Add Me Follow Me Follow Me

Dah 55 tahun kita Merdeka kan..

Posted by Mira Rasidi | 31 August 2012 | Comment

Syukur Alhamdulillah. Tahun nih dah masuk yang ke-55 kita bebas dari penjajah kan. Hmm. Bila teringat story yang arwah tok nyang selalu dok cite kat cicik-2 dia time zaman dijajah dulu. Confirm rasa macam nak meleleh air mata nih. Yelah. Perit betol time zaman  dijajah dulu. Hari-hari makan ubi kayu jer .Kadang-2 tidur pown tak lena gara-gara takot fobia trauma bebagai. Kata toknyang, time zaman toknyang anak dara dulu. Kawan dia pernah di bawa lari dik penjajah dengan basikal. Alah. Basikal tua tuh...Hmm. Semenjak tuh kawan dia tak tau hilang ke mana dah. -_-

Hari ini. Semua tuh hanya tinggal sejarah untuk arwah toknyang dan kita semua. Dan boleh dikatakan juga satu nostalgia hitam oleh nenek moyang kita yang pernah lalui situasi perit nih. -->Itu pasal lah meera tak berapa gemar sangat sejarah yang berkenaan penjajah/dijajah ni. Confirm sentap bebagai la.huhuhuk...

Dan hari ini jugak. Tiada lagi istilah dijajah dan penjajah. Sebab Malaysia dah diiktiraf sebagai negara yang Merdeka. Kini.Negara yang pernah menjajah kita suatu ketika dulu pown telah mempunyai jalinan yang baik dengan negara kita...^___^.Aminnnn...........:))

Dengan ini...,Meera mengucapkan---->>

Merdeka!Merdeka!Merdeka!



P/s: Tak lupa jugak kepada bapa saudara Meera, Khairol Azli Othman yang sambut hari lahirnya hari ini..."Selamat hari lahir yang ke 35 ayah Li..:)

No comments: