Gelagat Puasa Ku.....

Posted by Mira Rasidi | 26 July 2012 | Comment
 Cili dah 'blend'. Nasi dah masak. Bazar ramadhan dah ada yang pergi shoping-moping borong-morong.  Orang yang nak masak dah ada.Hehe.Hmm. Macam tuhlah aktiviti setiap petang  bagi golongan yang beragama Islam sekarang nih. Semuanya jadi kalut-bilut bila petang menjelma.Hihi. Dan fenomena nih  turut berlaku dekat aku disamping hati yang kadang-2  tak dan bebeno nak berbuka puasa dan mengidam pelbagai juadah mengalah ibu-ibu hamil.

Kalau bab nak makan nih. Semuanya nak sekali hadap. Macam esok dah nak raya hari nih dah cukup  sebulan puasa.Grrr....Iyelah. Kenalah buat demand banyak-2 idok. Ingat senang ke nak buat demand macam-2, habis jer puasa segala demand tidak  diterima.Hehek.

Tapi.Tapi. Demand kita tuh biarlah berpada-pada. Bersedahana itu lebih baik. Karang banyak-2 sapa yang nak habiskan. Makan ikut kemampuan perut kita. Bukan ikut hati atau ikut nafsu. Ingat tuh wahai Meera Rasidi. Berhenti Sebelom Kenyang~~

****Dengan ini...........Meera mengucapkan......


P/s::Senyum ^ ^

8 Rahsia Makanan Sihat & Awet Muda

Posted by Mira Rasidi | 17 July 2012 | 3 Comment


"You Are What You Eat"....Jadi,amat pentinglah kita memilih makanan berkhasiat yang mampu membantu kita menjalani sebuah kehidupan yang sihat dan lebih ceria. Berikut adalah 8 makanan rahsia tubuh sihat & lebih awet muda;)


1. Aprikot
Aprikot  merupakan sumber yang baik untuk "asam lemak' sehingga mampu menurunkan  kolestrol dalam tubuh. Buah ini juga kaya dengan vitamin E untuk menjaga kesihatan dan keremajaan kulit serta mengandungi potassium yang mampu mencegah tekanan darah tinggi.

2. Sayuran Hijau
Terutama sayuran seperti brokoli dan lobak sangat baik untuk mencegah kanser serta mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh. Sebaiknya mengambil 115 gram sayuran ini setiap hari dengan hanya memakan mentah sesudah dicuci agar enzim penting didalamnya tetap ada.

3. Bawang Putih
Memakan bawang putih di masak ataupun mentah dikatakan mampu membantu tubuh melawan sel kanser dan penyakit jantung. Sebuah kajian di Tasgore medical College india menunjukkan bawa putih boleh menrunkan  kadar kolestrol dan punya kesan yang lebih baik  dalam melancarkan peredaran darah.

4. Kacang-kacang
Sebahagian besar variasi kacang kaya dengan mineral terutama kenari dan kacang Brazil. Meskipun kenari mengandungi kalori yang cukup tinggi tetapi unsur potassium, mafnesium, zat besi, cink dan sekeniumnya juga tinggi. Ianya sangat baik andai dimasukkan dalam daftar baik diet kita. Bukan itu sahaj, kacang juga bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan menurunkan kolestrol.

5. Tembikai
Isi tembikai mengandungi vitamin A,B, dan C sedangkan bijinya pula mengandungi  selenium,lemak esensial, zink dan vitamin E. Semuanya baik untuk mencegah radikal bebas dan penuaan dalam tubuh. Jadi agar tidak rugi kita diasarnkan membuat air tembikai jadi boleh lengkap minum bersama bijinya.

6. Kacang Soya
Berita baik kepada kaum wanita kerana kacang soya mampu membantu menjaga keseimbangan hormon estrogen di dalam tubuh. Kesannya? Boleh melambatkan waktu menopouse. Selain itu, kacang soya juga dipercayai boleh membantu mencegah penyakit alzheimer dan oteoporosis.

7. Biji-Bijian
Selain sumber protein,biji-bijian juga punya tingkat antioksidan yang sangat tinggi. Menurut Mark Stibich PhD pengkaji dan konsultan di Columbia University , setengah gelas red bean, kidney bean atau pinto bean yang dikeringkan mengandungi tingkat  antioksidan yang lebih tinggi dibandingkan dengan makanan lain. Lebih hebatnya lagi, biji-bijian  juga mengandungi kalori yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang.  Jika kita dalam program menurunkan berat badan disarankan  mengambil sekitat 3 hingga 5 makanan yang mengandungi biji-bijian setiap minggu.

8.  Wholemeal Pasta
Karbonhidrat kompleks boleh memberikan tenaga terus menerus pada tubuh sehingga kita punya tenaga melakukan aktiviti seharian. Tidak hairanlah' Wholemeal pasta' merupakan contoh terbaik karbohidrat kompleks.Selain kaya akan serat kandungan zat besinya juga 2 kali lebih banyak berbanding pasta biasa.


P/s:KhihKhih. Bolehla meera try lepas nih.Kalu tak kira nak pelahap apa yang suka jer. Janji perot kenyang + menyelerakan.Emuahahah. Betol tak?Betol tak?. Hmm. Bila dah tau rahsia  pemakanan sihat nih.Errrr. Bersedialah wahai korang diluar sana tuh yup.Meera awet muda sudah mai.KahKah.



Sumber: Majalah Remaja 




Antara Pulau Yang Tercantik Di Dunia

Posted by Mira Rasidi | 14 July 2012 | 2 Comment
Assalamualaikum.
Salam Ahad.:)

Entry kali ini meera nak kasi korang cuci mata sikit. Almaklumlah. Hujung-2 minggu nih, mestilah kita nak curi peluang nak restkan otak dan badan yang dok bekerja keras jer memanjang  tuh kan. Tak kiralah sama ada yang masih belajar ataupun dah bekerja. Masing-2 nak curi peluang . Betol tak? Betol tak?

Baiklah. Sebagai salah satu treament untuk korang menghilangkan segala kepenatan, kusut, stress bebagai tuh. Jom kita tengok pulau-2 tercantik di dunia nih. Manalah tau kot-2 kejap korang tengok teros pergi book ticket .Muahahah

Pulau Tahiti,French Polynesia
7900km dari Chile , 5700km dari Australia,4400km dari Hawaii, 

Pulau Fiji
Pilihan pelancong USA,Australia dan New Zealand

Pulau Maldive
 Terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu ) ke barat daya Sri Lanka

Pulau Bora Bora, French Polysenia
Di bawah angin Kepulauan Society Polynesia Perancis

Pulau Bay,New Zealand
Digelar "The Edge Of The World"


P./S:Apa macam? Terpegun tak? Dah boleh cakap wonderful ke?kehkeh

Minah Giler TV layan Cerita Thailand pulak dah...

Posted by Mira Rasidi | 13 July 2012 | Comment
Semalam punya cerita:

EH. Siapa minah giler TV tuh? Hehe~~Tak perlu tanya ape-2. Dah tentu-2la minah yang dok tengah menaip nih.?))



Grrrrrr..... Inilah gamaknya life orang yang tak da kerja kowt. Bangon pagi. Pelahap apa yang ada. Lepas tuh mengadap TV. Cis! Apa jenis life lah ko nih meera. ~~Hehe. Sekali sekala tak salah kot .Yeke Sekali sekala??Eh-2. Bukan selalu okey. Aktiviti  ketika  nak tunggu sambung belajar jer nih.

Hah. Kalau Meera Rasidi dah buka TV. . Ini remote Astro AKU YANG PUNYA! EMMUAHAHAH. Yang lain  berkedip mata jela. Hmm. Zalim tak? Zalim tak? KehKeh.

Seperti biasa kalau remote dah melekat kat tangan nih, Seisi menukar channel tanpa henti la.Buka TV 3. Oh. Cerita Marimar rupanya. Layan Jap. Iklan. Bertukar  ke Astro Ria. Awan Dania Musim 3. Walaupun dah tengok. Layan jugak.Hmm. Iklan Lagi. Pergi pula ke NTV 7. Aik,Cerita apa nih?? Hiroshima Sky?Cerita Jepun ke?..Tunggu seketika. Sekali keluar suara. Cakap Siam da. Oh. Drama Thailand rupanya. Sejak bila pulak NTV 7 ada drama Thailand nih.Macam best jeeeeer........ Dahsyat tak? Sekali harum, 3 Drama Meera layan okey.Hihih.


Dan. Disebabkan Hiroshima Sky telah menarik perhatian Si Gadis April ,Research di Pakcik Google telah dilaksanakan. Dan dari hasil bacaan, NTV 7  akan memperkenalkan drama-2 terbaru dari negara Thailand bermula 7 Julai pada setiap hari Isnin-Jumaat pada jam  10.00 pagi dengan harapan dapat menarik penonton setianya terus  bersama saluran NTV7 yang sebelum ini memang dikenali dengan pelbagai rancangan bermutu dari negara-negara Asia seperti Korea, China dan Taiwan.


Menurut Emilya Ab. Rahim, Pengurus Kumpulan Penjenamaan NTV7 pula, keputusan memperkenalkan slot baru ini adalah kerana stesen tersebut ingin menambah lagi seleksi rancangan sedia ada bagi menceriakan penontonnya. Pemilihan kandungan daripada negara Asia ini dilihat lebih dekat dengan budaya masyarakat Malaysia.


Antara drama yang bakal menghiasi Slot ini adalah Love Beyond Frontier. 


Seriously. Antara drama Thai yang meera paling suka. Drama dua musim ini hasil lakonan  dua beradik iaitu Pichaya Nitipaisalkul(Golf), Pirat Nitipaisalkul(Mike) yang mengisahkan tentang cinta,persahabatan & nilai kasih sayang antara adik-beradik.


Bukan itu sahaja, drama  berjudul Autumn Destiny turut bakal menghiasi slot ini. 

Kalau nak cakap pasal barisan perlakon dalam drama nih. Confirm boleh buat gadis-gadis yang menonton tuh "jerit sampai sakit kerongkong". Hmm. Mana taknya. Barisan pelakon lelaki dalam dalam drama nih sesedap mata memandang belaka.Siap ada Mario Maurer, Ryan daripada kumpulan muzik Korea – Paran, dan anggota kumpulan U-Kiss iaitu Eli dan Kim Ki Burn.Aishh. Rugila kowt kalau yang giler TV tuh tak tengok.Huhuk.Genre cerita nih?Hmm. Sememangnya cerita cintan cintun lah yup.;))

Baiklah. Bagi korang yang nak menonton drama nih. Pastikan anda bukan kakitangan kerajaan ataupun swasta dan bukan dalam golongan pekerjaan lain-lain. Dan juga tidak dikategorikan pelajar sekolah seisi pagi. Hal ini demikian kerana, drama ini ditayangkan setiap Hari Isnin-Jumaat pada jam 10.00 pagi. Kalau nak tengok jugak. Pandai-2 lah yup. Muahahahah.





P/s: Okey. Calobete!!!




Curi Tulang Kerana 49 Days...

Posted by Mira Rasidi | 11 July 2012 | 1 Comment

 Sekarang.Masa untuk curi tulang dik kerana nak menonton  drama 49 Days. Kalau tak dapat nak curi tulang pown. Intai-2 dari jauh pun jadilah disebabkan drama ni sangat menusuk ke kalbu i u aullss. Kehkeh*So. Hari ini diberi kebenaran oleh mamacik meera setelah membuat demand untuk menonton drama 49 Days. Nanti habis cerita sambong buat kerja balik. Ekeleh~~ Mak saudara aku nih. Dia pown kaki layan drama nih jugak....:P

Kepada korang pulak. Ada ke jadi macam meera nih? HAhah. Jika anda seorang kaki TV seperti meera , Semestinya..........................................Hihi. Betol tak?Betol tak?Apa-2 pown tak salahkan hanya sekadar hiburan. .? Muahahah...

Okey. Itu sahajalah sebagai story-moli meera hari nih. Lagipun, sepanjang meera berbloggie jarang sama sekali meera nak berkongsi story-2 meera kan? Jika ada yang perasanla. Memang jarangkan awok?Ngee~~.

Errr.... Sebagai penutup untuk Entri kali ini. Meera Sediakan poster  49 Days untuk korang.-->
Bagi yang berminat nak menonton drama nih. Jangan lupa saksikannya di Astro Prima setiap Isnin-Jumaat. Dah episod keberapa pown.Meera pown tak sure sangat. KhihKhih.If ada yang nak tahu sinopsis cite nih,korang boleh search dekat uncle google je lah yup. Sebab meera tak sediakan sinopsisnya. Saja nak suruh korang cari. Biar  jadi "keeezzzzzutan" sikit.:))))




Cute Butterfly Background

Posted by Mira Rasidi | 05 July 2012 | Comment


Ehem. Ehem. Testing. Testing .Yuhu...... Apa  kaba? Sehat ke?..Heheh. Sorry sesangat sebab selalu bebeno jadi "Chipsmore".Kejap ada. Kejap tak da. Err. Baru-baru nih meera dilanda virus. Demam Selsema bercampur hadok dengan sakit kerongkong + batuk-2 manja. Alhamdulillah. Ahad hari tuh dah mula  membaik. Kalau tak kejap demam.Kejap okey. Emhh. Emhhh. Macam-2 betol lah demam nih kan.  


So. Hari nih mood nak menulis dah menusuk ke qalbu dah.Dan meera ingat nak kasi korang background barulah. Alah.Macam background kat blog meera tuh lah.Meera baru jer tukar tau.*Korang, Nak tak? Nak tak? Kalau nak. Tolong senyum nampak gigi jap.Khih. Khih. *Okey dah senyum nampak gigi?Bagos. Dipersilakan pilih background mana yang korang suka yup.


http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv11.gif

http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv12.gif

http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv13.png

http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv14.png

http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv15.png

http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv16.png

http://i1237.photobucket.com/albums/ff465/meerasidi/butterflyv17.png