~

Dan. Hari ini  setelah ganjil genap 3 hari berjaya juga Meera hasilkan Image Group  yang  mendapat persetujuan oleh admin nih. Tapi buat masa nih Image Group belom dishowkan lagi dan masih dalam proses. :).

Heheh. Nak tengok Image group yang meera buat tuhh? Sila ler scroll bawah yup. 


Actually, Image Group nih  ada 4 warna. Dan antara 4 warna, warna ini  menambat hati bestie bestie Meera.. Alhamdulillah. Happy bila semua memberi pandangan yang postif terutama sekali bila bestie Meera yang buat group nih pown juga turut menerima hasil tangan meera nih.:)Thanks uolss...

*Baiklah. Rasanya cukup coretan Meera untuk hari nih kot. See u in da next entry yup...Calobete!!
 Ahah...Jangan lupa komen dan bagi pandangan sekali yup. Saya tunggu awok semua..^ ^




Blogger Bella Sahidi tanya Meera , "Header u boleh buat tak?" & Menerima Tempahan

Posted by Mira Rasidi | 03 December 2012 | 3 Comment

Assalamualaikum.

 Mungkin ada yang dah perasan dalam entri semalam meera ada nyatakan yang meera dah mula ambil tempahan untuk button-button & cursor di blog. Iyeee. Statement itu adalah benar belaka dan bukanlah cobaan semata-mata. hihik. 

Actually,. Tujuan Meera menerima tempahan adalah atas dasar minat meera sendiri terhadap bidang meng-create dan meng-edit blog. Dan dalam masa yang sama bagi menambah sedikit pendapatan . Namun disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan Meera hanya boleh menerima tempahan secara sambil-sambilan sahaja. *Maksudnya bukan bekerja sepenuh masa ler yup.Kehkeh*. Dan disebabkan meera hanya menerima tempahan secara kecil-kecilan, meera membuat keputusan untuk menerima tempahan Cursor & buton-button di blog sahaja dan bagi tempahan header,footer dan edit blog pulak meera akan terima jika ada yang mintak meera buatkan.


***Dan....As pengetahuan korang semua, hari ini bermulalah misi meng-create item-2 yang di tempah . Oooyeay! Dan Meera juga berjaya siapkan cursor yang ditempah oleh Blogger Bella. Nih dia cursornya.-->

Harga Cursor Hover nama: RM 4 sahaja

Perhatian:  Sebarang Copy Paste Image diruang ini adalah satu kesalahan. Tindaka boleh dikenakan jika anda bertindak sedemikian. TQ.

* Semalam... Blogger Bella mintak Meera create cursor hover nama untuk blog beliau. So. Just nama jerkan,?Meera pun hanya kenakan bayaran RM 4 melalui pembayaran topup sahaja.. *Thanks untuk Bella  kerana beri sepenuh kepercayaan dekat meera untuk create cursor.*

Bukan itu jer, Blogger Bella ada tanya meera macam nih jugak -->

"Header u boleh buat tak?" 

Ini jawapan dari soalan yang ditanya lebih kurang sama seperti kenyataan di atas:-


-Maksudnya meera boleh sahaja menerima tempahan header,footer,edit blog. Tapi secara tidak langsung sahaja lah yup. "Jika ada yang mintak meera akan buatkan".:). ..Itupun perlu diingatkan yang Meera perlu ambil masa untuk siapkannya.Lebih kurang seminggu-2 minggu (Gara-2 kekangan masa semua ini.Maaf) -Sama seperti yang dinyatakan di atas

*Insyaallah... Mengambil Tempahan header,footer,dan template jugak ada dalam perancangan Meera. Tapi bukanlah untuk masa sekarang. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Yang pastinya semuanya kena bergantung dengan masa & komitmen. Apa-2 pown tunggu berita dari Meera sahaja yup:)

So.. Disebabkan meera free sahaja hari nih.Meera berjaya siapkan header adik Meera yang super duper cutiessst nih. Dia pown nak ber-blog jugak okey;hihi.:_


Perhatian:  Sebarang Copy Paste Image diruang ini adalah satu kesalahan. Tindakan boleh dikenakan jika anda bertindak sedemikian. TQ.


*Mintak jasa baik  korang tolong komen hasil tangan Meera boleh?*Sila komen diruang komen. Tq.Peace!^ ^V

Freebies: Home,Older, Newer Super Cute.

Posted by Mira Rasidi | 02 December 2012 | 6 Comment

Assalamualaikum.


 Hari nih Meera tak ber-aktiviti terlalu "energetic". Just mengadap lappy yang kiut miut nih then create freebies dekat korang. Ohyeah. Semalam freebies hari ni pun freebies. Huwah! Sungguh rajin  Meera Rasidi Si Gadis April nih yup. *Pujian tak terlampau untuk diri sendiri*Puihh.Tak boleh belah itu.KuehKueh.

Kerajinan yang membuak-buak sampai terloya anak tekak ini telah membuahkan hasil sebegini. Jempot tengok, pilih, copy & paste yang mana sayangku suka yup..:).  Bagi yang tidak berkenan. Anda tidak dalam senarii. TQ.:)

Home Button




Older Button



Newer Button



Cara untuk dapatkan URL Image:- Pergi kepada button yang diinginkan>Klik Kanan> Copy Url Image
----------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN: Jika warna yang disediakan tidak memenuhi citarasa, anda boleh membuat tempahan warna. Hanya RM 2 dikenakan untuk ketiga-tiga button Home,Newer, dan Older. 
Malah,anda jugak boleh membuat tempahan button dari Meera Rasidi dengan harga serendah RM 2.(Bergantung kepada button yang korang nak dan design nyer ler yup.Boleh bincang-bincang).  Hal ini kerana Meera Rasidi akan menerima tempahan button dan cursor secara kecil-kecillan. BAYARAN melalui topup diterima. SEBARANG  pertanyaan boleh PM Meera di https://www.facebook.com/pages/Belog-MeeraSiGadisApril/122198587899360. TQ

Cute Baby Rabbit Cursor

Posted by Mira Rasidi | 01 December 2012 | 5 Comment

Assalamualaikum untuk anda semua. Apa kabau ?Buat apa jer tuh? ...Hmm.Meera tahu ,dah tentu-2 nya ada yang tengah kusyuk melayan Piala AFF Suzuki  dengan penuh semangat di dada.Kan..Kan..*Mahu tak semangat. Team kita tuh.Huuuh..Huuuh..Meera pown sama nih.  Haish. Berkoba-koba di dada nih tengok team kita beraksi. Harap-2 nanti  akan terima keputusan yang menggembirakan ler yop..:)

Hah..Hah..Tengok bola. Tengok bola jugak . Sempat lagi tuh meera buat cursor dekat korang. Kiranya nih sambil berkarya sambil berhibur ler yer....KuahKuah. Errr. *Rajin betol Meera buat cursor kan? * Iye memang Meera sesangatla rajin nak buat cursor hari ni. Sebab dah mula sedar diri bila si Freebies tak ada improve. * Uh. Dok macam tuh jer. Berapa bulan ni*

So. Bila hati dah bertekad ini ler  hasilnya-->

http://2.bp.blogspot.com/-eHoDlImTJe0/ULoDCJC_baI/AAAAAAAAC8U/EimAHBB0tBs/s1600/cuterabbitcursor20.png

http://4.bp.blogspot.com/-FQVzhSw6e-E/ULoDC4EbABI/AAAAAAAAC8Y/1WBKVpxnJEc/s1600/cuterabbitcursor21.png

http://3.bp.blogspot.com/-j0T9kQKMKz4/ULoDDwa1XNI/AAAAAAAAC8g/39g7xHrkYcE/s1600/cuterabbitcursor23.png

http://4.bp.blogspot.com/-GcXD7X1C0Y8/ULoDEWPlTvI/AAAAAAAAC8o/83PQMO1wQis/s1600/cuterabbitcursor24.png

http://4.bp.blogspot.com/-pxcbyjtpsxA/ULoDFNJc8vI/AAAAAAAAC8w/ohSxBjueEgI/s1600/cuterabbitcursor25.png

http://4.bp.blogspot.com/-wWrCGfEyeyw/ULoDF-9W8fI/AAAAAAAAC84/6aAmzjeZ7L0/s1600/cuterabbitcursor26.png


*Dipersilakan pilih  cursor mana yang korang suka yup...Dan..Klik klik nuffnang  titew jugak boleh???Itu sahaja. Calobete!!Piss!^ ^*