Taman Tergantung Babylon.Lain yang dicerita.Lain yang diimiginasi.KahKah

Posted by Mira Rasidi | 16 March 2012 | 2 Comment
Aha.Dengar tajuk Entri hari ini agak lain macam jer kan?Grrrr....Memang ada kena-mengena dengan cite di bawah Okee...

Tajuk Sebenar Entri Wonderful cikmeera kali ini ialah Taman Tergantung Babylon. Tapi......

 Bila nak dimulakan cite pasal Taman Bergantung Babylon ini,Teringat zaman budak-budak dulu. Iyelah.Dulu asal free jer.Kakak cikmeera akan mulakan sesi bercerita pasal subtopik yang dia belajar kat sekolah dekat cikmeera & adik-adik.Salah satu citenya,Nah! Ini dia,...Pasal Taman Tergantung Babylon la.
Makaih.Nak bagi cikmeera & adik-adik paham punya pasal,pelbagai aksi & gaya bebas ditonjolkan tau.Ha ambik!Tak sanggup mata memandangnya.Errr.... 


 Alih-alih.Lain yang dicerita,Lain yang diimiginasikan.Kuah.Kuah.
Nak tahu apa yang diimiginasikan?
1 .Kakak cikmeera kata Taman Tergantung Babylon tu,dia Tergantung-gantung
Yang diimiginasikan:Iyela.Namapown TamanTergantung.Mestilah tergantung-gantung kat awan kan.Pastu,ikat pakai tali atau dawai je...Tak tau la dorang ikat macam mana.Kahkahkah

2. Kakak Cikmeera kata Taman Tergantung Babylon tu, Bertingkat-tingkat
Yang diimiginasikan: Mesti macam Kek Orang Kawin yang bertingkat-tingkat tu kan.Pulak Dah!!Kekeke

3. Kakak Cikmeera kata Taman Tergantung Babylon tu,Banyak bunga-bunga & macam-macam ada
Yang diimiginasikan: Ha.Mesti macam Taman Permainan tu.Ada buaian, jongkang-jongkit,tempat gelongsor bebagai + lori jual buah bebagai .Emm.Nyam.Nyam.Dahsyat!Dahsyat!Muahahah.

Itulah yang diimiginasikan ketika berumur 5-7 tahun.
Kecuali bagi yang genius.Lahir-lahir terus tau Taman Bergantung Babylon.Adakah?Hehe
Wallahualam.Tidak Mustahil.Itu semuanya kuasa dari Allah SWT.^ ^

 Kini.Imiginasi ala-ala kanak-kanak Lollipop+ Rebina tidak lagi bermain dibenak fikiran cikmeera..Yezza....This time.....,Cikmeera dah tahu apa benda yang dinamakan Taman Tergantung Babylon tu.Siap buat research sikit- skit tau.:))

Oyeeeee...Agak panjang lebar memadah kata.Jom kita tengok hala tuju yang sebenar


Korang Tahu Tak?
Taman Tergantung Babylon juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis.

Tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.

Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC).

Terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya.

Sesetengah sumber menyatakan , Taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis (anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara) yang rindukan kampung halaman iaitu negara yang memiliki kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau .Tetapi dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih .Lantas,Raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
(Amboi!Ala-ala Pengorbanan Shah Jahan terhadap Mumtaznya jugak ni...Hehe)

Taman Tergantung   datangnya  dari terjemahan kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
(So dia bukanlah tergantung seperti yang disangkakan ya.Hanya sekadar nama.Lalala)

Ahli geografi Yunani Strabo, memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi:
  • Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”.
  • Setiap sisi  sepanjang empat plethra.
  • Mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain.
  • Dipasakkan dengan tiang berbentuk petak.
  • Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam.
  • Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan.


Abad ini,Taman Tergantung Babylon tidak kelihatan lagi.Selepas abad pertama SM,Taman Tergantung Babylon dikatakan musnah akibat gempa bumi.
Namun, Kewujudannya masih belum dapat dipastikan dengan jelas.


#Dekat bawah ini cikmeera ada sertakan image Taman Tergantung Babylon.Jom Tengok>>
Nice..

Ha.Kan?Ala-ala kek bertingkat-tingkat gitu.Kekeke

Wah!Ada air terjon.Awesome!

Wooo...!!^.^





P/s:Orait.^_^.Thanks for reading yer ollss.Dah tahu?Hmm.Wujudkah?Fikir2kanlah...^ ^



Sumber: Google,Wikipedia

2 comments:

matoki island owner.. XD said...

huah.. kak meera mangajar sejarah nie.. >,<
hum very interesting.. :3

Mira Rasidi said...

@MISS ALYA HANAZIEHahaha,,,akak mmg minat giler sejarah mcm ni..unik+interesting..hehe