OH!!Taj Mahal...

Posted by Mira Rasidi | 19 February 2012 | Comment

Pernah dengar Sejarah Taj Mahal?Apa pendapat korang mengenai sejarahnya?Apakah lagi rahsia mengenai Taj Mahal  selain  menjadi monumen peringatan  Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal iaitu isteri  yang paling diCintai & disayanginya?
 Itulah kadang-kadang yang  menjadi persoalan kepada Cik Meera.^ ^.Korang cuba bayangkan Taj Mahal yang begitu besar ni, yang kita tahu tempat bersemadinya isteri  tercinta Shah Jahan iaitu Mumtaz Mahal(Isteri kelima Shah Jahan).
Begitu besar cinta:h: Shah Jahan terhadap Mumtaz Mahal kan?So Sweet..:face75:

Aha.Disebabkan cik meera tertarik giler-giler dengan Taj Mahal ini, Cik meera terus  terpanggil untuk buat research sikit-sikit mengenai Taj Mahal (Wah!cik meera......,Dah macam ahli pengkaji dah ko..hahah).
So.Bila dah cari & dapat maklumat tu,takkan lah nak biarkan diri ni tahu sorang-sorang jer kan...Opkoslah nak kongsi dengan sayang-sayang cik meera jugak..HiHiHi(Kite Sama-sama tambah ilmu pengetahuan ye.^ ^)
Ok sayangku semua,tanpa membuang masa  JOM kita tambah sedikit ilmu pengetahuan..Hehe.




10 Yang Menarik Mengenai Taj Mahal
1.  Contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam.

2.   Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri.Sungguh bijak & kreatif arkitek ini yee..^ ^

3.  Ha korang.Rupa-rupanya Taj mahal ini jugak merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain tau.

4.  20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

5.  Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

6.  Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama.

7.   Bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah.43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam turut digunakan.(Wah!Banyak duit habis ni.Mahu tak pokai ni.heheh)

8.  Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah.

9.  Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari.Malah, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

10.  Kini.Taj Mahal diitiraf sebagai 1 daripada 7 Keajaiban Dunia.Awesome kan? Dannnn............Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi.


Bukan itu sahaja, Shah Jahan sendiri turut menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:

 Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.






P/s:OK.Korang.Dah tau sikit2 pasal Taj Mahal kan?Apa opinion korang?hehe..So.bagila pendapat & pandangan korang sikit .Ataupown korang ada tambahan mengenai Taj Mahal?Komenla dekat cik meera yee....Sharing is Caring.Right?ngee~~







:88:Nota Kaki Cik Meera:88:
Setelah beberapa bulan Mimi tinggal dengan family cik meera.
Yezza....Hari ini ,first time cik meera mandikan & bersihkan  Mimi punya tempat tinggal.Haha..
Luv u Mimi..kekeke

No comments: