8 Rahsia Makanan Sihat & Awet Muda

Posted by Mira Rasidi | 17 July 2012 | 3 Comment


"You Are What You Eat"....Jadi,amat pentinglah kita memilih makanan berkhasiat yang mampu membantu kita menjalani sebuah kehidupan yang sihat dan lebih ceria. Berikut adalah 8 makanan rahsia tubuh sihat & lebih awet muda;)


1. Aprikot
Aprikot  merupakan sumber yang baik untuk "asam lemak' sehingga mampu menurunkan  kolestrol dalam tubuh. Buah ini juga kaya dengan vitamin E untuk menjaga kesihatan dan keremajaan kulit serta mengandungi potassium yang mampu mencegah tekanan darah tinggi.

2. Sayuran Hijau
Terutama sayuran seperti brokoli dan lobak sangat baik untuk mencegah kanser serta mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh. Sebaiknya mengambil 115 gram sayuran ini setiap hari dengan hanya memakan mentah sesudah dicuci agar enzim penting didalamnya tetap ada.

3. Bawang Putih
Memakan bawang putih di masak ataupun mentah dikatakan mampu membantu tubuh melawan sel kanser dan penyakit jantung. Sebuah kajian di Tasgore medical College india menunjukkan bawa putih boleh menrunkan  kadar kolestrol dan punya kesan yang lebih baik  dalam melancarkan peredaran darah.

4. Kacang-kacang
Sebahagian besar variasi kacang kaya dengan mineral terutama kenari dan kacang Brazil. Meskipun kenari mengandungi kalori yang cukup tinggi tetapi unsur potassium, mafnesium, zat besi, cink dan sekeniumnya juga tinggi. Ianya sangat baik andai dimasukkan dalam daftar baik diet kita. Bukan itu sahaj, kacang juga bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan menurunkan kolestrol.

5. Tembikai
Isi tembikai mengandungi vitamin A,B, dan C sedangkan bijinya pula mengandungi  selenium,lemak esensial, zink dan vitamin E. Semuanya baik untuk mencegah radikal bebas dan penuaan dalam tubuh. Jadi agar tidak rugi kita diasarnkan membuat air tembikai jadi boleh lengkap minum bersama bijinya.

6. Kacang Soya
Berita baik kepada kaum wanita kerana kacang soya mampu membantu menjaga keseimbangan hormon estrogen di dalam tubuh. Kesannya? Boleh melambatkan waktu menopouse. Selain itu, kacang soya juga dipercayai boleh membantu mencegah penyakit alzheimer dan oteoporosis.

7. Biji-Bijian
Selain sumber protein,biji-bijian juga punya tingkat antioksidan yang sangat tinggi. Menurut Mark Stibich PhD pengkaji dan konsultan di Columbia University , setengah gelas red bean, kidney bean atau pinto bean yang dikeringkan mengandungi tingkat  antioksidan yang lebih tinggi dibandingkan dengan makanan lain. Lebih hebatnya lagi, biji-bijian  juga mengandungi kalori yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang.  Jika kita dalam program menurunkan berat badan disarankan  mengambil sekitat 3 hingga 5 makanan yang mengandungi biji-bijian setiap minggu.

8.  Wholemeal Pasta
Karbonhidrat kompleks boleh memberikan tenaga terus menerus pada tubuh sehingga kita punya tenaga melakukan aktiviti seharian. Tidak hairanlah' Wholemeal pasta' merupakan contoh terbaik karbohidrat kompleks.Selain kaya akan serat kandungan zat besinya juga 2 kali lebih banyak berbanding pasta biasa.


P/s:KhihKhih. Bolehla meera try lepas nih.Kalu tak kira nak pelahap apa yang suka jer. Janji perot kenyang + menyelerakan.Emuahahah. Betol tak?Betol tak?. Hmm. Bila dah tau rahsia  pemakanan sihat nih.Errrr. Bersedialah wahai korang diluar sana tuh yup.Meera awet muda sudah mai.KahKah.



Sumber: Majalah Remaja 




3 comments:

ZWAN SABRI said...

Alamak! x minatla ngan semua jenis makanan ni.. huhu

Mira Rasidi said...

@ZWAN SABRI:::kalau nak awet muda kene sika jugaklah Zwan..huhu

Umi Nazrah said...

aprikot kegemaran ku! <3