Top 5 New Drama Melayu Pilihan Cikmeera~~

Posted by Mira Rasidi | 07 April 2012 | 7 Comment
Assalamualaikum....Adohai korang. Terasa keboringan la pulak weekend ni..Ececeh..!~~Mengadu kat korang la pulak yee?^ ^.Ada sesiapa sedang mengalami situasi yang sama macam cikmeera?.Eeuuuww...@__@.Dah naik terjuling biji mata cikmeera menghadapi keboringan yang tak terkira ni.

Hmm.Disebabkan boring yang tak terhingga ni,langsong dapat idea nak kongsi dengan korang satu benda ni.Inilah dipanggil tak ada kerja cari kerja...Bukan cari pasal okeyh.Muahahaha.~~ 
AHA.Ini dia,cikmeera nak buat list top 5 new drama melayu yang menarik perhatian cikmeera.
Mungkin,drama yang  dilist ni pown salah satunya drama kesukaan korang kan?Kan?^_^...

Harap Maaf! Bukan 100% hasil tulisan cikmeera.Sumber dari:Google,Blogspot & Tonton yer.Peace!^ ^V.

Baiklah.Jom kita tengok drama apa yang cikmeera nak letakkan sebagai Top 5 tu...,


 5. Bicara Hati -Astro Prima
Drama bersiri 26 episod yang diadaptasi dari Novel Bicara Hati (Penulis:Damya Hanna).
Dibintangi oleh :Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Shahran & Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka) sebagai Zahlia.Turut membintangi drama ini adalah Marsha Londoh,Josiah Hogan, & ramai lagi.

Sinopsis:
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

#Bagi yang ingin  menonton drama ini.Boleh menonton di Astro Prima,Selasa,Jam 10:00 malam.


P/s:Cepat-2~ Episodnya dah nak habis.Kalau tak sempat nak folow dari awal, korang boleh search kat youtube jer yerk^ ^...


4.  3 Janji (SLOT LESTARY)-TV3
Terbitan:HJN Production Sdn Bhd
Dibintangi oleh:Liyana Jasmay sebagai Dalia, Shahrizal Jaszle sebagai Khursyi & Shah Iskandar sebagai Yassin.

Sinopsis:
Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.

Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia? Kalau nak tahu, tontonlah drama 3 Janji melalui slot Lestary, setiap selasa jam 9 malam, hanya di TV3.

#Episodnya baru lagi.....Kalau korang tak sempat nak folow boleh tengok dekat tonton jer


3.  Cinta Buat Emelda(SLOT AKASIA)-Tv3
Dibintangi oleh:Fizo Omar sebagai Aril Fatah ,Almy Nadia sebagai Emelda/Emelia,adik Miasara sebagai Dania,Ery Putra sebagai Maliki & ramai lagi.

Sinopsis: 
 Emelda terpaksa berkorban demi kakak kembarnya yang meninggal akibat barah hati. Emilia telah meninggalkan seorang anak  yang bernama Dania (dilakonkan oleh adik Mia Sara Nasuha). Emilia  telah mengandung atas perbuatan seorang lelaki yang  bernama Aril Fatah. Lelaki itu kemudian datang untuk menebus segala kesalahan dan dosa lampau dan ingin bertanggungjawab terhadap Emilia dan anaknya.

Dia mahu berkahwin dengan Emilia. Tetapi dia tidak mengetahui yang Emilia sudah  meninggal dunia. Emelda lah yang telah  menyamar menjadi kakaknya demi anak kakaknya itu.Sampai bilakah Emelda akan terus menyembunyikan rahsia itu, dan apa reaksi Aril Fatah sekiranya  dia tahu siapa Emelda yang sebenarnya, bukan wanita yang dicintainya selama ini.

Dalam novel Maliki ialah lelaki yang menaruh hati kepada Emelda, adakah Maliki akan berusaha juga untuk merampas Emelda dari Aril Fatah?Emelda yang terpksa berkahwin dengann Aril bukan atas dasar cinta pada lelaki tersebut.Adakah mereka akan bahagia? 

 #Jangan lupa menonton drama ini pada setiap Isnin-Khamis,Jam 7:30 malam di Tv 3.

P/s:Cikmeera suka drama ni,sebab ada adik Miasara yang nomey+cute tu...Hihih.SERIOUSLY~~ drama ni memang best^ ^Ngee~~
Seperti biasa,kalau tak sempat nak folow drama ni.Boleh tengok kat tonton jer^ ^ 


2.  Mahabbah(SLOT SAMARINDA)-Tv 3
Dibintangi oleh:Nur Fathia sebagai Sabila, Azlee Khairi sebagai Iskandar, Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud dan Aiman Hakim Redza (pelakon utama Vanila Coklat).

Sinopsis:
Percintaan antara Iskandar & Sabila yang tidak direstui oleh ayah Iskandar iaitu Tan Sri Sabri, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai rancangan tersendiri untuk anaknya.Namun demikian, Iskandar & Sabila tetap mendirikan rumah tangga walaupun mendapat tentangan daripada keluarga Iskandar.

Dapatkah Sabila & Iskandar menghadapi dugaan & halangan yang menimpa mereka?Adakah akhirnya mereka akan mendapat restu dari bapa Iskandar?

#Jangan lupa saksikan drama Mahabbah ,Selasa & Rabu,jam 10:30 malam ,Khamis pula jam 9:30 malam di Tv3.


P/s:Seriously first cikmeera tengok cite ni.dah rasa macam best.Tambah-2 pulak Cikmeera memang minat giler dengan lakonan Nur Fathia.Heheh.Yang paling bersemangat nak tengok bila Aiman & Azlee Khairi pown ada(Euuww...Memang dah agak da.Muahahaha..:P.Ntah!Apa2 kan?)


1.  Bunga-Bunga Syurga(SLOT ZEHRA)-Tv 3
Dibintangi oleh: Johan As’ari , Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim dan Datuk Eizlan Yusof

Sinopsis: 
Mengisahkan perjuangan seorang pemuda dengan  gadis lumpuh memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya selepas ibu bapa mereka mati dibunuh.

Kekejaman seoran wanita ,Baidah menyebabkan dia sanggup membunuh suami sendiri & menyeksa anak-anak saudaranya yang yatim piatu itu dan dalam hatinya ingin menguasai harta anak-anak yatim yang diamanahkan kepada mereka. Bagaimanapun ketiga-tiga  anak yatim ini diselamatkan  oleh Aiman, anak Baidah sendiri yang tidak sependapat dengan ibunya. Namun perjuangan tidak semudah yang disangka apabila Allah SWT memberi pelbagai ujian kepada mereka.

#Jangan lupa menonton drama ini ,setiap Hari Jumaat,Jam 9:00 malam.

P/s: Best drama ni.Mak & Abah cikmeera pown layan.Hehek...Ada Johan As'ari tu....Hihi^ ^



7 comments:

ciksukaberangan said...

huhu
bicara hati.. OUT. tak minat. novel je best :D

3janji.. tak pena tengok.. tapi tengok sinopsis macam best >,< HAHA

cinta buat emelda. awww aww.. best2 >,< HAHA. memang tgok la :D

mahabbah , tak pena tengok.. OUT OUT. haha *jangan marah :D

bunga2 syurga.. ooo~ tengok3!!! huhu... best2. tapi kesian pmpuan tu.. hhmm :(

Mira Rasidi said...

@ciksukaberanganHaha..its okey dear.Tapi ramai cakap novel bicara hati lgi best...^ ^
Ngee~~.Actually,lain orang lain minatnya betol tak?
Tp ciksukaberangan boleh try tgk cite mahabbah,bagi cikmeera agak menarik cite tu..hehe^ ^..

ciksukaberangan said...

Cikmeera : betol3. novelnye lagi best :D mahabbah? oo. insyaAllah. hehhe :D thanks! ^^

Mira Rasidi said...

@ciksukaberanganWah nanti boleh try ni..heheh

Mira Rasidi said...

@ciksukaberangan2lah..cikmeera belom pernah baca lagi novelnya...,adik cikmeera pown kate best:)

matoki island owner.. XD said...

drama bunga2 cinta yg faling best.. siap terbawa2 dlm mimpi lagi.. jyeaahh.. :3

Mira Rasidi said...

@MISS ALYA HANAZIE::hahah..tu cite lama kan dik...^ ^?