Minah Giler TV layan Cerita Thailand pulak dah...

Posted by Mira Rasidi | 13 July 2012 | Comment
Semalam punya cerita:

EH. Siapa minah giler TV tuh? Hehe~~Tak perlu tanya ape-2. Dah tentu-2la minah yang dok tengah menaip nih.?))



Grrrrrr..... Inilah gamaknya life orang yang tak da kerja kowt. Bangon pagi. Pelahap apa yang ada. Lepas tuh mengadap TV. Cis! Apa jenis life lah ko nih meera. ~~Hehe. Sekali sekala tak salah kot .Yeke Sekali sekala??Eh-2. Bukan selalu okey. Aktiviti  ketika  nak tunggu sambung belajar jer nih.

Hah. Kalau Meera Rasidi dah buka TV. . Ini remote Astro AKU YANG PUNYA! EMMUAHAHAH. Yang lain  berkedip mata jela. Hmm. Zalim tak? Zalim tak? KehKeh.

Seperti biasa kalau remote dah melekat kat tangan nih, Seisi menukar channel tanpa henti la.Buka TV 3. Oh. Cerita Marimar rupanya. Layan Jap. Iklan. Bertukar  ke Astro Ria. Awan Dania Musim 3. Walaupun dah tengok. Layan jugak.Hmm. Iklan Lagi. Pergi pula ke NTV 7. Aik,Cerita apa nih?? Hiroshima Sky?Cerita Jepun ke?..Tunggu seketika. Sekali keluar suara. Cakap Siam da. Oh. Drama Thailand rupanya. Sejak bila pulak NTV 7 ada drama Thailand nih.Macam best jeeeeer........ Dahsyat tak? Sekali harum, 3 Drama Meera layan okey.Hihih.


Dan. Disebabkan Hiroshima Sky telah menarik perhatian Si Gadis April ,Research di Pakcik Google telah dilaksanakan. Dan dari hasil bacaan, NTV 7  akan memperkenalkan drama-2 terbaru dari negara Thailand bermula 7 Julai pada setiap hari Isnin-Jumaat pada jam  10.00 pagi dengan harapan dapat menarik penonton setianya terus  bersama saluran NTV7 yang sebelum ini memang dikenali dengan pelbagai rancangan bermutu dari negara-negara Asia seperti Korea, China dan Taiwan.


Menurut Emilya Ab. Rahim, Pengurus Kumpulan Penjenamaan NTV7 pula, keputusan memperkenalkan slot baru ini adalah kerana stesen tersebut ingin menambah lagi seleksi rancangan sedia ada bagi menceriakan penontonnya. Pemilihan kandungan daripada negara Asia ini dilihat lebih dekat dengan budaya masyarakat Malaysia.


Antara drama yang bakal menghiasi Slot ini adalah Love Beyond Frontier. 


Seriously. Antara drama Thai yang meera paling suka. Drama dua musim ini hasil lakonan  dua beradik iaitu Pichaya Nitipaisalkul(Golf), Pirat Nitipaisalkul(Mike) yang mengisahkan tentang cinta,persahabatan & nilai kasih sayang antara adik-beradik.


Bukan itu sahaja, drama  berjudul Autumn Destiny turut bakal menghiasi slot ini. 

Kalau nak cakap pasal barisan perlakon dalam drama nih. Confirm boleh buat gadis-gadis yang menonton tuh "jerit sampai sakit kerongkong". Hmm. Mana taknya. Barisan pelakon lelaki dalam dalam drama nih sesedap mata memandang belaka.Siap ada Mario Maurer, Ryan daripada kumpulan muzik Korea – Paran, dan anggota kumpulan U-Kiss iaitu Eli dan Kim Ki Burn.Aishh. Rugila kowt kalau yang giler TV tuh tak tengok.Huhuk.Genre cerita nih?Hmm. Sememangnya cerita cintan cintun lah yup.;))

Baiklah. Bagi korang yang nak menonton drama nih. Pastikan anda bukan kakitangan kerajaan ataupun swasta dan bukan dalam golongan pekerjaan lain-lain. Dan juga tidak dikategorikan pelajar sekolah seisi pagi. Hal ini demikian kerana, drama ini ditayangkan setiap Hari Isnin-Jumaat pada jam 10.00 pagi. Kalau nak tengok jugak. Pandai-2 lah yup. Muahahahah.





P/s: Okey. Calobete!!!




No comments: