Slot Akasia TERBARU:Seindah Sakura

Posted by Mira Rasidi | 10 May 2012 | 1 Comment
Belom sempat menghabiskan segala demam Drama Cinta Buat Emelda, Tv 3 telah  pown mempromo  drama TERBARU di Slot Akasia iaitu Seindah Sakura.Berakhirnya drama Cinta Buat Emelda pada 3 Mei lalu ,drama ini langsung ditayangkan pada 7 Mei 2012.Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini diadaptasi daripada Novel yang berjudul Seindah Sakura karya Liza Zahira dan skrip oleh Wan Mahani.Bukan itu sahaja, lebih membanggakan drama ini turut diarahkan oleh pelakon yang sememangya sudah gah dalam dunia lakonan iaitu Zul Huzaimy Marzuki.

Antara barisan pelakon dalam drama ini pula ialah Fasha Sanda, Fahrin Ahmad,  Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.



Sinopsis

Drama Seindah Sakura mengisahkan Shakira(Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan & cabaran bersama neneknya(Mak Mah) apabila ibunya pergi meninggalkan dia & neneknya sejak dari kecil. Segala dugaan & cabaran yang dihadapi telah membuatkan Shakira tidak ingin kecundang dalam menjalani kehidupan yang penuh kedaifan itu.Maka, segala yang dilaluinya ditempuhi dengan penuh tabah walaupun di saat  itu dia begitu merindui ibunya iaitu Rohani.

Masa telah berlalu.Tanpa disedari  tiba masanya Shakira menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan kehidupan yang serba kekurangan itu,menyebabkan Shakira menjadi mangsa ejekan teman sekelasnya yang lain.Kadang-kala dia jugak terpaksa ponteng sekolah disebabkan kesihatan neneknya yang tidak baik.Kekarapan tidak kehadirannya ke sekolah menyebabkan dia didenda oleh guru barunya yang sememangnya kacak lagi berdedikasi iaitu Airil(Fahrin Ahmad).Tanpa soal selidik, Airil telah mendenda Shakira dengan beranggapan bahawa gadis itu dapat menyedari kesilapannya.Namun.,segala teguran Airil langsung tidak diendahkan oleh Shahkira.Tindakan Shakira itu kerana persepsinya yang gurunya itu tidak pernah akan memahami bertapa rumitnya kehidupan yang dialaminya.

Walau bagaimanapun, kesalahfahaman itu terjawab apabila Pak Jamil pergi berjumpa sendiri dengan pengetua sekolah Shakira untuk menceritakan mengenai nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital.Sejak itulah baru Airil mengetahui punca yang membuatkan Shakira kerap tidak ke sekolah & hal demikian juga telah membuatkan dia begitu berasa bersalah terhadap Shakira. Lantaran itu,bermulalah kata perangsang dari Airil kepada Shakira agar si gadis itu tidak tenggelam dalam kehidupan penuh dengan cabaran itu.Maka,di saat itu  bermulalah juga bibit-bibit cinta antara mereka.Adakah mereka akan bersama?Dapatkah Shakira mengubah kehidupannya?

Untuk mengetahuinya..Jom kita sama-2 menonton drama ini sehingga ke kemuncaknya ye..^ ^








1 comment:

Anonymous said...

ssalam.. boleh sy tahu lagu background blog nie.. lagu instrumental nie.. sedap.. ape lagunya..